Thursday, October 20, 2011

Manhattan Fish Market



Bismillah

Akhirnya berjaya juga untuk update blog pasal cerita yang dah agak basi 2 minggu lepas. Hihihi. 

Ehem ehem..

Untung rupanya kalau dah grad ni ya. Iya la, keluar rumah dari pagi sampai ke malam semata-mata untuk meraikan hari yang paling tidak di tunggu-tunggu oleh abang aku. Ke sana ke sini. Makan itu ini. Woh, boleh gemuk ooo kalau tiap-tiap minggu macam ni. Hohoho. Aku hanya menumpang kegembiraan je. Hehehe.

Selepas bergambar, minum, tidur, berangan, gelak ketawa dekat studio barulah aku dan keluarga gerak ke MidValley sebab abang Suhail nak belanja makan di Manhattan Fish Market. Sampai sana pun dah pukul berapa. Tak ada la lewat sangat pun. Tapi di sebabkan orang terlalu ramai dekat situ, terpaksalah tunggu selama sejam. 

Masa on the way nak ke sana, dah call konon nak reserved meja untuk 7 orang. Tapi tak boleh. Haiyaaaa. Sadis betul. Weekend memang tak boleh reserved meja ke kerusi ke pinggan ke cawan ke sudu ke garfu ke apa pun ea. Hari-hari biasa amat di alu-alukan. Huh. 

Disebabkan sejam itu macam lama kalau kami nak berdiri terpacak macam patung dekat situ, masing-masing decide nak masuk Harvey Norman cuci mata. Tak ada apa yang menarik pun dalam tu. Cuma dekat bahagian Apple je la kitorang buat macam itu tempat kami yang punya. Budak sebelah kitorang duk jeling-jeling tunggu nak take turn apa kami buat. Ceittttt. Kalian tolong jangan tanya apa kami buat time tu ya.

Ok. Tak mahu tulis panjang lebar. Meh tengok gambar makanan yang kami pesan. Yuk!






















































Amacam?

Terliur tak?

Tak?

Lantak korang la.

Bolehlah makanan dekat situ. Tekak aku rasa sedap je sebab orang belanja kan. Hahaha. Tekak orang lain aku tak tahulah. Puas hatilah makan walaupun aku hew hew hew. Apa? Jangan nak fikir bukan-bukan ea. Tak ada kena mengena dengan apa-apa pun. Hoh.

Billion-an terima kasih di ucapkan pada abang Suhail sebab belanja kami makan. Sangat kenyang! 

p/s : agak2 ada sape2 sudi belanja aku makan tak kat situ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger