Friday, September 30, 2011

Seronoknya menunggu



Bismillah

Hari Jumaat sebelum final exam lepas, madam minta gambar kelas kami. Madam minta kami semua berkumpul untuk bergambar tepat jam 2.30 petang. Tapi biasa lah janji melayu kan tak akan tepat. Tak apa aku dah biasa hadapi semua itu. So, kami bergambar sendiri tanpa madam. Budak-budak ini pun termasuk aku bergambar sakan tengah-tengah panas sampai ramai orang pandang-pandang. 
Ada aku kisah ke?
Huh.
 Memang agak huru-hara sedikit lah tambah-tambah dengan mood aku yang agak tak berapa nak ok sangat. Ada beberapa classmate lelaki yang sudah pulang ke kolej disebabkan terlalu lama menunggu. Aku nak tahan mereka, aku tak ada hak apa-apa. Biarkan saja la.


Antara gambar-gambar pada petang itu. Aku upload tiga keping je la ya.




Lagi 6 orang student lelaki tiada sebab dah pulang ke kolej.


Kalau tak silap aku semua student perempuan class aku ada waktu ini. Sorry la ya pada yang diri dekat belakang-belakang yang nampak sipi-sipi je tu. Salahkan orang yang ambil gambar. Apa yang penting, gambar aku nampak sangat jelas di situ ya. 
=)



 Sesudah puas masing-masing posing sana sini, aku dah set mind sampai kolej nanti nak solat dan tidur seketika TAPI aku diminta untuk menyerahkan gambar-gambar tersebut pada madam. Aduyaiiii. Serious letih yang amat. Sudah lah cabel camera dalam bilik. Sementara menunggu, terfikir juga nak lari balik kolej ambil cabel, tapi bila kenangkan kolej tu jauh, batalkan saja lah niat itu. Minta tolong Yana hantarkan cabel naik basikal Yanie, Yana ok saja   TAPI kelibat Yana pun aku tak nampak setelah beberapa minit menunggu. Call Yana, hp nya tertinggal dalam bilik. Aduyaiii. Serba salah aku dibuatnya. Kesian pula kat Yana. =(

Dari jauh sudah nampak kelibat madam. Yeayh, girang gembira hati aku. Madam nampak aku, terus di berinya aku latop dan kertas. Dalam hati tertanya-tanya kenapa aku diberi latop pula ni?? Tak sempat bertanya madam dah bersuara minta tolong aku menaip suatu artikel dan menunggu seorang lagi letcurer untuk serahkan gambar pada letcurer tersebut. 

GULP.
Ternganga mulut aku.
Kena tunggu lagi??

Aku tunggu la letcurer yang di maksudkan di depan MBA. Lama tau. Siap ada senior tegur lagi.

Senior : Adik buat apa kat sini?
Aku : Tunggu letcurer, nak bagi gambar kelas kat dia.
Senior : Oh. Agak-agak lama lagi tak?
Aku : Tak tahulah. Tak berani nak cakap lama ke tak.
Senior : Ni nak minta tolong boleh?
Aku : Apadia?
Senior : Adik tolong tengok-tengokkan helmet kat motor tu ea. Nak pergi jumpa  
            letcurer.
Aku : Haaaa?? Tengokkan helmet? Ye la. ( jawapan tak berapa nak ikhlas )

Tapi aku langsung tak tengok-tengokkan helmet senior tu. Bukan tak amanah pada arahan senior tu cuma mata aku dah mengantuk sangat. Tak larat nak tengok keadaan sekeliling. Biarlah orang perhatikan aku dekat situ. Sebabnya kepala aku dah ting tong. Hahaha. Angkat je kepala tengok motor senior tu tak ada dah. Terbaekk! 

Dipendekkan cerita letcurer tu sampai je dia suruh aku pergi dekat library,siapkan artikel yang madam suruh taip. Dia akan tunggu di sana. Dengan muka yang penuh dengan kesedihan + mengantuk, aku dengan hati yang berat melangkah ke library. Sampai dekat library,aku tak nampak langsung letcurer tersebut. Pelik juga. Bahu dah sakit dengan beg latop yang berat ni. Call letcurer tu, dia suruh pergi ke masjid pula. Dia ada di sana. 

Seriusly penat sangat.

Sampai masjid Bella datang hantarkan cabel camera pada aku. Terima kasih ya Bella dan Yana. Sorry susahkan kalian. 

Usai transfer gambar dan taip artikel, madam pesan supaya hantarkan kembali latopnya di BG. 

Arggghhhhhhhhhh.
Nak kena
 turun,
 naik,
 turun, 
naik 
dan 
naik 
tangga balik. 
Tak apa, demi madam saya sanggup buat apa sahaja. (Baikkan saya)
=)

Waktu aku sampai, madam baru sahaja nak mulakan kelasnya, aku masuk dan pulangkan semuanya pada madam.

Yang bestnya madam beriya speaking dengan aku tapi aku jawab melayu je. 
Hehehe.

Sorry madam, tak sengaja sebab kepala saya sudah pening, mengantuk dan badan dah rasa tak berapa selesa.

Berjalan pulang ke kolej dengan kaki yang lemah untuk melangkah sambil menikmati Cool Blog.

p/s : Aku sangat suka tunggu lama-lama. Memang sudah sebati. =)

2 comments:

  1. rajin akak ni..xpernah menghampakan kerja yg madam suruh buatkn..plajar kesayangan..

    ReplyDelete
  2. eh, tak ada la..biasa2 je..lgpn itu dah permintaan letcurer kan..kena lla buat.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger