Tuesday, February 28, 2012

Impian terlaksana



Bismillah 

Sejak dari hari Jumaat lepas, 
tidur aku tak lena, 
mandi tak basah, 
makan tak kenyang.
Tak tahu kenapa.

Setiap detik barang itu bermain-main di fikiran aku walaupun aku sedang membaca sesuatu. Sebelum tidur pasti akan terbayang-bayang akan barang itu. Waktu tidur sudah pasti akan bermimpi barang itu.
Erghhhh.
Hidup aku buat beberapa hari lepas sering di hantui dengan barang itu.

Tetapi
Hari ini
Saat ini

Alhamdulillah

Semuanya berubah pabila aku telah dapat barang yang aku angaukan selama ini. Terima kasih ayah ibu kerana sudi menghantarkan barang itu ke kampus. 
Sayang ayah ibu.
Muahhh muahhh muahhh muahhh
 =)

Kalian tahu barang apa?
Mari aku tunjukkan bungkusannya.

Taraaaaaaaaaaaaaa.



Apa isi di dalamnya?
Adakah ianya sebentuk cincin emas yang di simpan dalam kotak besar?

Atau

Anak kucing parsi yang bulunya lebat?

Atau

Bom buatan tangan?

Hmmmm.

Biarlah ianya menjadi tanda tanya ya.




 Terima kasih Hafiz.
Semoga hubungan persahabatan kita kekal abadi selamanya.
^_________^


Tak sabar rasanya nak godek-godek itu barang walaupun tahu diri ini masih kekok untuk melakukan semua itu.

Haaaaa
Sebelum terlupa.
Happy Belated Birthday.
Sudah 22 tahun?
Boleh mengundi sudah.
Heeeee



*Gambar copy paste dari blog awak.
Saya memang dah plan nak update besday awak sebelum berakhirnya bulan Februari ini. 

Ehem ehem

Semoga menjadi anak yang soleh ya.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Selamat menghabiskan pengajian di tahun akhir ini dengan kejayaan yang cemerlang.
Semoga hidup di berkati Allah

Okey
Seriusly sudah ketiadaan idea untuk meneruskan entry ini kerana barang itu telah memanggil-manggil untuk digodek-godek.
Heeeee


Atiqah, please behave yourself okey!
Final exam tinggal lagi 2 minggu!
Tolong focus pada pelajaran!

Gulp

Have a nice day everybody!
*_________________*

p/s : tangan gatal nak bergambar guna barang baru. hahaha.

2 comments:

  1. CIK ATIQAH,APAKAH??

    ReplyDelete
  2. apa dalam bungkusan tu tadi??
    nak tau gak :)

    yqa follow k ^^.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger