Sunday, September 1, 2013

Si Baldu Merah kukus



Bismillah



Alhamdulillah, setelah percubaan pertama dan kedua membuat Si Baldu Merah ini mendapat feedback yang positif dari keluarga dan rakan-rakan, barulah aku berani untuk berkongsi resepi dengan yang lain.

Untuk pengetahuan kalian, aku menggunakan cara kukus untuk Si Baldu Merah ini kerana kukus lagi sedap dari bakar cuma ianya hanya bertahan dalam 2 3 hari sahaja. Sekiranya bakar memang bertahan lama tapi cepat muak. 

Red Velvet Cake

2 1/2 cawan tepung cake
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan buttercup
2  cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
240ml buttermilk (buat sendiri)
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda (baking powder + soda bikarbonat)

Buttermilk : 240ml susu segar + 1 sudu besar cuka = Biarkan selama 5-10 minit.

Cara-cara

1. Tepung + serbuk koko di ayak.
2. Buttermilk + pewarna
3. Buttercup (pukul kembang) + gula + telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan buttermilk.
5. Campurkan cuka + soda + baking powder (tuang semasa berbuih-buih dan sebatikan)
6. Masukkan ke dalam bekas menggunakan dua sudu besar.
7. Kukus selama 20-30 minit.



Bahan topping

250 cream cheese
Sedikit butter
100g gula icing
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar

Cara-cara

1. Pukul sehingga kembang semua bahan topping. Boleh juga tambah jus lemon.
2. Hias mengikut kreativiti tersendiri.


Selamat Mencuba semua! 

Related Posts Plugin for Blogger