Wednesday, April 22, 2015

Majlis Pertunangan Atiqah & Hafiz | Entry Bergambar


Assalamualaikum 

Ehem. Dah lama sangat tak update blog. Ini tup tup update pasal perubahan diri sendiri yang dah sebulan menjadi tunangan orang. Pheww. Banyak kali juga fikir nak update ke tak entry ni sebab majlis bertunang je pun, kalau kahwin lain la. Lagipun majlis pertunangan tak elok la digembar-gemburkan. Tapi bila pakcik makcik sepupu dah post gambar dekat laman social masing-masing, so I pun ikut terjebak sama la post dekat sana sini bila tengok gambar-gambar bertunang semua cantik cantik. Heeee.

Anyway, semua entry yang ada dalam blog Tqa ni hanya untuk di abadikan ianya sebagai kenangan sahaja. Tak ada niat pun untuk kepoh atau bangga diri apa semua tu. Sebab nanti dah tua boleh bagi anak cucu baca blog nenek dia masa muda dulu. Gituww. 


Mengenai majlis petunangan ini sebenarnya family Tqa tak plan pun nak buat majlis bertunang bagai ni sebab ayah ibu plan terus kahwin kan je. Senang. Jimat duit. Tapi ini permintaan parents MH supaya ada la ikatan sebelum kahwin tu. Manis la sikit kata mereka. Kekeke


Setelah dibincang sebaik-baiknya, Alhamdulillah, ayah ibu serta keluarga kedua belah pihak telah bersetuju menetapkan tarikh 21hb Mac 2015 sebagai tarikh pertunangan kami. Ya, satu majlis pertunangan yang planning asal lain, bila dah dekat tarikh 100% menjadi lain. Hahaha. Biasalah kita yang merancang, Allah swt yang menentukan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya atas bantuan ahli keluarga serta makcik makcik yang sanggup bersengkang mata sampai lewat pagi untuk pastikan semuanya sudah siap sempurna.


Semua hantaran ini digubah oleh makcik serta ibu. Ya, guna fresh flower sebab ianya buat bekas hantaran nampak lagi berseri-seri. Kebetulan pula makcik dan ibu memang sangat suka dengan fresh flower. Memang seronok la mereka borong fresh flower. Perempuan biasala. =) Tqa bagi 4 dulang pada MH sebagai buah tangan. Disebabkan ini hanya pertunangan, Tqa decide bagi semua makanan. 



Mengenai jemputan tetamu, ayah ibu hanya menjemput sedara sebelah ibu serta jiran tetangga dan orang surau kebetulan pada hari yang sama selepas solat Zohor ayah bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran sekali. Jumlah jemputan adalah dalam 200 orang. Majlis sangat simple. Hanya buka satu khemah dan memang kena tempah catering la sebab tak cukup tenaga nak masak sendiri untuk menjamu tetamu makan. =) Alhamdulillah, masakan catering sangat super duper sedap walaupun Tqa sendiri makan dah lewat petang dan sepanjang majlis nampak ada la juga sedara mara yang makan bertambah-tambah termasuk nenek. Heee. Nama pun orang melayu kan, so kami sekeluarga hidangkan lauk kampung. Ada asam pedas tetel daging, masak lemak nangka, sayur campur, ayam goreng kunyit, ulam-ulaman dan sambal belacan. Selain itu ada juga hidangan sampingan seperti rainbow cupcakes, wajik, kuih cara berlauk, buah tembikai, buah limau dan bubur kacang.


Sebenarnya plan nak sarung cincin dalam bilik sebab Tqa ni pemalu nak berhadapan dengan orang ramai, lagi-lagi family MH. Malu ooo. Tapi ibu dan makcik cakap sarung cincin dekat luar la cantik, senang nak bergambar semua, sedara-mara nak tengok senang. Okey okey. Permintaan ibu macam tu, Tqa ikut cakap ibu sebab ada betulnya juga kan. So, ini la hasil tempat sarung cincin yang paling simple. Nak cakap mini pelamin, bukan. Asalkan ada kerusi, ada bunga tepi kerusi, ada bantal bantal kecil tu pun dah cukup untuk nampak cantik. Dan semua ni DIY.


Untuk majlis bertunang ni, Tqa memang tak ada upah mua, tak ada tempah baju design sendiri ke apa ke semua. Semuanya buat sendiri. Pakaian beli online, veil beli dekat kiosk dalam shopping complex then bawa balik rumah ibu jahitkan manik tepi tepi veil sampai ke hujung, shawl glitter beli lama dah. Semuanya beli siap, senang. Malam sebelum majlis, makcik pesan nanti makeup cantik cantik pakai mascara, eye shadow, blusher, lipstik, eyeliner, bedak apa semua tu. Tapi tak nak sebab tak reti makeup. Puas juga pagi tu cuba nak pakai mascara eyeliner semua tapi takut silap pakai and at last decide tak payah makeup. Cuma calit lipstik sikit je then sembur perfume sikit and settel! Pastu dapatlah hasil macam gini.


Ahaaa. Sebelum terlupa handbouquet tu pun makcik buat sendiri dari fresh flower juga. Pertama kali pegang bunga untuk majlis diri sendiri, so kekok la juga. Hahaha.  


Alhamdulillah, keluarga MH tiba dirumah pada jam 11.30am. Perasaan tu jangan cakap la, memang gementar sampai menggigil tangan. Tqa kejap duduk bangun berjalan dalam bilik sebab takut. Hahaha. Entah apa yang di takutkan pun tak tahu la. Dah la keseorangan dalam bilik tu. Dalam gementar tu nasib baik adik MH masuk bilik ambil gambar, berbual-bual kejap untuk hilangkan gemuruh. Tengok home hp pun tetap boleh senyum walaupun dalam hati heartbeat tu laju semacam.


Bila keseorangan dalam bilik, sudah tentu segala perbualan antara dua pihak dekat ruang tamu Tqa dapat dengar. Tapi tak ada lah dengar jelas. Sayup-sayup. Yang betul jelas kedengaran suara mereka gelak. Heeee. Dan Tqa dengar ayah MH berpantun. Phewww. Hebat hebat! Macamana pun gembira mereka dekat luar, Tqa dalam bilik tak sabar nak tunggu majlis bertunang habis. Penat tahan takut gementar gemuruh semuanya. =( 


Dan akhirnya masa untung menyarung cincin tiba. Dup dap dup dap juga la nak keluar bilik. Mestilah semua orang dekat situ akan pandang diri gadis yang bakal jadi tunang orang ni kan. Malu tu jangan cakap la. Kalau boleh nak lari masuk bilik balik sebab semua mata tumpu dekat Tqa. Hakikatnya memang tak boleh nak lari la kan. Tqa hanya mampu duduk diam diam sambil kuis kuis kaki dekat carpet. Kekeke. Masa tu teragak-agak la juga nak salam dulu ke buat tak tahu ke apa ke, tapi bila kakak ipar cakap duduk diam-diam tunggu lepas dah sarung cincin baru salam, haaa okey Tqa menurut perintah duduk sediam yang boleh. =) Untuk pengetahuan yang sarungkan cincin on that time is nenek MH. Sebabnya MH adalah cucu pertama yang bertunang dan itu juga permintaan dari ibu MH.


Rasa macam senyum dah cukup ayu sopan biasa saja. Tapi bila tengok balik gambar-gambar dalam camera, Ya Allah, kenapa senyum beriya sangat entah sampai nampak gigi tu over sangat. Eishh. Malu je.


Dah selesai sarung cincin, salam nenek MH, Tqa nampak ibu macam nak menangis tapi ibu cecepat lap mata. Aceceeceee, ibu sedih ke bu. Ini baru bertunang. Kalau dah nikah nanti mahu teresak-esak agaknya ibu menangis. Hihihi. 

'Sunyilah nanti rumah tak ada teman nak bergaduh lagi dah' ujar ibu kepada si anak.
'Belum kahwin lagi la bu' ujar anak kembali

Chill la bu. Lambat lagi nak kahwin. Banyak lagi masa untuk kita bersama. Hikhikhik.

                            
Disetiap penghujung majlis sudah tentu akan ada majlis penutup dengan membaca doa semoga Allah merahmati majlis dan hubungan yang telah terjalin tersebut daripada perkara yang tidak di ingini. Terima kasih abang Suhail atas doa yang dibaca pada hari tersebut.  




Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang dihajatkan telah pun selesai. Dan sudah tiba masanya untuk sessi bergambar dan menjamu selera. 

Enjoy the pictures okey. 

Atiqah's parents and MH's parents with his puwan
MH's sibling
MH's auntie
MH's sister



Atiqah's SIL
Atiqah's auntie and nenek
Atiqah's uncle & auntie
Atiqah's sister & SIL

Atiqah's cousin & auntie
Atiqah's auntie

Atiqah's sister & SIL with her niece and nephew


Again

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dari mula sehingga ke hujung majlis. Jutaan terima kasih diucapkan buat ayah ibu abang-abang, kakak, kakak-kakak ipar, makcik pakcik dan semua yang telah banyak membantu dari semua aspek bagi menjayakan majlis pertunangan Atiqah. Terima kasih juga buat saudara mara dari jauh yang sudi hadir bagi meraikan majlis ini. Alhamdulillah. Terima kasih semua. 

Mohon semuanya mendoakan kami berdua.

Terima kasih. 



notacinta : seratus tiga puluh hari lagi! 
Related Posts Plugin for Blogger