Tuesday, May 8, 2012

Dinosaurs Live @ Pusat Sains Negara



Bismillah

Dulu waktu tadika, aku selalu fikir yang cicak tu anak dinosaur. Hahaha. Kebetulan zaman tu aku percaya yang dinosaur tu betul betul wujud tambah pula dirumah aku ada buku mengenai dinosaur ni. Memang bulat bulat percaya la kan. And everyday aku akan tengok cicak dekat rumah sama ada makin membesar atau tidak. Kihkihkih.

Tapi itu semua cerita zaman kanak kanak dulu. Tak matang lagi. Benda yang tak wujud pun percaya. Waktu itu laa. Sekarang tak dah. Matang dah. Ehhh.

Guys, 1hb Mac 2012 aku dan family meluangkan masa bersama di Pusat Sains Negara untuk tengok Dinosaurs Live. Yeayhhh! Kebetulan ada dua orang anak buah, so memang seronok bawa mereka ke sana. Lebih lebih lagi ada pameran dinosaur tika itu. Memang bahagia. 


Harga tiket untuk orang dewasa RM15. Untuk kanak kanak serta pelajar RM12. Harga sangat berpatutan. Tak rugi kalau kalian pergi sebab saiz dinosaur yang ada di situ semuanya mengikut saiz dinosaur yang sebenar. Ini pameran orang luar yang buat. Mereka dah lakukan pelbagai kajian terlebih dahulu sebelum mempamerkannya.

Masuk masuk jumpa akuarium ni. Disebabkan ada Firash dan Najla, mereka agak teruja melihat ikan kecil kecil tersebut. Lihat tangan Najla. Teruja tengok live sebab dia selalu main game ikan dekat Ipad saja. 



 " Itan, itan itan "

'Itan' pun boleh la ya Najla. Maksu tak kisah. Heeee. Seronok hati pabila melihat kekanak riang ini gembira. Hilang masalah difikiran. =)


Ini something yang paling kelakar aku rasa. Sebabnya aku dengan kak Nadzifa beriya iya berganding bahu nak buat pusar air ni. Tergelak gelak kami berdua. Boleh rosak benda tu atas perbuatan kami. Tapi last last tak berjaya juga. Haih. Tapi tapi tapi sewaktu nak pulang ada sorang budak kecil tu selamba je buat seorang diri dan ianya menjadi! Tergamam aku dan kak Nadzifa tengok. Abang aku tersengih sengih macam kerang busuk. Cehh. Baru aku tahu style kami buat tadi salah. Patut la tak menjadi langsung.

Aku tak teruja pun tengok benda ini. Hahaha. Tapi Firash dengan Najla sangat sangat sangat kagum. Seronok mereka letak letak tangan disitu. 

Tanpa tali pun ianya berbunyi.

Memang ini barang aku dengan kekanak kecil yang kongker. Ada juga budak budak yang berhenti tapi hanya mampu melihat saja. Nak datang dekat tak berani mungkin sebab aku cantik sangat kot. Ehhh. Apa ni angkat bakul sendiri. Ishhhh.


Tapi Firash dengan Najla tak tertarik langsung dengan bunyi yang keluar. Mereka lebih berminat dengan butang butang di bawah ini.
Haaaaa. Tekan jangan tak tekan. Ini barang kita kongker okey. Baik punya.

Go Najla Go!!
Yeayhh!

Berusaha sehabis baik untuk memasukkan bola ping pong ke dalamnya. Lebar senyuman Najla pabila berjaya masukkan bola tersebut. Puas hati, mungkin.

Sudah puas hati mencuba semua dekat situ, kami meneruskan perjalanan bagi mencari dinosaur yang dicintai. 

Biasalah jalan seorang diri di belakang tanpa teman disebelah. Belum berkahwin kan. Kbye.

Taaaraaaaaaa!!
Dah jumpa kekasih hati yang bernama T-Rex tapi tinggal rangka je la. Isinya dah hilang entah ke mana. 


Besar bukan? Kalau la betul betul wujud dinosaur ini di Malaysia pada zaman sekarang macamanalah keadaan negara ni. Can't imagine!

Sebelum masuk kita perlu bergambar dahulu. Ayah dan Firash dah ke hadapan. Laju sangat jalannya. Huhuhu.

Only ibu, me, kak Nadzifa, abang Suhail dan Najla

Firash teruja dapat naik Rhino. Relax saja gayanya. Rhino ini memang khas untuk bergambar dan di tunggang oleh anak kecil. Kalau yang besar besar tu, bergambar dekat tepi saja ya. 


Untuk pengetahuan kalian, kulitnya sangat lembik. Eiyuuuu. pegang pun agak geli. Hahaha.

Kalau tadi Firash relax saja duduk atas Rhino, Najla lain pula ceritanya.


Sampai terangkat bajunya akibat terlampau kuat memeluk ayahnya gara gara tak nak mendekati Rhino. Hahaha. Kesian Rhino ni. Touching dengan Najla. Maaf ya sayang ku Rhino. Gulp.

Yeayh. Kami dah masuk tempatnya. Gelap tapi ada samar samar cahaya. Okey la. 
Semua dinosaur bergerak dan berbunyi. So, jangan terkejut beruk macam aku ya bila dinosaur ni tetiba berbunyi. Heeeee. 


Again, Najla mendakap ayahnya dengan kuat akibat ketakutan dengan binatang yang dikatakan wujud sejak zaman purbakala dahulu.

Masing masing khusyuk meneliti dinosaur. 

Cuba kalian bayangkan kalau kalau dinosaur ini wujud sekarang. Apa la nasib kita semua kan.

Adik beradik Rhino. Ibu khusyuk tengok tu. Mesti ibu ada terfikir sesuatu tika ini.

Aku tak tahu apa namanya binatang ini. Nama pelik pelik sangat. Tak dapat nak hafal. Heee. Kalau di tengok betul betul macam ayam pun ada tapi versi Mutant la. Hanya binatang ini saja yang dapat memikat hati Najla. Mungkin ia nampak baik dan lain dari yang lain. Mungkin.

Tiga sekawan.

Firash again naik dinosaur. T-Rex tu. Hebat. Tak takut langsung. Ini baru betul anak lelaki. Kan Firash? 

And Najla masih takut untuk duduk diatas dinosaur ini. Haih. Anak perempuan memang begitu, mungkin.

Sesudah puas meronda ronda cuci mata tengok dinosaur semua, kami sambung cuci mata di sekitar Pusat Sains Negara ini.

' Haloooo Halooo Halooo '

Najla sedang mendapatkan talian hayat untuk berhubung dengan Hulk. Yeayhhh.

Actualy banyak lagi gambar yang ada, tapi aku masukkan mana yang aku rasa okey la ya. Kalau upload semua nanti jadi entry bergambar pula.

Cuba teka mana satu gambar aku yang asli. Hehehe.

Bilik cermin yang menyesatkan. Terkekek kekek aku dengan kak Nadzifa. Al maklumla cermin saja yang ada. Memang konpius di buatnya. Firash sampai terhantuk hantuk kepala dekat cermin sampai menangis tak jumpa jalan keluar. Hahaha. Kesian itu budak.

Firash asalkan ada benda untuk ditekan tekan, dia memang cukup seronok. Macam sampai saja kaki nak kayuh tu. 

Dekat bahagian ini Najla tak takut dah. Berani. Sebabnya semua ini adalah sesuatu yang mengeluarkan bunyi. 

I heart this so much. =) Tapi setiap kali aku nak pijak mesti muncul anak anak Cina yang main tolak tolak orang semata mata nak pijak. Bunyi pun tak ada seni langsung. Huh. Menyirap.

Najla dan ayahnya menaiki keretapi yang beroda segi empat. Terpancar keceriaan di wajah abang aku. Hahaha.

Ahaaa. Aku mula mula tertipu juga. Bila tengok dekat dekat baru aku tahu. Heee. Firash dan Najla juga tertipu. Mereka fikir patung itu betul betul. Rupa rupanya ia adalah bayangan. Beriya Firash nak pegang, tapi tak dapat dapat. Eh, abang abang aku pun macam tertipu juga kot. Kihkihkih. Kesiannn. Ayah ibu je selamat sebab mereka awal awal dah tahu.

Sementara ayah,abang abang dan kak Nadzifa menunaikan kewajipan, aku dan ibu tolong jaga kekanak ini di tempat yang di sediakan. Tak duduk diam betul mereka berdua. 

Firash takut berjalan di atas jambatan gantung kanak kanak ini kerana semasa dia hendak memulakan langkah ada kanak kanak lain yang berlari naik jambatan. Mahu tak menjerit hero sorang ini. Maka, terpaksalah dia merangkak. Semangat Firash. Semangat!

Najla juga ketakutan. Hahaha. Tapi Najla berjaya berjalan atas jambatan gantung ini tanpa memegang apa apa. Menjerit juga dia. Tapi cool cover takut. Heee. Firash masih merangkak. Haih.

Hye, sayalah Sang Belalang Sahal Najla.


Belalang pakai handbeg?
Maaf, itu makcik belalang tolong angkat belalang dari belakang sebab belalang tak cukup tinggi. ;)


Alhamdulillah, agak lama juga kami menghabiskan masa dekat Pusat Sains Negara ini. Puas sangat ke sana ke sini. Dapat juga ilmu walaupun masing masing dah besar. Tapi best. Bukan senang nak dapatkan masa yang berharga begini dengan keluarga yang tersayang walaupun abang sulung dan kakak tiada. Penat memang penat sebab nak kena kejar hero sorang ni yang berlari sepanjang masa sampai aku tak membalas pun message dari dia. Haih. -____- . Aktif sangat hero ni.


Ehem ehem.


Kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke pameran Dinosaur Live ini, ayuhlah rancang satu masa dengan keluarga mahupun kawan kawan untuk melihatnya sebelum 1hb Ogos 2012. Kalian mungkin akan kagum melihatnya dengan mata kepala sendiri. =)


Ayuh, rajinkan diri kalian untuk hadir ke pameran yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Mari!!!


Enjoy it bebeh!


p/s : I dah dapat baju kurung tu. Yeayh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger