Tuesday, May 17, 2011

Selamat Tinggal



Bismillah


10 Mei 2010

Tengah sibuk menyiapkan conference, ibu ayah call dan memberitahu bahawa aku dapat tawaran itu. Sesungguhnya saat itu aku langsung tiada perasaan. Hendak kata aku gembira dan sedih, sudah tentu tidak. Dengan keadaan diri yang masih dalam kebingungan, aku terus membawa latop dan nota ke rumah Pinat. Mahu atau tidak, aku perlu beritahu pada Amalina. Serba salah aku di buatnya. Tapi apakan daya. Lagi aku berahsia lagi aku rasa bersalah. 

Aku       : Ama nk wat pe tu ?
Amalina : Ama nk tgk cter korea ‘cindarella’s sister ‘ . ama nk menangis .
              nk buang air mata .. hee .  
Aku       : xmau la nges skrg . nges la esok
Amalina : ha ? knp tqa ? knp ? knp ? baik bgtw ama ????????  
Aku       : Ama, take care tau. Esok tqa last kat sini. tqa dpt tawaran kt UITM,melaka ..
Amalina : Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Tqa jahat!!!!! Nape tqa nak tinggalkan ama?
              Tqa jahat..tqa tipu ama.. tqa tipu ama.. tqa jahat.. tqa tiipppppppppuuuuuu.
              tqa jahaaaaaaaaaaaattttttttt..( sambil menangis-nangis)MySpace
Aku       : Erkkkkkk..MySpace


Aku terangkan pada Ama akan hal yang sebenarnya. Aku tahu Ama tak boleh terima hal ini. Tapi aku sudah buat keputusan untuk pergi dan berhenti dari PICOMS. Maaf ya Ama. Sesudah Ama reda, aku terus sambung membuat conference walaupun hati aku tidak sedap. Iya la tiba-tiba ibu text aku begini


Ibu : Esok tqa xpyah p hospital. Packng baju siap-siap. Esok ayh ambl p kolej,
       uruskan semua.


Ya Ampun. Sudahlah esok (11 Mei 2010) group aku yang kena present tentang suctioning. Serba salah aku di buatnya. Dup dap dup dap jantung aku. Apa-apa pun aku buat selamba saja depan Pinat. Aku rahsiakan hal ini dari Pinat, Angah dan kak Ina. Aku serba salah kerana aku tahu hari esoknya pasti mereka terkejut dan kelam kabut dengan ketidak hadiran aku ke hospital. Sesudah habis semuanya, aku balik ke rumah D5. Aku terus ke bilik Nadia dan mencium dahi dia. Nadia terkejut dan bangun 


Nadia : Kenapa tqa?
Aku    : Nadia, esk tqa last tau kat sini. Take care ya.
Nadia : Nape tqa? Tqa nak g mana? Tqa xsayang nadia ke? Tqa tau kan nadia xde 
           sape2 kat sini. Tqa je yang nadia ada. Nape tqa nak pergi juga? Nape tqa?? 
           Nape?? Tqaaaaaaaaaaaaa..MySpace
Aku    : Gulpppp..MySpace


Haaaaa. Lihat, ini antara sebab paling utama kenapa aku tak nak beritahu kawan-kawan akan hal ini. Tak sempat cakap habis lagi, dah menangis-nangis. Hadeiii. Aku bukan sengaja hendak tinggalkan kalian sesuka hati. Aku berhenti pun ada sebabnya. Ini di sebabkan keadaan persekitaran juga. Ada sesetengahnya tahu kenapa aku membuat keputusan begini. 


Terlalu banyak kenangan aku dan kalian selama aku berada di PICOMS. Macam-macam yang kita semua kongsikan bersama sejak dari sem 1. Tetapi semakin lama hubungan kita semua semakin rengang. Sebab apa? Kalian fikirkan sendiri ya. Aku tidak mahu nyatakan. 


Di antara gambar-gambar yang aku mampu untuk upload buat tatapan kalian.


Adakah kalian ingat akan gambar ini?
Gambar ini di lakonkan kembali oleh aku dan mia'. Sesiapa yang terasa, maaf ya. Terpaksa lakonkan kembali kerana gambar ini yang menyebabkan terbongkarnya penipuan yang sangat besar tika itu. Memang ianya memberi impak yang besar la. Haiiyaaaakkkkk. Dushh.



Menanti saat untuk pulang ke hostel akibat keletihan yang amat setelah belajar ANP. Inilah saat terluang yang sentiasa di lakukan iaitu mengambil gambar. Memang sangat kerap mengambil gambar. Macam tahu-tahu saja aku akan pergi dari situ ya. =)


Amalina. Orang pertama yang aku kenal sebelum memasuki PICOMS. Dia memang sahabat yang terbaik. Walaupun kadang-kadang agak blur, tapi aku bangga dengan dia. Seorang yang sangat mudah untuk menghafal nota-nota yang penting. Kami sangat rapat. Lihat gambar di atas pun sudah tahu. =) Aku rindu saat ini. Pertama dan terakhir kalinya untuk kita hang out begini.


Terlalu banyak gambar di antara kita semua. Cuma aku tidak sanggup untuk upload semuanya. Cukuplah apa yang ada di atas ini ya. Apa yang pasti ketiadaan aku di PICOMS tidak memberi apa-apa impak pada sesiapa yang rapat dengan aku. Kemungkinan besar juga ada yang puas hati dengan pemergian aku dari kolej itu. Huh. Aku pun puas hati juga. Yeayh!MySpace



Terima kasih sangat-sangat atas segala-segalanya. Ama sahabat yang terbaik buat tqa walaupun Ama kadang-kadang blur juga. =) Focus pada pelajaran ya lepas ini. Jangan selalu menangis. Apa-apa pun kita tetap boleh berhubung bukan? Tqa still ada dalam Malaysia. Tqa tak jauh mana pun. Kalau Ama datang Melaka, kita boleh jumpa bukan? Take care di PICOMS ya. Buat yang terbaik sepanjang study di sana.


Nadia, terima kasih untuk semuanya ya. Tqa pasti akan merindui masakan Nadia. Nyum nyum. Paling best waktu kita bawa bekal makan kat tingkat 3 di kolej. Berebut-rebut tqa, Aren ngan Nad rendang ayam ayah Nadia buat tu. Hahaha. Buruk betul perangai kami kan? Rindu nak berkelah sama-sama lagi. Jaga diri baik-baik dekat kolej itu. Ingat, kita buat kawan tapi bukan pilih kawan ya! Kawan dengan semua orang ok. Jangan selalu menangis tau. Apa-apa Nadia boleh beritahu tqa anytime k. I'll always beside u Nadia!


Aren, tqa minta maaf banyak-banyak ya. Al maklum lah sebelum ini kan tqa selalu duduk mengenakan Aren je. Siap cakap " Aren la suara sedap, dia lah muka yang paling macho, dia la the best student" Hahaha. Macam-macam. Sampai Nadia sendiri tak boleh buat apa dah. Huhuh. Apa-apa pun tolong jaga Nadia baik-baik ya. Ibu tqa cakap korang sepadan sangat. My mom suka gila. Yeahhh. Tqa paling suka waktu kita berempat (tqa,nad,nadia & aren) kena EL dengan Puan Zaidah @ Taiko kita. Hahaha. Tak pasal-pasal. All the best there ya!

Nadhrah @ kecik, dah hilang sorang anak Pn Zaidah. Tak apa, jaga mak kita baik-baik ya! Nad, jaga diri baik-baik tau. Dan tolong jaga Nadia sekali. Lepas ini seronok la ya duduk mengumpat tqa dengan Nadia tu. Belajar baik-baik k. Benda yang lepas jangan  di kenang tau. Jaga Farid tu baik-baik. Harap hubungan kalian berkekalan la ya. Banyak kenangan kita yang perlu di simpan. Heee. Btw, Farid, tolong jangan grip kepala Nad tu lagi ya. Dah la dia ni kecik. Kesian mak cik tu. =)


Mia', terima kasih semuanya ya. Lebih-lebih lagi Mia' ada buatkan tqa sarapan pagi sebelum tqa keluar dari kolej tu. Sedap sandwich tu. Teringin nak rasa lagi. Heee. Mia' study baik-baik ya. Tqa tau Mia' boleh buat semuanya. Yeayh!!

 Kepada semua warga PICOMS, aku minta maaf atas segala kesilapan yang aku telah lakukan sama ada secara sengaja atau pun tidak. Halalkan makan minum aku sepanjang berada di PICOMS ya. Aku pasti akan merindui kalian. Enjoy study di sana ya kawan-kawan. Terima kasih semuanya!MySpace (Happy sungguh, Yeayh!)

p/s : Aku ikut jejak Arina rupanya..Bye=bye PICOMS.. =)

4 comments:

  1. thxs tqa .. tqa pun seorg kwn yg baik . thxs kwn ngn ama ... hmm . t.c of ur self ... study leklok k ... :)

    ReplyDelete
  2. ur most welcome amalina! =) thnks too ya.. =)

    ReplyDelete
  3. may u always strong!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger