Friday, February 26, 2016

Percutian ke Lombok Indonesia, Day 1

Assalamualaikum 

Tahun lepas Tiqa ada share pasal Persiapan Percutian ke Lombok Indonesia. So entry kali ni Tiqa akan share perjalanan hari pertama Tiqa dan suami di Lombok. Sebelum terlupa, suami dah tukar RM ke IDR dan USD sehari sebelum kami ke Lombok di Antaraduit Agensi Ampang Park. USD tu suami kata buat standby kot kot IDR habis ke kan. Currency kita pun tak cantik sangat sekarang, so bersyukur la dapat berapa pun. Huhuhu.

RM996.80 = 3,200,000IDR
RM297.65 = 71USD


Flight kami jam 08.35am pada 14 Oktober 2015. Alhamdulillah dan terima kasih pada ayah ibu mertua yang tolong hantar kami ke KLIA2 usai sahaja solat subuh. Suami dah buat web check-in (boarding pass) dan print out siap siap. So senang la terus check-in baggage. Lepas settle semua, perut haruslah di isi sebelum naik flight sebab kami tak ada beli makanan dalam flight pun. Bak kata suami, dalam flight nanti selain tengok seat depan kiri kanan dan langit biru luar tingkap, baik tidur kumpul tenaga nak berjalan dekat Lombok. Hihihi. One thing before naik flight yang wajib pergi adalah toilet. Macam biasa, suami cakap better pergi toilet before last check kastam sebab kami tak tahu ada toilet ke tak lepas final check tu. Macam Tiqa memang tak biasa dengan KLIA2, so memang akan ikut 100% apa yang suami cakap. Hahaha.

Suami cakap naik flight nanti tidur. Eh eh banyaknya suami cakap. Heee. Masalahnya tak boleh tidur. Bila cuba nak tidur, bau pula makanan yang penumpang lain makan. Ya Allah menggugat jiwa raga betul. Tiqa siap intai makcik sebelah suami makan apa. Bau sedap tapi makcik tu makan macam terpaksa je. Tengok seat sebelah sana makan menyelerakan betul. Haihh. Lama juga la bau makanan. Hahaha. Alhamdulillah, dapat juga tidur. Tapi bila terjaga ingatkan sampai dah sebab rasa tidur dah lama sangat sampai sakit tengkuk badan semua. Apa pun suami juga tetap tidur nyenyak. Waktu tu tak bosan dah sebab dah nampak awan, laut dan pulau pulau kecil.

Gunung berapi di Pulau Bali dapat dilihat dengan jelas.


Pemandangan kawasan Lombok Utara yang mengalami musim kemarau pendek.

Pemandangan kawasan Lombok Barat yang mengalami musim kemarau panjang.

Untuk pengetahuan kalian, Kepulauan Lombok mempunyai dua musim sama macam di Malaysia. Cumanya musim kemarau di Lombok sangat panjang dan cuacanya panas kering sehingga air sungai memang betul betul kering kontang dan mengakibatkan tanah sungai merekah.

  • Bulan Mei - Oktober = Musim kemarau
  • Bulan November - April = Musim hujan dan panas
Touchdown Lombok!


Alhamdulillah selepas tiga jam perjalanan, akhirnya kami sampai juga di Lombok International Airport (LOP) atau Bandar Udara International Lombok Indonesia. LOP ni lagi kecil dari LCCT tau. Kaunter imigresen, tempat ambil bag dan check kastam betul betul dalam satu ruang yang sama. Dan korang kalau pergi sana jangan terkejut bila tiba dekat balai ketibaan ada ramai sangat orang menunggu dan menawarkan perkhidmatan teksi airport atau supir. Macam Tiqa dan suami kena, ada salah seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan teksi airport beliau asyik ikut je kami walaupun suami cakap dah ada orang yang ambil. Last last suami guna taktik tengah on the phone dengan kawan yang nak ambil dan barulah orang tu berhenti dari ekori kami. Heh.

Korang kalau tiba di LOP, tolong cari teksi bluebird vios berwarna biru cair okay samada dalam kawasan airport atau di jalan utama sebab teksi bluebird ni menggunakan meter yang bermula dengan harga 5,500IDR bersamaan RM1.80. Korang boleh click BLUEBIRD untuk mengetahui servis mereka dengan lebih lanjut. Tiqa dan suami tak ambil teksi bluebird dalam kawasan airport, kami decide untuk berjalan kaki sepanjang 1km ke jalan utama untuk naik teksi bluebird yang lain. Heeee. Konon nak rasa cuaca panas Lombok yang tengah musim kemarau tu.

Mercu tanda 1000 masjid yang terdapat di Kepulauan Lombok.

Sepanjang perjalanan ke Teluk Nara dari LOP, lebih kurang setiap 500m akan terdapat sebuah masjid. Masjid ya kawan-kawan bukan surau. Heee. Disebabkan itulah Lombok ni terkenal dengan pulau yang paling banyak masjid dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

PETA

Tiqa sertakan peta-peta Pulau Lombok bagi memudahkan perjalanan korang yang berhajat ke Lombok suatu hari nanti.

Peta besar Pulau Lombok

Peta pusat pelancongan Senggigi

Peta Pusat Bandar Mataram

PERJALANAN DARI LOP - TELUK NARA


Perjalanan dari LOP ke Teluk Nara mengambil masa satu jam setengah dengan menaiki teksi bluebird meter dengan harga 261,000IDR bersamaan RM81. Hari pertama ni kami akan ke Gili Trawangan yang merupakan satu pulau tumpuan pelancong. Review blog yang Tiqa baca, ramai cakap kalau pergi Lombok tapi tak ke Gili Trawangan maka tak lengkaplah percutian ke Lombok macam tu lah.


Dua orang budak excited wefie di Teluk Nara. Walaupun Teluk Nara ni dekat dengan kawasan perkampungan tapi tak nampak pula ada budak budak kampung mandi pantai.

Untuk ke Gili Trawangan ada dua alternative iaitu : 

  1. Menaiki bot tambang di Bangsal bersama penduduk kampung yang mengambil masa selama setengah jam dengan harga tambang yang murah 
  2. Menaiki speedboat yang hanya mengambil masa selama 10minit dengan harga tambang yang agak mahal. 
Tiqa dan suami decide untuk naik speedboat walaupun tambang agak mahal sebab nak cepat sampai. Nama pun excited kan. Heee.



Harga tiket Aisyah Speedboat Teluk Nara - Gili Trawangan – Teluk Nara untuk dua orang adalah 800,000IDR bersamaan RM248.


 Disana cuaca memang sangat panas sebab tengah musim kemarau, cumanya masa kami naik bot, kawasan Lombok Utara sudah kelihatan mendung macam nak hujan. Sebelum naik bot, memang wajib la bagi kami berdua untuk membeli sebotol 1.5L air mineral dengan harga 10,000IDR bersamaan RM3. Alhamdulillah, untuk pergi ke Gili Trawangan kami dapat menaiki speedboat yang agak besar muat dalam 10 orang macam tu. Tapi yang naik tak sampai 10 orang pun sebab tak ramai waktu kami tiba di Teluk Nara. Sebelum tiba di Gili Trawangan, bot transit di Gili Meno untuk turunkan penumpang. Jadi jakun kejap la bila tengok air pantai jernih sangat. Cantik. Nampak dasar pantai tu, pasir putih putih dalam air. Memang cantik! 
Usai sampai di jeti Gili Trawangan, suasana macam perkampungan kecil sebab ramai sangat orang dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kalau booking hotel yang jauh dari jeti, haruslah naik kereta kuda padi. Ada banyak sangat kuda padi dan kuda kuda tu akan dipakai loceng supaya didengari oleh orang pabila ia berlari.

Kereta kuda padi. Cantik rambut depan kuda padi ni. Siap tutup dahi lagi. Hihihi.

Kami tak naik kereta kuda pun sebab suami dah booking hotel dekat dengan jeti, so kami hanya jalan kaki ke hotel. Untuk hotel di Gili Trawangan, suami Tiqa booking hotel dekat Agoda.com. Bayar online siap siap apa semua. Sampai sana terus check-in.

TEMPAT PENGINAPAN

Di Gili Trawangan terdapat pelbagai jenis hotel dari harga yang murah sehinggalah yang betul betul mahal. Hotel atau villa yang mahal memang tempatnya sangat sangat cantik. Hotel yang murah pun biliknya cantik cantik dan selesa juga cuma kawasannya padat je la.

Kami menginap di hotel yang simple, selesa dan bersih iaitu di

Deluxe double room
One night
Two person
RM244.81
Hotel yang kami tinggal ni kalau tengok dari jalan masuk macam tak menarik langsung. Kaunter dia pun kecil je. Tengok keadaan sekeliling rasa macam hotel bajet walaupun ada swimming pool. Tapi servis dia tiptop walaupun masa check-in dia hidangkan air oren sejuk dan terpaksa minum berdiri sebab tak ada kerusi. Huhuhu. Tir Na Nog Hotel ni cuma ada dua puluh bilik sahaja dan bilik kami adalah bilik yang ke dua puluh dan yang paling hujung. Hehehe. Tadi rasa macam hotel bajet kan, sekali bila masuk ruang bilik dua puluh tu masyaAllah, cantiknya lahai. Ada macam pintu gate kecil, pastu ada pokok pokok hijau, ada tempat lepak sebelum masuk ke pintu bilik dan tandasnya tak ada bumbung. Memang lain dari yang lain. Tandas open kot. Hahaha. Bilik dia cantik, luas dan yang penting ada kelambu gituh. Nah Tiqa belanja gambar bilik.

Gambar ihsan dari Agoda. Yang ada bidai tu la tempat reception hotel ni. Nampak simple je kan.
Gambar gambar bilik pun tak ambil banyak sebab memasing dah excited sangat nak naik basikal keliling Gili Trawangan.
Katil memang selesa, kemas, dan bersih.

Tempat mandi memang tak ada bumbung. Open okay. Disediakan juga syampu dan sabun mandi disitu. Pokok bunga juga ada untuk dijadikan sebagai hiasan dibilik mandi.

Walaupun tandas jenis tak ada bumbung ianya tetap bersih. Tenang je.

Bilik no.20. Memang bilik paling hujung.

AKTIVITI DI GILI TRAWANGAN

Petang tu kami sewa dua buah basikal untuk satu hari dengan harga 100,000IDR bersamaan RM31. Naik basikal pusing satu pulau. Seronok! Kebanyakkan pelancong dekat situ semua sewa basikal, cuma jangan terkejut bila nampak ramai mat salleh perempuan bawa basikal pakai bikini je okay. Hihihi.
Letih juga kayuh basikal keliling pulau sebab tak semua jalan rata. Ada berpasir, ada berlopak. Untuk pusing satu pulau mengambil masa dalam satu jam 30 minit perjalanan sepanjang 7km dipesisiran pantai. Mana yang kami rasa nak stop, kami stop bergambar. Lagipun waktu tu dah agak petang juga la. Tiqa belanja gambar gambar ya.

Ini dekat kawasan pekan kecil Gili Trawangan. Dekat area jeti ni ada banyak hotel juga cumanya memang penuh dengan pelancong pelancong asing yang bebas memakai bikini kemana sahaja. Huhuhu.

Villa Julius antara hotel yang jauh dari pekan kecil Gili Trawangan. Walaupun jauh ada saja orang yang menginap disitu.

Ini adalah kawasan pantai Ombak Sunset iaitu kawasan pantai yang juga menjadi tumpuan para pelancong untuk tengok matahari terbenam. Ala pantai yang ada buaian tu cumanya waktu ni air surut. Bila ambil gambar tak nampak cantik sangat pemandangannya. 

Siap ada bentuk love yang dibuat dari daun kelapa lagi. Kreatif!

Waktu air surut boleh la jalan pergi tengah tengah pantai. Cuba kalau air pasang, comfirm duduk tepi pantai tengok dari jauh je makcik pakcik dua orang ni.

Haaaa. Jernihkan airnya. Jakun juga bila tengok air pantai jernih sangat macam ni. Geram.

Itu pulau Lombok. Nampak je macam dekat. Hakikatnya boleh tahan jauh juga tu. Nampak tak tempat macam ada rumpai rumpai hijau tu. Haa. Kalau pijak situ kawasan tinggi sikit la. Kalau pijak tempat putih berpasir tu dalam sikit je.  

Orang tengok sunset dekat Ombak Sunset sepatutnya. Tapi kami tengok dekat pantai lain. Dah dekat dengan pekan kecil Gili Trawangan.

Untuk pengetahuan kalian, di Gili Trawangan ni ada kaunter kaunter kecil yang menyediakan pelbagai pakej seperti :
  • Komodo Trip
  • Mount Rinjani Tracking Tour
  • Scuba diving
  • Island hopping
  • Snorkelling
MAKAN MALAM

Untuk dinner, kami puas fikir nak makan apa sebab dekat pekan kecil Gili Trawangan ni kami tak tahu makanan bergoreng yang dijual halal atau pun tidak. Puas juga ke hulu ke hilir jalan kaki tengok semua kedai makan ada jual apa. Perut lapar bila nak fikir banyak pun tak dapat idea, last last kami decide makan seafood dekat The Beach House Resort. Tempat makan ni dua tingkat. Kami makan dekat tingkat bawah sebab atas full. Istimewanya The Beach House ni tempat makan dia menghadap pantai dan memang betul betul turtle point dekat situ. So sambil makan boleh la tengok tengok turtle dekat tepi pantai.

 Side dish untuk seafood di The Beach House ni boleh ambil dan tambah sesuka hati sebab ianya tak dikenakan sebarang caj. 

 BBQ Beef Kebab 120,000IDR bersamaan RM38 
 BBQ Seafood Kebab 120,000IDR bersamaan RM38 
 BBQ Whole Snaper 360,000IDR bersamaan RM113.40 (ikut berat ikan)
Tempat makan ni sebenarnya dalam keadaan malap konon romantik la. Disebabkan kami nak ambil gambar, mereka cerahkan lampu sekejap then malapkan balik. Satu air tin harganya 20,000IDR bersamaan RM7 So, total makan malam sahaja 660,000IDR bersamaan RM205. 

Makanan dekat Gili Trawangan memang mahal berganda ganda dari Bandar Lombok. Kalau sesiapa yang berhajat nak ke Gili Trawangan boleh la plan sebaik-baiknya lagi lagi mengenai bajet.


Haa. Lagi satu nak pesan siapa yang nak datang Gili Trawangan dan menginap di Tir Na Nog Hotel mohon bawa la baju seluar tudung yang tak perlu di iron. Sebab nanti menyesal macam Tiqa asyik kena pakai baju sama je satu hari suntuk. Hotel tak ada sediakan iron pun. Nasib baik duduk situ satu malam je. 

Sebenarnya kan Gili Trawangan ni banyak sangat open pub lagi lagi dekat area jeti. Situ memang berderet deret pub. Dan boleh dikatakan semua kedai makan dekat Gili Trawangan ada serve minuman keras. Waktu malam memang semua pub dekat situ bising pasang lagu kuat kuat dengan pelancong pelancong asing yang memang enjoy menari, main game, minum sampai mabuk muntah muntah apa semua. Walaupun suasana bising, semua tu tak akan dengar bila masuk bilik sendiri walaupun dekat je bilik kami dengan tempat hiruk pikuk tu. Untuk siapa yang bawa family datang ke Gili Trawangan untuk bercuti, better pilih hotel yang jauh dari pekan kecil Gili Trawangan. 

Rates IDR-RM Tiqa ikut currency tahun 2015 ya sebab Tiqa pergi Lombok tahun lepas. Harga tahun ni mungkin berubah mengikut perkembangan semasa. 

And yeayhhh selesai dah trip hari pertama di Gili Trawangan. InsyaAllah dalam masa terdekat ni Tiqa akan post new entry untuk hari ke-dua percutian ke Lombok pula. 

Thank you for reading!
Related Posts Plugin for Blogger