Thursday, November 3, 2011

Kawan Baik



Bismillah





Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat dibelakang kawan baiknya.
 Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
Kita adalah kawan yang jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Hargailah orang yang hadir dalam hidup anda, kerana mungkin ia adalah kawan baik anda.


p/s : aku kawan baik siapa ya?

8 comments:

  1. btol , bkn snang nak cari kawan sejati (:

    ReplyDelete
  2. betul tu saya sangat setuju dengan anda-anda sekalian. hahaha
    *menyibok ja.

    ReplyDelete
  3. Kawan Gembira Senang Dicari, Kawan Bersedih Susah Sekarang..Slamat Berblog..

    ReplyDelete
  4. to fad : yaaaa. anda mmg suka mnyibuk.. =)

    to Shafiq : ya, itu memang sudah pasti. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. patut lah mintak pic zaman paleolitik tadi :) like 100x post ni :))

    ReplyDelete
  6. to Nadia Chut Mut : hehe. tahu tak apa. setelah diteliti, gmbr itu je yg mnarik hati..heeee..

    awk2, sila tekan "like" di bawah tajuk entry ini ya. terima kasih..

    ReplyDelete
  7. kawan baik susah nk cari..masing2 pentingkan diri sendiri je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger