Tuesday, October 4, 2011

PMR



Bismillah

Sekarang ni musim budak-budak sekolah exam kan. Lebih-lebih lagi sekarang ni tengah PMR. Sah-sah perut budak-budak PMR ni kecut nak hadap kertas exam hari esok. Mesti semua duk kalut la focus study, hafal Geografi semua sampai larut malam tengok nota bagai. Kan? Kan? Kan? Siap ada setengah yang study sambil berfacebooking and twittering tu. Untunglah korang adik-adik oiiii. 

Zaman akak dulu, tak adanya semua-semua ini. Study, study dan study. Study la sampai biji mata terkeluar, keluar muntah warna-warni yang ceria bak pelangi dari mulut sebabnya menghadap buku, nota semua. Hihihi. Ok. Fake semua tu.


Adik-adik semua, selamat berjuang ya dalam PMR kalian setelah berusaha sedaya upaya tanpa mengenal erti penat dan jemu untuk menghadapi hari yang ditunggu-tunggu ini.



Apa-apa pun usaha yang dilakukan hendaklah disertakan dengan doa yang ikhlas kerana Allah Taala. Usaha berserta doa dan tawakal kepada Allah, InsyaAllah akan membuahkan kejayaan.


Ingatlah, Allah suka pada hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya.

p/s : Cuak babe nak ambil PMR dulu. Dup dap dup dap. kihkihkih.

2 comments:

  1. ye daa.. dulu tak chance nak pesbuk.. tp bukan ke PMR mula arini? kuikuikui

    ReplyDelete
  2. Itu la pasal mamida.. Budak2 zaman sikalang ni untung yang amat. Semuanya ada.hihihi.. Mmg Pmr strt ari ni.. malam ni baru mood baik sikit nak hupdate ni haaa..heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger