Sunday, February 17, 2013

Business Communication 3D

Bismillah

Dah masuk tahun 2013. Tahun baru. Azam baru. Semuanya baru. Sampai blog pun dibiarkan bersawang teruk tanpa kasih sayang baru selama 51 hari. Bukan sengaja dibiarkan begitu cuma tiada masa yang sesuai untuk sentiasa update seperti blogger lain. Semakin hari kehidupan di kampus semakin sibuk. Semakin terlupa untuk hal hal luar kampus. Sehinggakan hal hal dunia mahupun negeri juga tidak diambil tahu. Haaa. Nampakkan betapa sibuknya aku ini. -__-

Maaf ya duhai pembaca, cerita yang bakal dibaca nanti ini merupakan cerita yang berlaku pada bulan satu. Tidak kisahlah lama ke baru ke, janji blog ini ada entry terbaru pada tahun baru. =) 

Semester kali ini bagi Business Student, ada satu subjek yang dikenali sebagai Business Communication. Ya, subjek yang tiada test mahupun quiz sepanjang semester ini. Tetapi ia merupakan subjek yang penuh, mampat, sesak dan padat dengan assigments! Assigments yang mengejar kami. Belum siap satu, dua tiga empat assigments datang melulu pada kami. Allahuakbar. Semuanya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan perlu pandai untuk membahagikan masa sebaik baiknya demi masa depan diri sendiri dan rakan rakan yang lain. 

Sebelum cuti CNY, kami diberi tugas untuk mengadakan 'mock meeting' by group. Setiap kumpulan perlu present di depan pensyarah. Fuhhh. Group aku dapat pasal 'Public Relation'.   Kami diminta untuk mempelbagaikan keadaan 'mock meeting' tersebut. Ya, kreatif itu sangat penting! Kami ada membuat props dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami tiada membuat sebarang rehearsal sebelum present dihadapan pensyarah.



From left : Kechiq, Azie, Nana, Ekin and Hajar. Masing masing fokus lihat pada slide yang perlu dibentang pada 'mock meeting' nanti. Muka masing masing kelihatan agak tertekan ya kerana tidak cukup tidur untuk menyiapkan semuanya.

Kami daripada Syarikat Beras Faiza Sdn Bhd. ;)


| Kechiq as Chairman         | Azie as Secretary           | Nana as Treasurer
| Atiqah as  Event ManagerHajar as Welfare BureauEkin as Manager of PublicRelation

Pabila sudah selesai 'mock meeting', hati juga sudah tenang dan lega. Oleh itu, sementara menunggu kumpulan terakhir menghabiskan mereka punya agenda, kami yang gila camera ini haruslah bergambar sana sini bagi mengisi masa yang ada. 




Mengapa aku tidak kelihatan seperti seorang kakak ya? Hmmm. Tak cukup tinggi mungkin. Atau wajah masih begitu kanak kanak lagi. Atau masih kelihatan comel. Hahaha.

Okey. Mereka dua orang dibawah ini adalah orang memegang jawatan didalam kelas. Hafiz is a classrep and me as his assistant in the class BM1113D . Ya, kami akan bekerjasama dalam melakukan tugas sehabis baik demi kelas yang ter-cinta ter-sayang ter-cool ter-awesome ter-daebak semuanya laa. =)




Ini ialah Paan dengan Kechiq. Dua orang budak yang ada sahaja perkara untuk dikatakan di dalam kelas. Paan kenakan Kechiq, Kechiq kenakan Paan. Mereka sering begitu. Bukan  setakat didalam kelas malah di twitter juga. But both of them not a couple okey. Maybe bestfriend. Am I right Paan, Kechiq? 


 This is Nuqman, Paan and Eppy. The Jejaka Kacak Team. The Jejaka Hottest Team. The Jejaka Awesome Team. =P Mereka sangat baik. Serius! Sangat baik. Trust me. 


This is Hajar and Zakwan. Hajar mata sepet yang lembut selembut sutera. Sudah setahun lebih aku kenal mereka berdua ini. Seorang pemalu. Seorang hyperactive.


Pada hari kejadian, hanya tiga group terakhir sahaja yang mengadakan 'mock meeting'. Lagi dua group telah laksanakan 'mock meeting' mereka pada hari sebelumnya. Percampuran daripada sebahagian tiga group, inilah hasilnya. Masing masing kelihatan kacak dan cantik bergaya. =)


And finally me and the K-pop boy. Dalam entry ini macam banyak gambar Paan je. Tak apa la. Famous seketika ya Paan. Paan is the best classmates I think. Because of he is a friendly person. Ya, Paan awesome! Paan rambut dia bermacam macam style ada + muka dia look chinese. Thats why I called him 'K-pop'.

Ehem ehem.

'Mock meeting' kami pada hari tersebut merupakan hari terakhir kami dengan Madam. Oleh sebab itu, Madam beri kami makanan. Yeayh. Thank you so much Madam. You are the best lecturer forever ever and ever for us. We love you Madam. 


Which one my lecturer? Find it by yourself okey. =)


Last but not least, sem tiga ini banyak mengajar kami bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan. Ya, baca memang mudah. Tapi untuk alaminya sangat sangat sangat mencabar dengan ragam ahli kumpulan sendiri. Semua ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi serta perlu saling memahami antara ahli kumpulan. InsyaAllah, semuanya akan dapat diatasi dengan sebaik baiknya. =)



Dan sebenarnya sem tiga inilah aku rasa hubungan kami sesama sendiri di dalam kelas itu akrab. Bukan aku dengan ahli kumpulan sahaja, malah dengan satu kelas. Sebelum ini masing masing macam malu malu lagi nak tegur, nak senyum semua kan. Nak tegur pun fikir empat lima kali.  Hehehe. 

I love my classmates much! All of you are the best person that I've meet! 

Remember this, anything happen around us, all of us (BM1113D) must graduate together soon. InsyaAllah. Please pray for us. 

Thank you for reading everyone.

p/s : UiTM di hatiku!
Related Posts Plugin for Blogger