Sunday, May 8, 2011

Get Well Soon Hafiz.



Bismillah


Erkkkkkkk..Alhamdulillah,kenyang aku sarapan laksa pagi ini. Yeah! Terima kasih ayah ibu sebab buatkan sarapan pagi untuk anakmu ini. Hihihi. MySpace Bila sudah kenyang begini, harapan untuk update blog sebelum pulang ke kolej petang nanti adalah tinggi. Iyalah, lepas ini memang susah aku hendak update apa-apa entry terbaru. Sibuk dengan posting lagi. Nak study untuk final exam bulan enam lagiMySpace. Hadoyai. Memang sangat letih. Silap-silap boleh jadi macam ini MySpace. Tidak menentu terus!




Hmmm. Sebenarnya entry ini khas untuk Hafiz. Dia kan baru sahaja mengalami kemalangan pada hari Rabu yang lepas semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Aku dapat tahu, sahih lah terkejut beruk. Mahu taknya, sebelum itu text dia ok je. Aku beritahu ibu akan hal ini, semasa sedang bercakap dengan ibu terus aku jadi macam iniMySpace . Ya Ampun, malu sungguh lah dengan ibu ayah. Terus aku meniarap kononnya hendak tidur. Ianya sebagai langkah untuk orang tidak syak aku menangis. Hahaha. Alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang kepatahan pada tulang-tulangnya. Cuma cedera sedikit sahaja di bahagian tertentu. Sepanjang hari itu, aku ada la juga kejap-kejap menangis. Sudah jadi macam anak kecil pula.


Ada sekali itu ibu bertanya pada aku.


Ibu : Menangis ke?


Aku : Haaaa... Tak de la bu.MySpace


Ibu : Tuuuu mata bengkak.
MySpace
Aku : Erkkk.. Masuk habuk tadi (smbil menggosok mata). *Nampak benor nipunya.

Ibu : Iya la tu.*sambil memaut bahu aku. P buat solat hajat, baca yassin untuk Hafiz. Ni asyik nangis
        je. Fikir yang positif, Atiqah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Banyak-banyakkan
        berdoa untuk Hafiz supaya  dia cepat sembuh semuanya. Dah, jangan nak menangis..MySpace

Aku : Gulp.. Baik bu.MySpace 


Memang betul lah, gerak hati ibu sentiasa tahu perasaan anaknya kan? 


Hafiz ada beritahu pada aku bahawa dia sudah sihat sepenuhnya dan ingin keluar jalan-jalan menaiki motor kerana bosan duduk di rumah.MySpace Memang aku tidak nafikan perasaan bosan itu. Lebih-lebih lagi buat kaum Adam. Mereka mana boleh duduk sahaja dirumah. Dalam sehari pasti ingin keluar mengambil angin. Iyalah duduk terperuk di rumah. Makan, tidur, tengok tv, on9. Itu sahaja yang selalu di lakukan. Tapi ibu ayahnya tidak benarkan.MySpace Mungkin pada mata mereka, Hafiz belum sembuh sepenuhnya lagi. Oleh itu, Hafiz kenalah berehat di rumah lagi ya. Macam-macam boleh buat sebenarnya. Membaca, mengarang. Tak pun update blog kamu! Hafiz sudah tentu ada banyak cerita yang ingin di kongsi bukan? Waktu inilah yang terbaik untuk beri jari-jari itu menari di keyboard. Tahan dahulu perasaan untuk keluar bersiar-siar itu ya Hafiz.MySpaceHaaaaa. Hafiz juga boleh membaca Al-Quran, mantapkan lagi gaya pembacaan supaya masa terluang itu terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Sekarang ini keadaan Hafiz semakin pulih. Maaf ya kerana tidak dapat menziarahi kamu di sana.MySpaceBukan kerana jauh atau apa, cuma masa tidak mengizinkan. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa ya. 


Hafiz, banyakkan bersabar atas apa yang berlaku ini ya. Ini semua dugaan yang Allah berikan kepada hidupmu. Jadi jangan mudah berputus asa serta menyalahi diri sendiri atas segalanya. Dugaan serta ujian yang Allah beri pada setiap hambaNya tidak sama antara satu sama lain. Hafiz sendiri pernah berkata 


" Allah hanya akan menguji hambaNya mengikut kemampuan diri seseorang itu" 


Oleh itu, banyakkan amal ibadat pada Allah. Banyakkan berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar selepas ini. Ada hikmah di sebalik semua ini. Segala kesakitan yang Hafiz alami itu adalah penghapus segala dosa.  Get well soon ya! Im always pray for u. MySpace 






Ok, habis di sini saja entry aku buat kali ini. Aku perlu bersiap-siap untuk berangkat pulang. Yeay! Ibu ayah sudah bekalkan aku ketupat serta sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah untuk makan pabila tiba di hostel nanti. Kak Nurul juga ada beri kek coklat buatan sendiri. Terima kasih semuanya atas keprihatinan anda.MySpace . Agak-agak boleh tak makanan ini di simpan??MySpace


p/s : semoga cepat sembuh ya Hafiz.. 

8 comments:

  1. semoga cepat sembuh hafiz..berdoa banyak2 ..

    ReplyDelete
  2. ada hikmah disebaliknye!!

    ReplyDelete
  3. ummi atiqah,best baca blog u..I doakn semuga hafiz cepat sembuh.u ngis ea!...=)

    ReplyDelete
  4. Adik comel!!heeeeeee.
    Bersama2lah kita berdoa ye!
    Apa nama lagu blog atiqa ni?

    ReplyDelete
  5. atiqah,
    Hafiz ni xcedent dng apa?dari mana nk kemana??

    ReplyDelete
  6. cpew hafiz......insyaallah dy cpt smbuh

    ReplyDelete
  7. get well soon hafiz..semoga cpt sembuh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger