Sunday, May 1, 2011

Kenangan bersama mereka



Bismillah


25hb April 2011, aku dan 28 orang rakan yang ada sesi praktik di kolej di minta untuk menjadi sukarelawan bagi Orang Kurang Upaya di SK Tunas Bakti. Kalian mesti tahu apa itu Tunas Bakti bukan?? Jangan salah faham ya, di sana hanya pinjam padang mereka sahaja. 

Untuk pengetahuan kalian, itu merupakan kali pertama aku berhadapan dengan kanak-kanak istimewa ini. Sejujur-jujurnya aku memang sangat takut dengan mereka. Bukan aku tidak suka pada mereka cuma aku takut dengan reaksi serta gelagat mereka yang sangat suka untuk peluk,salam dan sebagainya dengan kami.  Penakut sungguh aku ini kan??

Seperti biasa sebelum aktiviti bermula, perlulah memanaskan badan terlebih dahulukan. Daripada atas padang, bulatan yang mereka buat itu ternampak seperti bentuk "LOVE". Teruja seketika aku melihatnya. Sangat menarik!

Silap angle ambil gambar ini sebenarnya.

Banyak-banyak acara yang diadakan, aku sangat suka dengan acara lumba lari 100 meter. Mereka sangat bersungguh-sungguh untuk berlumba lari sehingga masuk ke garisan kawan sendiri. Seperti biasa aku dan beberapa orang rakan berada di garisan penamat untuk memastikan mereka selamat serta memberi sokongan supaya mereka menghabiskan larian masing-masing. 


Apabila sudah habis berlari, ,mereka perlu kembali ke khemah dengan cara begini 


Sangat teratur bukan? Walaupun mereka dalam keadaan begini, mereka sangat mendengar kata. Bagus-bagus.

Ini lumba lari berapa ratus meter entah. Ada yang pas button itu. Aku tidak tahu berapa meter lariannya. Heeee.. Acara larian ini memang sangat seronok kerana kita kena berlari sekali dengan mereka supaya mereka tidak masuk lorong kawan sendiri. Memang best sangat-sangat.


Sebelum memulakan larian, kita kena bergambar terlebih dahulu dengan mereka ini. Memang sangat peramah yang baju hijau itu. Ada saja yang ingin di bualkan.

Aku share gambar apa yang aku copy dari kawan ya. Tak banyak yang aku minta dari kawan.



Bukan semua di antara mereka yang OKU sepenuhnya. Ada segelintir dari mereka yang normal macam manusia biasa cuma mereka adakalanya lambat untuk menerima atau membuat sesuatu, susah untuk mengingati sesuatu perkara dan sentiasa lupa apa yang di pelajari. Demi diri dan masa depan mereka, ibu bapa menghantar ke sekolah khas bagi OKU untuk memudahkan segalanya.

Muka masing-masing yang puas menyorak bagi semangat.


Setelah puas mengawal mereka itu ini serta makan minum gelak ketawa dan pelbagai lagi yang dapat kami lakukan bersama-sama. Pada mulanya memang aku takut, tapi lama kelamaan rasa takut itu hilang begitu sahaja.  Rasa gembira bila dapat meluangkan masa bersama mereka. Perasaan letih itu jangan kata lah, memang semua keletihan yang sangat. Tapi demi mereka yang istimewa ini, kami sanggup untuk bersama-sama mereka berjemur di bawah matahari yang sangat panas bagi memberi sokongan dalam setiap acara yang dilakukan. Hasilnya sangat memuaskan hati kami. =)

p/s : oyeh, burn kulit muka aku.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger