Tuesday, May 7, 2013

3 years Firash Haiqal



Bismillah

28 April 2013 merupakan tanggal ulangtahun kelahiran cucu sulung ayah ibu, Firash Haiqal yang ke 3 tahun. Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada hambanya untuk bernafas serta melakukan segala perintahNya di atas muka bumi ini.

Untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Firash, kami sekeluarga merancang untuk makan malam di sebuah restoran di Setapak. Alhamdulillah segala makanan yang terdapat disitu sangat menyelerakan serta harganya juga berpatutan. Selain dari itu juga, para pekerja di restoran ini kesemuanya adalah lelaki. Dengan itu segala pergerakkan sesuatu kerja di dalam restoran tersebut adalah mudah, cepat dan tangkas.

Pesanan dari pekerja disitu, sekiranya ingin datang ke restoran tersebut, seeloknya datang pada hari biasa kerana pada hujung minggu restoran tersebut terdapat tersangat ramai pelanggan.


WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE, G-36 PV 128 JALAN GENTING KLANG, SETAPAK. 

 WAKTU OPERASI : ISNIN - KHAMIS, SABTU & AHAD : 11am - 11.30pm
                         : JUMAAT : 3.30pm - 11.30pm















 Bagi mereka yang tidak kuat makan, satu hidangan boleh berkongsi dua orang. 

Pada keesokkan harinya, Najla memberi Firash hadiah iaitu Train set. Jelas kelihatan wajah Firash kegembiraan pabila mendapat hadiah tersebut. Untuk pengetahuan semua, Firash dan Najla adalah sebaya. Cuma Firash awal tahun, Najla hujung tahun. Tapi Najla tersangat la kecil molek orangnya berbeza dengan Firash. Tidak kisah lah bagaimana pun, asalkan mereka berdua membesar dengan didikan agama yang sempurna serta menjadi seorang anak, cucu yang soleh\solehah kepada ibu ayah, ahli keluarga, ,masyarakat dan agama, insyaAllah.


Disebabkan Firash seorang yang fanatik dengan kenderaan lebih lebih lagi dibahagian tayar, oleh itu ibunya telah membeli sebuah kek berbentuk kereta khas untuk Firash Haiqal. Tersenyum senyum sipu Firash pabila melihat kek tersebut. 



Firash Haiqal
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang 3 tahun.
Semoga membesar dalam keadaan yang sihat serta cukup dengan didikan agama Islam.
Semoga menjadi anak yang soleh kelak pada ibu, tok ayah, mummy dan semua ya.
Pabila dah besar nanti,tolong jaga maruah diri serta keluarga. 
Jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang tidak berfaedah.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati serta melindungi diri kamu daripada perkara yang tidak di ingini didunia serta diakhirat kelak, InsyaAllah.
Maksu doakan awak berjaya didunia dan juga diakhirat pabila awak besar kelak ya sayang.

Amin

Maksu Love You Botak.

p/s : Mohon awak dah besar nanti tolong la rajinkan diri stalk blog maksu ni ya. Banyak entry pasal awak. Tolong ya Firash. Tolong.
Kbyee
 =)

p/s : Semoga Malaysia lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan yang lama.
Related Posts Plugin for Blogger