Monday, May 2, 2011

Adakah anda tahu?



Bismillah

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…."

Di pagi hari yang tenang ini, tergerak hati aku untuk berkongsi sesuatu dengan kalian semua mengenai golongan kaum Adam yang di tarik masuk ke neraka. 

Golongan lelaki yang macamana ya akan ditarik masuk ke neraka??

Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.



 Mereka adalah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat? pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.



2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.



3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan jangan ingat kau terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat  dan tidak menutup aurat.



4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak  dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


p/s; Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa.  selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.



Lihatlah dunia.
Betapa hebatnya tarikan wanita di dunia ini pabila di akhirat kelak.
 
Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang dan anak anda harus memainkan peranan anda sebaik mungkin di dunia ini terhadap ahli keluarga perempuan anda sebaik-baiknya.

p/s : Minta di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak. 

2 comments:

  1. sabar yea atiqah sayang :)
    heeeee. be strong like me k !

    ReplyDelete
  2. be strong like u??
    i'll. insyaallah..
    thnks a lot ya fadhliah! =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger