Tuesday, March 27, 2012

Buah hati baru



Bismillah


Mendapat khidmat pesanan ringkas daripada abang sulung aku. Alhamdulillah, bertambah lagi seorang anak buah. 

Usai sahaja aku menjawab paper final yang terakhir, terkocoh-kocoh aku pulang ke hostel kerana terlebih excited nak pulang ke rumah lantas bertemu dengan ahli baru keluarga kami.Nasib baik ayah Yani ada dekat dewan tika itu. Dapatlah tumpang. Heee. Aku beriya angkat segala khazanah aku dalam bilik untuk di bawa pulang ke rumah. Iya la, cuti semester sudah bermula kan. Dua bulan pula tu. Lamaa!

Kebetulan saat aku sibuk nak kemas barang dalam kereta, ibu beritahu selepas ini perlu ke hospital untuk tengok Kak Nurul. Nehaaaaaa. Lagi bersemangat la aku susun atur segala barang. Tak pandang kiri kanan dah. Hahaha.

Sampai di hospital, terus ke wad bersalin dan di situlah buat pertama kalinya aku menatap wajah si kecil Harraz ini. Aduhaii. Sungguh comel kamu Harraz. Nyenyak pula tidur. Arghhh. Rasa macam nak bawa lari ke rumah terus. Heeee. 

Nasib baik malam itu kak Nurul discharge dari hospital tersebut. Untuk makluman kalian, kak Nurul berpantang di rumah aku. Itu bermakna aku boleh la nak gomol si kecil itu setiap hari. Hehehe. Okey! Terlebih teruja pula.

Mari tengok muka baby baru ini.


Nama yang diberi ialah Muhammad Harraz bin Muhammad Ammar. Actually, nama tersebut telah lama abang aku jumpa dan dia nekad untuk beri nama itu pada anaknya. Kebetulan pula sewaktu kak Nurul mengandung, abang Ammar dan isterinya memang sudah memanggil bayi di dalam perut dengan nama Harraz.

Harraz maksudnya yang warak.


Harraz tak banyak ragamnya. Dia hanya akan menangis pabila haus dan BO sahaja. Dia banyak tidur. Ala, biasala kan nama baby. Agak susah nak dengar dia menangis. Heeee.

Sangat gembira dapat anak buah. Itu bermakna aku telah mempunyai 3 orang anak buah. Sangat sweet!!!

Okey baby, maksu harap kamu akan menjadi seorang yang soleh pabila besar kelak ya.
InsyaAllah
=)


Terima kasih Ya Allah 


p/s : bila entah nak dapat anak sendiri. uppssss.

3 comments:

  1. Wah cutenya. Best la dapat anak buah :) Comel serius baby :)

    ReplyDelete
  2. memang best sgt. heeee. Terima kasih! =)

    ReplyDelete
  3. eleh mak usu ilang ntah kemana...xgomol pun.....firash yg jaga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger