Friday, December 6, 2013

Solemnization Celebration | Huzaifah & Afifah



Bismillah

Assalamualaikum. Hye semua.

Hmm. Awkwardnya nak update blog. Banyak benda nak diupdate sebenarnya sampai ada banyak cerita yang dah jadi basi. Tak apalah. Alang-alang dah basi, kita biarkan dia basi teruslah ya. ;)

Okey.
Let's start the story.



Aku ada seorang sahaja abang yang masih belum berkahwin. Dan dia selalu sangat beritahu ibu dia nak kawen. Gaya bercakap tu kadang kadang macam main-main. Kadang kadang macam betul. Bila ibu tanya serius ke tidak, dia akan senyum. Hmmm. Bila ibu tanya ada duit ke nak kawen, dia akan jawab 'InsyaAllah, rezeki Allah ada di mana mana sahaja ibu.' Aduhh. Ada sahaja jawapan anak bongsu lelaki ini pada ibu. Ibu jadi demam juga la bila fikirkan majlis perkahwinan abang Epah. Mahu tak demam, 24/7 ibu tidur tak lena, tak ada selera nak makan. Boleh di katakan bermacam-macam perkara ibu fikirkan walaupun kenduri sebelah lelaki di adakan bersama di rumah pihak perempuan. Dan setiap malam juga ibu akan message aku tanya 'sedih tak abg Epah nak kawen'. Alorhh ibu ni. Siapa la yang tak sedih abang yang rapat dengan diri ni nak kawen bu. Tapi aku redha. Jodoh dia dah sampai kan. Takkan nak tolak pula. And like as usual, ayah orang yang paling relax sentiasa walaupun hari bahagia abang Epah dah semakin hampir tarikhnya. :)












Dengan hasil pertolongan dari Mak Rina untuk menggubah semua barang hantaran di saat akhir, maka siaplah semuanya dengan dihiasi bunga bunga hidup. Alhamdulillah. Sangat berpuas hati. Okey. Untuk makluman sesiapa yang ingin menempah gubahan hantaran untuk perkahwinan, bolehlah menghantar email ke fairytalebyatiqah@gmail.com. Harga yang diberikan sangat berpatutan, insyaAllah. 

Berkumpul dengan semua sedara-mara sebelum menjejakkan kaki ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah, semua adik-beradik ibu dan anak-anak nek cot datang meraikan hari bahagia abang Epah. Adik-beradik ayah tak semua yang dapat hadir. But it's okey. Nanti kami bawa pengantin ziarah family ayah di Kedah ya. =)






Muka nampak tenang. Dalam hati tiada siapa yang tahu. Entah-entah dupdap dupdap kebaboommmm. Hmm. Handsome juga abang aku sorang ni. Patutla ramai peminat perempuan. *peace*



Tok kadi sedang memberi taklimat mungkin. Aku tak ingat apa yang berlaku saat ini sebab tengah berbual dengan makcik. Tak dapat nak focus. =) Tak plan pun siapa pengapit abang Epah. Lepas dia suruh dia, dia suruh dia, akhir sekali Wawan (berbaju putih sebelah kanan pengantin) volunteer jadi pengapit. Mekasih!





Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz sahaja abang Epah sudah sah bergelar seorang suami. 



Look at this. Bagus juga bila tok kadi dah siapkan macam ini. Sekurang-kurangnya tak adalah pengantin lelaki tersasul nak cakap apa. Ini di kawasan Bangi-Kajang. Negeri lain aku tak tahu macamana.



Abang Epah ni kira gagah perkasa juga la sebab dia tak menangis waktu salam ayah ibu. Tapi sebak itu mesti ada. Ayah pun tenang je. Waktu zaman abang abang nikah, ibu mesti menangis masa salam salam macam ni. Tapi dengan abang Epah tak pun. Puas Mamida beriya nak ambil gambar ibu dan abang Epah menangis. Tapi tak dapat part nangis nangis tu. Hahahaha. Tak apa. Waktu aku kawen nanti, comfirm semua menangis. :')


Menurut kak Afah, sewaktu solat sunat usai majlis akad nikah ini, abang Epah sebak yang teramat sangat. Lagi lagi masa membaca doa. Suara macam nak tak nak je keluar. Mungkin abang Epah sebak sebab dia dah ada tanggungjawab yang sangat besar. 


Muka muka excited nak ambil gambar pengantin. Family lelaki je macam ni. Family perempuan ambil gamba tepi tepi je. Haihh. You all ni buat betul betul macam rumah sendiri sungguh. 








Abang Epah mengamalkan konsep meletakkan tangan di ubun ubun isteri dan membaca doa.




Sessi bersalam-salaman cium pipi dan bergambar with the whole family.
























Trends wedding sekarang mesti ada candy corner untuk menarik perhatian kekanak riang yang adanya tak berapa minat makan nasi kenduri kawen ni.








Okey. Harraz ni pantang nampak baby girl. Semua dia nak cium.


Baby Arissa with her father



Abang Epah memang sejak dari awal lagi dah plan kalau kawen dia tak nak berarak dengan paluan kompang dan sebagainya atas alasan panas. Disebabkan itu, selepas sahaja makan beradab, pengantin akan berdiri di pintu utama untuk menyambut para tetamu yang hadir. Bak kata abang Epah, letih berdiri lama lama sambil senyum. Naik kejang muka.

Elehhh. Sekali seumur hidup ya. ;)























Terima kasih di ucapkan kepada semua yang sudi hadir meraikan hari bahagia abang Epah dan kak Afah di Sungai Ramal. Semoga Allah memberkati kalian.

To Abang Huzaifah & Kak Afah :

Selamat datang ke alam perkahwinan di mana semua perkara memerlukan persefahaman di antara satu sama lain. Semoga Allah memberkati Masjid yang telah kalian bina ini. Semoga masjid ini kukuh buat selama-lamanya. Kak Afah selamat datang ke keluarga Ahamd Saad. 

p/s : dah masuk tahun akhir!

2 comments:

  1. Salam. Rasanya mcm kenal sgt dengan nenek yang berbaju dan bertudung oren tue. Nek piah kan. Alhamdulillah semuanya selamat. Tahniah buat abg dan isteri.

    ReplyDelete
  2. waa..abg epah dan kak afah..1st time jumpa kak dan abg nie waktu pi gombak..suka kak afah nie,baik dan comel...

    salam ukhuwah..baru terjah blog awak..^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger