Monday, August 29, 2011

Suprise



Bismillah

Ini baru betul-betul SUPRISE.

Apadia??

Suprise laaaaaa.

Apa yang suprise nyaaaaaaa??

Adalahhhhhhhh.

Uissshhhhh. Share-share la. Nak tengok!!

Tak boleh! Rahsia.

Ptuiiiiihhhh. KEDEKUT!

Lalalala ~

Ada orang kata aku kedekut. Kahkahkah. Aku memang kedekut pun.
 
Nampak tak?? 
Nampak tak??
Nampak tak??

Cukup cukup.
Actually, minggu lepas aku balik rumah macam biasa la. Tiba-tiba ada ternampak sesuatu bungkusan. Aku pun buat andaian sendiri la bahawa bungkusan itu mesti hak kepunyaan ayah, ibu, abang atau kakak punya. Lagipun siapalah yang nak bagi aku bungkusan besar-besar macam tu kan.

Tiba-tiba ibu berkata macam ini.

Ibu : Dah tengok bungkusan tu?
Aku : Haaaa?
Ibu : Bungkusan tu laa.
Aku : owh, yang tu. Tak tengok pun. Bukannya tqa punya pun bu.
Ibu : Aish, budak bertuah ni. Tengok pun belum main cakap je bukan dia punya.
Aku : betullah bu. tak caye plak ibu ni. sape la nak bagi tqa bungkusan besar2 mcm tu.
Ibu : Pergi tengok sekarang.
Aku : Baik bosh.

Dengan langkah yang lemah longlai dengan mata yang kuyu aku pun pergi la tengok bungkusan tu.

Ibbbbbbbbbbbbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. 
* menjerit dengan penuh semangat.


Muahahahahahahahahahahahahhahahhaaaaa. 
Bungkusan itu untuk aku rupanya. Besar kot. Nak buka pun aku fikir 10 ke 20 kali. Takut. Kihkihkih. 

Hari ahad malam minggu lepas baru aku buka bungkusan yang penuh misteri itu.

Mahu lihat apakah bungkusan berbalut itu??

Jeng





Jeng





Jeng







Jeng






Taaaaaraaaaaaaaaaaa

Sebuah kotak yang isinya adalah sesuatu barang kesukaan aku beserta kad ucapan yang di reka sendiri olehnya.

Teruja seketika melihat semua ini. Buka kotak itu terbau sesuatu yang sangat wangi.
 Hmmm. 
Aku sudah kenal akan bau itu. Kihkihkih.

 Sejujurnya tak pernah lagi ada orang yang bagi aku hadiah besar-besar macam ini. Ditambah pula dengan kad ucapan yang di reka sendiri mengikut kreativitinya. 
Ianya sangat-sangat MENARIK!!

Terasa sangat sayang nak guna hadiah itu. Kalau boleh nak simpan sampai ke tua nanti. Hahaha. Melampau betul aku ini!

Apa-apa pun

" Jutaan terima kasih di ucapkan kepada kamu kerana telah memberi hadiah sebegini. Tqa hargai pemberian kamu dengan seikhlas hati. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Ameen~ "

Tapi siapa ' dia ' yang di maksudkan itu??

Dia ialah Hafiz, tuan tanah blog http://fiuzz.blogspot.com/ ..

Kalian kenal??

p/s : sentiasa tersenyum sorang-sorang melihat hadiah itu.

Berbuka bersama



Bismillah

Hanya tinggal sehari saja lagi untuk kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Terasa berat hati untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan segala-galanya. Tahun hadapan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini kan? 
Hmmm.

Aku pun sudah mula cuti raya. Seminggu saja cutinya. Naik cuti ada last test. Adeii. Tak apa la. Nama pun menimba ilmu kan. Nak tak nak kena la terima semuanya dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, cuti ini tiada sebarang assigment yang di beri oleh letcurer.
=)

Minggu lepas aku, Yana, Nani, Yani, Wani, Hani, Ain, Dayah dengan Izwan berbuka dekat Chicken Mango. Mula-mula memang malas sangat-sangat. Ya la, dari kolej aku nak keluar dari kampus sangat jauh. Tapi bila di fikirkan balik, mungkin ini pertama dan terakhir kali untuk berbuka dengan mereka, aku gagahkan juga diri untuk pergi. 

Endahkan diri aku.
Berbaju biru ini la tuan punya badan yang ajak pergi berbuka sama-sama. 
Bukan main gembira lagi dan bersemangat nak berjalan budak sorang ni. 

Nasib baik kedai makan itu tidak ramai orang. Kalau tak, mahu kena tunggu sampi jam 8 lebih baru dapat makanan. Huuuuu.

Tak banyak pun gambar yang aku ambil. Sebabnya keadaan diri yang terlalu lapar. Al maklumlah waktu ini tidak berapa nak sihat sangat. Demam bagai.Aishhh.

Aku, Yani & Nani
Sementara menunggu waktu berbuka, kami ambil-ambil gambar la ya. Sambil-sambil tu duduk mengarut yang bukan-bukan. Budak-budak ni bergelak ketawa macam tempat itu mereka yang punya. Nasib baik la meja-meja sebelah kami semua student UiTM juga. Kalau tak memang kena sound dah kot. Kihkihkih.

Ain &Yana
Yana mangsa utama yang sering di kenakan sebelum berbuka sampai la masing-masing dah kenyang perut. Hikhikhik. Maaf ya Yana. Saja nak gembirakan hati masing-masing yang gundah gulana bagai.
 =)

Hani & Wani.
Budak berdua yang banyak betul gelaknya. Silap cakap sikit, gelak bagai nak pecah gegendang telinga tuan punya kedai. Hahaha. Bahaya betul. Nasib tak kena halau je tau.

Dayah & Izwan
Loving couple. Hihihi. Kami bercerita sambil tergelak dengan penuh keriangan tapi mereka berdua bercerita sesama sendiri dengan suara yang sangat perlahan macam sedang bercakap dalam kelambu. Hahaha. Malu-malu kucing pula. Hek.

Kalau sebelum ini, air yang kami pesan memang sampai sangat LAMBAT! Tapi kali ini air sampai terlalu awal pula. Ini semua yang membuatkan kami menenung air masing-masing dengan harapan azan maghrib akan berkumandang dengan cepat. Haaha. Teruk betul perangai sorang-sorang. Nampak sangat kebulur yang amat. Ish ish ish.

Apa-apa pun aku sangat berpuas hati walaupun tak ramai yang nak join tapi hati masing-masing terhibur. Iya la, dari petang sampai ke malam tak kering gusi di buatnya. Bergelak ketawa seolah-olah tempat itu kami yang punya. Hahaha.

Idea pun sudah semakin kering untuk meneruskan penulisan di sini. Kihkihkih. Apa-apa pun terima kasih ya semua. Ada rezeki, InsyaAllah kita akan makan bersama-sama lagi.
=)



p/s : bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya hari ini.. =(

Sunday, August 21, 2011

Hulurkan Bantuan



Bismillah


" Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu ( secara terang ), maka yang demikian adalah baik ( kerana menjadi contoh yang baik ) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan ( ingatlah ), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. "
Surah Al-Baqarah Ayat 271




p/s : siapa-siapa yang ingin buat entry sebegini, amat di alu-alukan.. =)

Maafkan ibu, nak...



Bismillah


Sumber dari blog seorang letcurer UIAM


Wardo Mohamud Yusof, seorang ibu, berjalan kaki selama dua minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju ke Dadaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur dua tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur empat tahun dipimpin berjalan. 



Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan sahaja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air maisng-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.

Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa di tinggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata, Wardo berserah kepada Allah untuk apa saja yang ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana. 


Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda berusia 29 tahun membawa bayinya dan empat orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai ke Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis.

Sebagaimana Wardo, Faduma juga terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendukung bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.

Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan tiga orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan denagn meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya. 

Hatinya hanya mampu berbisik 

" Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi.. "

Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka.


 

Monday, August 15, 2011

Selepas sahur



Bismillah

Ehem ehem.

Assalammualaikum semua.


Alhamdulillah, sudah 15 hari umat Islam berpuasa. Semoga Allah memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah puasa yang tinggal hanya 15 hari saja lagi. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Buat yang telah ' pergi ' pada bulan yang mulia ini, takziah pada keluarganya ya.

Demam
Muntah
Selesema
Sakit tekak
Batuk
Sakit kepala

Arghhhhhhh. Semua ini betul-betul membuatkan diri aku tak selesa untuk melakukan sebarang kerja. Baring pun sakit yang amat. Kepala pula sentiasa berdenyut-denyut.

Kalau tak silap aku dari minggu lepas aku demam. Cuma aku tak terfikir untuk pergi Unit Kesihatan dalam kampus sebab aku ada ubat demam homeopathy. Tapi itulah, makan ubat pun tak pulih juga demamnya. Makin teruk adalah. Aku rasa ini mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Lebih-lebih pula aku ada redah hujan hari Rabu lepas. Then tak mandi, memang la demam makin teruk. Huuuu.

Pagi tadi lepas sahur dengan semangat yang kuat aku ingin balik ke Lendu tapi tak dapat sebab muntah-muntah. Segala apa yang aku makan sahur tadi semua keluar balik. Lebih 6 kali aku muntah sampai muntah yang terakhir hanya keluar air saja. Wohohh. Geli koottttt. Eeeiiyyeeerrrkkkkkk. Lemah longlai badan. Sumpah, nak bangun pun tak larat tahu tak? 

Jam 8 lebih ayah ibu bawa aku ke klinik. Usai sampai klinik, aku adalah orang kedua yang akan berjumpa dengan doktor kawan ayah pagi itu. Alhamdulillah,tak payah nak tunggu lama-lama dekat dalam tu. Hehehe. Sementara menunggu Firash siap tepuk-tepuk kaki aku. Dia suruh aku tidur mungkin. Huhuhu. 

Aku berjumpa dengan doktor Ahmad. Macam-macam dia soal selidik aku. Sampai kepala aku pun pusing nak jawab apa pun tak tahu. Hahaha. 
 
Haaaaaaa, Kalau kalian ingin tahu, aku bab-bab jumpa doktor dekat klinik ini, jangan harap aku akan masuk seorang diri. Ayah ibu wajib masuk juga. Aku agak takut. Kihkihkih. Alang-alang dah jumpa doktor itu, ayah ibu sambil menyelam minum air la kan tanya itu ini dekat doktor.

Kata Doktor

" Anak dara yang sentiasa kena sunggugut setiap kali pada hari pertama haidnya, itu menunjukkan dia seorang yang subur. "  
 
" Kalau dia dah kahwin nanti, senggugut ini pasti akan hilang "

Ceit, beriya betul doktor tu cakap. Aku pun senyum je la walaupun tak sihat.

Doktor offer aku mc selama DUA hari. Tapi aku jual mahal minta sehari je la. Dua kali doktor tanya aku tentang mc itu. Aku bertegas TAK NAK juga sebabnya final dah nak dekat. Aku tak nak lah ponteng-ponteng kelas walaupun ada alasan yang kukuh bagai. Tak apa. esok kalau aku pengsan ke apa ke, unit kesihatan kat kampus tu kan ada. Hehehe.

Sampai sahaja di rumah. aku terus tidur sampai jam 1 lebih. Agak lama juga aku tidur. Ibu pula sapu minyak dan picit-picit kepala aku  Alhamdulillah, terasa kesakitan yang dialami kurang sedikit dari sebelumnya. 

Ayah ibu dan dia suruh berbuka sebab badan aku memang lemah sangat. Makruh kalau berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan. Aku akui kata-kata mereka itu, tapi aku bertegas juga untuk berpuasa pada hari ini. Sayang kot nak buka. Manalah nak tahu ini kali terakhir ke kan aku dapat menyambut bulan ramadhan. 
Huhuhuh.

Apa-apa pun tolong doakan aku pulih dengan cepat ya.
Terima kasih semua.

p/s : Gagahkan diri untuk update blog. Tiba-tiba rindu dekat Dayah & Maya. =(

Monday, August 8, 2011

Terima Kasih Ya Allah



Bismillah



Syukran Kathira dan terima kasih atas ucapan dari keluarga, guru-guru, sahabat handai pada 3hb Ogos yang lepas. Semoga dengan bertambahnya umur ini bertambah jua kematangan hidup dan amal ibadat. Doakan aku berjaya dunia dan akhirat, di permudahkan segala urusan yang mendatang dan menjadi anak , pelajar serta InsyaAllah isteri yang solehah. 
Ameen ~
=)


Hari kelahiran aku kali ini tiada langsung kawan-kawan buat prank macam dekat sekolah dan kolej dahulu, baling tepung, baling telur semua sebabnya sebelum pukul 12 malam aku dah ajak adik-adik bilik aku  tidur. Hahaha. Pukul 11 lebih bilik aku dah gelap gelita. Hehehe. Pandai kan aku nak mengelakkan diri dari kena semua yang tak patut.


Nak kata dah besar tak adalah besar mana pun lagi.
Orang nak masuk meminang aku pun kena fikir 10 hingga ke 20 kali. Hahaha.
Cuma dah meningkat la umur aku dari 18 tahun ke 19 tahun.
Alhamdulillah.


Ini antara hadiah-hadiah yang aku dapat.
=)


Yuk, kita lihat ya. 


Kotak putih dari ayah. Kotak merah dari ibu. Shawl dari kakak. Teddy bear dari Firash. 

Ucapan dari Hafiz di muka buku.

selamat hari lahir tiqa. 
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
semoga dengan meningkatnya umur, ditingkatkan kematangan dalam mmbuat kputusan dan menambahkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T
Doakan keselamatan ibu bapa dan keluarga selalu.:)



Terima kasih ya awak.
=)



Ini pula hadiah dari adik-adik bilik aku.
Kotak merah dari Maya. Kotak putih dari Dayah.


Apa isi dalam semua kotak ini ya?
Tak mahu beritahu kalian.
Hehehe.


Terima kasih sangat-sangat pada semua yang beri hadiah pada aku. 


Hmmm


Dalam keceriaan menyambut ulangtahun kelahiran, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada kata-kata Ibnu Mas'ud :




' Sesungguhnya apa yang ku kesal apabila terbenamnya matahari ialah umurku semakin meningkat namun amalan ku tak jua bertambah. '


P/s : Tahun depan sudah puluh-puluh pula.. =)

Sunday, August 7, 2011

|| ~`~ ||




" Everyone, at some point in their lives, 


wakes up in the middle of the night with the feeling that they are all alone in the world, 


and that nobody loves them now and that nobody will ever love them,


 and that they will never have a decent night’s sleep again and will spend their lives wandering blearily around a loveless landscape, 


hoping desperately that their circumstances will improve, 


but suspecting, 


in their heart of hearts, 


that they will remain unloved forever. 


The best thing to do in these circumstances is to wake somebody else up, 


so that they can feel this way, too."

Tuesday, August 2, 2011

Juadah Berbuka di Rumah





Bismillah

Salam Ramadhan semua.

Macam mana puasa hari ini? Seronok? Letih? Ala, biasa la tu. Baru hari pertama puasa kan. Diri masih tak biasa lagi tu. Tak apa. Ada 29 hari lagi untuk berjuang menahan diri dari lapar dan dahaga ya.

Ok, macam biasa bangun sahur pagi tadi memang liat sangat sangat. Siap aku terlanggar dinding kot nak jalan pergi dapur. Nampak sangat mengantuknya. Huhuhu. Makan sahur macam biasa la kan. Family aku semua segar je mata time makan. Aku? Makan sampai habis terus capai susu kotak. Tak sampai seteguk minum, terpaksa buang balik air susu tu, masam gila habaq hang!! 
Eiyuuucckkssssss..


Ehem ehem ehem.


Petang tadi aku tiba-tiba jadi rajin nak masak untuk juadah berbuka. Al maklumlah, bukan selalu aku dapat buat macam ini. Lagipun aku dah lama tak ke dapur sejak-sejak duduk dalam kampus. 
Rindu suasana dapur.
Rindu nak buat dapur bising dengan bunyi senduk, lesung batu bagai.
Heeeee.


Ini percubaan berani mati masak lemak ayam cili padi yang sedang di proses. Naik merah jari jemari aku. Huhuh. Sambil-sambil buat ini, ibu perhatikan lah. Risau juga kalau anak dara dia main masuk cili padi segenggam ikut suka hati kan. Hehehe.


Amacam? 
Terliur tak?
Ok ok. 
Aku tahu kalian terliur sekarang ini.
Sedut balik siapa-siapa punya saliva yang dah meleleh tu..
Eiiiiiii.


Ini pula ikan siakap masak sweet sour + cendawan butang.
Sangat senang rupanya buat ini lauk.
Berjaya juga aku.
=)


Menu kedua ialah sayur campur goreng yang terdiri daripada isi ayam goreng, carrot, bunga kobis dan cendawan.
Ini lagi senang nak buatnya.




Inilah hasilnya ayam masak lemak cili padi yang dicampurkan dengan belimbing buluh, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit, serai dan cili padi.
Nyummy!


Ini ialah kuih bakar berempah. Ini bukan aku buat ya.
Pakcik aku yang beri.
Sedap juga rasanya.
Yang terakhir ialah juadah wajib berbuka puasa sekiranya ahli keluarga aku berkumpul.


 Air bandung special yang ayah aku buat. Ini kalau suruh aku buat memang rasanya tak uuummmmppphhhhh macam yang ayah aku buat la.


Apa-apa pun sangat kenyang perut makan semua ini.
Alhamdulillah, rasanya juga sedap dan memuaskan hati semua orang.
Weeeeee.


Akhirnya aku sudah passsssssssssss masak semua ini.




So




Tqa boleh kahwin dah macam ini kan ibu ayah?
Hehehe.

p/s : sesiapa nak rasa masakan dari air tangan tqa, jemputlah datang ke rumah. =)
Related Posts Plugin for Blogger