Monday, April 15, 2013

Hari Istimewa : 2 in 1




Bismillah 




14 April 2013

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 14 April. Tarikh yang mempunyai dua perkara istimewa dalam satu tarikh. 

1. Ulangtahun Kelahiran Ayah.

Ahmad Bin Saad.

Yang tidur malamnya sering terganggu keranaku.
Yang titik peluhnya menitik membasahi tanah bumi demi membesarkan aku.
Yang tidak pernah mengadu keletihan.
Yang tidak pernah mengadu kesakitan.
Yang sentiasa bersabar akan perangaiku.
Yang sering mengingatkan aku akan solat tidak kira dirumah mahupun diluar.
Yang sentiasa mendoakan kejayaan anak anak.
Setiap lauk yang ingin dimasukkan ke dalam mulut sanggup diberikan kepadaku.
Setiap harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku.

Namun adakala aku lupa, aku alpa, aku leka akan semua itu Ya Allah.

Kerana dia tidak pernah merungut kepadaku, Ya Allah.
Kerana dia tidak pernah mengadu kepadaku, Ya Allah.
Kerana dia adalah seorang ayah.
Seorang ayah, seorang lelaki yang tiada dua mahupun tiga didalam hidupku didunia ini melainkan bakal suamiku suatu hari nanti.

14 April 2013, Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada ayah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang taat pada perintahNya, menjaga serta mendidik ahli keluarganya. Setelah 60 tahun melayari kehidupan didunia ini, ayah masih sihat wal'afiat dengan keizinan Allah, Alhamdulillah.  

~ Selamat Hari Lahir Ayah.
~ Semoga Allah sentiasa merahmati serta memberkati kehidupan ayah didunia juga   diakhirat kelak.
~ Semoga Allah merahmati, memberkati segala urusan yang ayah lakukan didunia ini. 
~ Semoga Allah panjangkan umur ayah untuk melakukan apa yang di perintah olehNya.
~ Semoga Allah murahkan rezeki serta limpahkan kurniaan rezeki kepada ayah.





2. Ulangtahun Perkahwinan Ayah Ibu



14 April 1979 - 14 April 2013 bersamaan 34 tahun usia perkahwinan ayah dan ibu. 

'Susah untuk jadi seperti ayah yang banyak berkorban untuk keluarga dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. Ibu pula tidak jemu-jemu untuk melayan kerenah anak-anak yang mempunyai 1001 ragam (Abg Suhail, 2013)'


Terima kasih Allah kerana telah memberikan kami ayah dan ibu yang sanggup melewati duri kehidupan semata-mata untuk membesarkan kami.

Ya Allah, walau bagaimanapun caranya, kami tetap tidak mampu untuk membalas jasa mereka. Tetapi apa yang pasti kami tetap akan berusaha sedaya uapaya untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang kami ceburi sebagai salah satu cara kami membuktikan rasa cinta, sayang serta penghargaan atas apa yang mereka telah lakukan selama ini. Kami harap Ya Allah, Kau bantulah kami menggapai kejayaan demi melihat seukir senyuman manis daripada raut wajah ayah dan ibu. Dengan seukir senyuman itu sudah cukup menyenangkan hati kami.

Semoga Allah mantapkan kasih sayang sesama kami hinga ke syurga tempat kita bertemu di alam abadi.

Ya Rabbi! Kau titipkanlah rasa rindu dan kasih kami kepada orang tua kami dengan kasih sayang serta barokah daripadaMu kepada mereka.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa mereka dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil sehingga dewasa.

| Selamat Hari Lahir Ayah | 
| Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ayah Ibu |

p/s : Hargailah ayah dan ibu semasa mereka masih ada disisi kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger