Sunday, October 2, 2011

Jom Baraan II



Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang juga untuk menyertai program Jom Baraan II anjuran Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Jom Baraan kali ini akan di adakan di Batu Pahat dan Muar seperti tahun lepas juga. Kami pergi 6 buah rumah. 3 buah rumah di Johor dan lagi 3 buah rumah di Muar. Hanya perlu membayar rm20 sahaja. Terima kasih ya Abang Suhail sebab bayarkan Tiqa punya. Heeee.

Pagi itu sesiapa yang turut serta perlu berkumpul di UIAM Gombak. Mula-mula aku rasa biasa je sebab tak keluar dari kereta lagi kan. 

' Nanti kenal-kenal la dengan kakak-kakak GPTD tau '

Itu pesan abang Suhail pada aku. Ya, abang Suhail sudah faham benar akan perangai adiknya yang sangat susah nak berbual serta beramah mesra dengan orang lain. Malu-malu bagai. Aishhh. 

Kak Jihan : Atiqah, apa khabar? Sihat? ( sambil bersalaman )
Aku : Erkkkk. Sihat kak. 

Kak Dill : Atiqah ( sambil bersalaman )
Aku : Erkkkk. Kenal ke kak?
Kak Dill : Eh, mestila kenal.


Pelik juga pada mulanya, macamana kakak-kakak ini kenal aku siap tahu nama lagi. Puas aku memikirkan semua ini dan baru aku tahu mereka pasti kenal aku melalui gambar-gambar di blog dan muka buku abang-abang aku. Kebetulan abang-abang aku agak aktif dalam segala aktiviti GPTD ini.


Ok. Aku tak mahu bercakap banyak. Mari lihat gambar-gambar sekitar Jom Baraan II di Batu Pahat dan Muar.


Ini Kak Jihan dengan barang-barang daripada Karangkraf. Untuk pengetahuan, GPTD ada menjemput dua orang wartawan dari Karangkraf.


Seronok sungguh pabila mendapat barang ini. Lebar betul senyuman.

Ini kawan-kawan abang Suhail dari Indonesia, Bangladesh dan India kalau tak silap aku. Kalau silap, maaf ya. Mereka ingin merasai bagaimana cara Baraan di Malaysia.

Bersalam-salaman dengan tuan rumah. 


Najla yang sentiasa menjadi perhatian semua orang.


Gambar bersama tuan rumah pertama yang kami kunjungi.

Semasa bersalam-salaman sebelum pulang, mak cik tuan rumah ini berkata begini pada aku.

Mak Cik : Anak ini tahun hadapan datang lagi ya ke rumah. Mana la tahu boleh jadikan
              menantu nanti. ( berkata sambil tersenyum )
Aku : ( Senyum ). InsyaAllah.

Di rumah kedua yang kami kunjungi di Batu Pahat ini ada kenduri kahwin. Seronokla dapat makan nasi minyak time musim perayaan. Hiiii. Kenyang, Alhamdulillah.


Aku makan nasi ya bukan duk main tarik tisu yang kelihatan itu. Endahkan muka aku yang masam mencuka itu.


Rumah kedua

Najla dan ayahnya.

Dua beradik yang muka seakan-akan seiras ini telah membuatkan aku konpius di laman muka buku. Hihihih

Najla yang begitu rapat dengan abang Shazni.

Kakak tudung merah yang berdiri itulah tuan rumah. Sedap yang amat makanan di rumahnya. Rasa macam nak tapau bawa naik bus je. Hehehe.

Rumah ketiga





Rumah keempat



Rumah ke lima 
Mee Bandung Muar hasil tangan ibu Abang Hakim memang sedap yang amat. Siap tapau bawa balik KL.

Rumah terakhir sekali ialah rumah Abang Hakim.

Sepanjang Baraan ini, setiap rumah ada menyediakan makanan yang berat. Lepas makan naik bus, tidur. Turun bus, baraan kejap then makan, naik bus tidur balik. Sebanyak enam buah rumah macam itulah yang berlaku pada segelintir di antara kami. Ya Allah memang enak bangat. 

Aku baru tahu macam ini rupanya baraan dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Sebelum ini hanya dengar orang bercerita dan tengok dekat tv je. Ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahin sesama sendiri. Walaupun pada mulanya aku berasa agak janggal, tapi Alhamdulillah lama kelamaan aku dapat juga menyesuaikan diri. Harap Jom Baraan ini dapat di adakan lagi pada tahun hadapan. Apa-apa pun Jom Baraan memang BEST! 

p/s : rugi buat sesiapa yang tak dapat join jom baraan ini.

1 comment:

  1. taun dpn g jb lg x?kalo g buley buat kat kota tinggi..pastikn dtg musim doyan..dapat makan n tapau bawak balik kl...heheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger