Sunday, July 24, 2011

Letih? Setahun jer lagi.



Bismillah

Letih??

Setahun lagi??

Arghhhh.

Lamanya..

=(

Hmmm. Setahun itu sekejap sahaja kerana masa akan berlalu dengan cepat pada zaman sekarang ini. Memang sekarang kita akan terfikir macam-macam. Itulah inilah. Tapi hakikatnya masa memang berjalan dengan sangat sangat sangat sangat pantas. Tak rasa la kalau nak meneruskan pengajian anda yang hanya tinggal setahun sahaja lagi.

 Lainlah aku, 3 4 5 tahun lagi. Barangkali 10 tahun akan datang baru habis belajar. 
Hohoho. Waktu itu sudah pasti umur aku pun sudah tidak remaja seperti sekarang lagi. Hihihihi.


Buat Muhammad Hafiz,


Hidup ini umpama roda, umpama jua sebuah pelayaran. Roda walaupun sentiasa berpusing.. . tidak selalunya ia berada di atas. Begitu jugalah dengan hidup.. Tak selamanya kita berjaya. Namun apabila saudara sudah berjaya.. Manfaatkanlah ia sebaik mungkin okay! Ingatlah bahawa dalam harta kekayaan itu ada bahagiannya untuk orang yang susah dan memerlukan. Pelayaran itu sesungguhnya penuh dengan dugaan. Sekadar ribut, karam dan ke buluran adalah lumrah hidup. Jadi apabila saudara berhadapan dengan apa jua kesulitan, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. 


Oleh itu, teruskan mengejar cita-cita. Jangan mudah berputus asa. InsyaAllah, semoga berjaya mencapai apa yang dicita. Bila sudah berjaya, jangan lupa pada


1. ALLAH
* kerana Dia pemberi kejayaan itu.


2. Ibu ayah
* Ibu ayah yang terlalu banyak berjasa


3. Kawan-kawan @ sahabat
* yang banyak memberi dorongan.


Jangan sombong dan takabur. Takut-takut kufur dalam nikmat.
Nauzubillah


Hafiz,
 Tuntutlah ilmu kerana Allah, dengan kesabaran Nabi Ayub, kekayaan Qarun dan kecerdikan Imam Syafie. InsyaAllah, kejayaan pasti milik kita dengan Izin-Nya.


' Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, Jadi persiapkanlah dirimu dengan sifat kepimpinan, Ilmu ' kebathinan ' dan sifat ketaqwaan agar wanita yang kau pimpin itu menjadi temanmu di akhirat '


Selagi di gelar manusia, Perjuangan kita belum 
T.A.M.A.T


P/S : semoga segala impian bakal menjadi kenyataan. Ameen ~



4 comments:

  1. thnx 4 da special post.
    insya Allah im tryin' ma best 4 everyone.:)
    thnx 4 everything also cik tiqa.:)

    ReplyDelete
  2. =)
    ini je yg mmpu buat utk kamu..
    my pleasure..
    All the best..setahun je lagi!. =)

    ReplyDelete
  3. gud luck muhammad hafiz..:)

    ReplyDelete
  4. usaha tangga kejayaan..perlu banyak pengorbanan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger