Friday, June 3, 2011

Penantian satu penyeksaan



Bismillah

Dayah : Akak, teman kita g masjid tanah bley tak? kita tak reti la nak buat atm card.
Aku : Sekarang ke? urmmm. ok la. jom.

Dari UITM -  Masjid Tanah adalah dalam RM1.50 seorang. Perjalanan mengambil masa selama 10 minit. Tunggu bus mengambil masa selama sejam. Lama woooo. Tidur pun boleh. Hahaha. Sumpah mata aku dengan Dayah sama-sama berat time dekat bustop.MySpace heeeee. Sampai pekan hujan lebat sangat. Nasib baik ada bawa payung. Kalau tak memang basah la aku dengan Dayah. Huuuu.


Masuk dalam bank Islam, ambil borang dan isi apa yang patut. Isi tak adalah lama mana pun. Adalah dalam 10 minit. Bukannya ada apa yang penting perlu di isi pun. Tapi pihak pengurusan bank sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat SLOW!  Selalunya dalam jam 11.30 am, semuanya sudah siap. Aku tak pasti ramai orang ke banyak masalah ke orang itu lambat buat kerja ke apa ke, urusan yang mudah mengambil masa lebih dari 2 jam.MySpace 


Memang sangat-sangat lama. Aku makan gula-gula dah lebih dari 6 biji. Lama kot. Dari berdiri, aku pergi merayau tengok-tengok kedai yang ada. Masuk dalam bank, nama masih belum di panggil lagi. Aku siap boleh termenung + berangan dekat tepi pintu bank sambil pandang hujan yang turun dengan lebatnya. MySpaceHahaha.


Dalam jam 12.30, aku & Dayah duduk dekat kerusi yang di sediakan. Fuhhhhhhhh. Lega betul ooo bila dapat duduk. Terasa kenikmatannya.MySpace  Bila dah dapat duduk, kompem-kompem mata akan mengecil dengan sendirinya. Faham-faham sajalah apa maksud aku kan.MySpace Hihihih. Dalam jam 1.00 pm, Dayah serahkan segala borang dekat kaunter dan duit yang perlu di bank in. Aku fikir mesti cepat siap sebabnya tinggal card saja yang belum dapat. So, kami pun 



dengan penuh kesabaran walaupun aku sudah kesejukkan yang amat dalam bank itu. 

Jam

1.30 pm
Masih tiada apa-apa yang berlaku.
Yang kelihatan orang di kaunter itu sibuk bertanya dekat seorang budak ini tentang apa yang di pelajari di kelasnya, umur berapa, tinggal di mana. Tudiaaaaa, sempat nak beramah mesra plak. Sedangkan mata orang itu nampak ramai orang yang tengah menunggu.
Hampeh betul. 







2.00 pm
Sama seperti perkara di atas.
Bergelak ketawa. Siap bergurau senda meminta nombor telefon pada seorang siswi UITM. Gatal bebenor. Sabo je la~ 








2.30 pm


Bila di sebabkan terlalu lama menunggu. Terpaksa lah ke kaunter di mana terdapatnya orang yang sedang duduk bercogam sesama sendiri itu.

Aku : Urmm. Lama lagi tak nak dapat card?
Bank : Tak sure la dik. Sebab ramai lagi ni.
Aku : Kami tunggu lama dah dari tadi. Tapi orang yg dtg lmbt dri kami, msti setel
        dulu. Macamane ni?
Bank : Adik duduk dulu ya. nanti dah nak siap, kami panggil.
Aku : Tapi kami ada kelas jam 3.30 pm ni . *terpaksa kelentong.
Bank : Aik, adk tak boleh salahkn phak bank. Kami buat keje mcm biasa. Silap adk 
          la dtg lambt.
Aku : Ok. (ikutkan hati nak je ckp " pengurusan bank ni lembab betullah " )

Banyak la kau punya buat kerja macam biasa. Aku tengok lembab semacam je. Sikit-sikit bercogam. Perghhhhh. Tak pasal-pasal aku pula yang di persalahkan. Hampeh la! Sumpah aku tak nak berurusan dengan bank kat situ lagi. Sangat lembab!!!MySpace

Then..

Bank : Nur Hidayah bt Nawawi.
Dayah : Ya, saya.
Bank : Adik tak masukkan duit lagi ea dalam akaun ni?
Dayah : Haaa. Tadi saya dh bagi duit kat abang kaunter 4 tu.
Bank : Kjap ya. uiiii, adk ni ada bg duit utk bnk in kat akaun dia x?
Kaunter 4 : Adk mana?
Bank : Ni...
Kaunter 4 : Ada2. asal?
Bank : Aku cek akaun dia tak ada pun. kau dh buat blum.
Kaunter 4 : Allah, aku tak bank in lagi. Lupa la plak. sorry dik. Jap2. bg aku setel yg ni dlu.
Bank : ok. Adk dduk dulu ya.

Haaaaaaa. Ini lagi satu masalah. Boleh pula lupa nak masukkan duit dekat akaun pelanggan. Apa ni? Adoyaiiiiii. Dayah muka dah masam mencuka. Mahu tak geram budak tu.MySpace  Tunggu punya la lama, tup tup tup duit dia orang tu tak bank in kan pun. Aishhh. Tak faham betul aku.


Semuanya setel tepat jam 3.30 pm. Lama sangat aku dengan Dayah duduk dekat bank tu. Nasib baik sempat naik bus, kalau tak, memang lambat masuk kelas la. Huuuuu.


Sampai kampus, balik bilik solat then terus pergi kelas. Letih letih letih!! Nasib baik kelas malam cancel. Heeeeee.


Thats all for this new entry.
hope u guys enjoy it..MySpace


p/s : kamu, cepatlah turun Melaka.

9 comments:

  1. hehehe mmg lem#$% pon kalau urusan bank2 ni..nyampah~! ahha!

    ReplyDelete
  2. to aifa : tahu tak apa.. benci pergi bank! hahaha.

    ReplyDelete
  3. Awal bulan lg sakit jiwa di buatnye.lebih2 lg bank islam..pengurusan lembab sangat2..dh lh org ramai tp kaunter buka 2 je..

    ReplyDelete
  4. bodoh betoi la pihak bank tu.. diaorang ingat diaorang hebat, sebab tu tindas org yg macam kita2 ni.. saya pon dah penah kena.. hahaha :)

    ReplyDelete
  5. tapi bank islam cawangan Kota Bharu terbaik service, xde org beratur pun,heee

    ReplyDelete
  6. to anonymous : itu la psal..xfhm btul laaa..hmmm..

    to kuchiki : itu la psal..mntang2 la kita stndt, dia bley buat gitu..>.<

    to fz : ala, KB kan terbaek.

    ReplyDelete
  7. Pengurusan bank islam di alor setar dan tabung haji jitra adalah terbaik!!cekap,cepat dan mesra pelanggan..

    ReplyDelete
  8. @baby u : hohohoh..i thnk kedah dgn kelantan sama terbaik srvce bank d sana.. =)

    ReplyDelete
  9. yup!!..=)
    mybank jitra pun ok..relax je..hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger