Sunday, March 13, 2011

Membaca



Bismillah


Semalam usai sahaja pulang dari kenduri kahwin abang Azim, abang Suhail serta kak Nadzifa terus membawa aku dan abang Epah ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli barang. Selesai solat, aku terus ke tempat di mana ada jual pelbagai jenis buku yang mempunyai potongan harga yang amat berpatutan. 


Pada mulanya aku hanya ingin membelek-belek saja buku-buku di situ. Tiada niat langsung ingin membeli kerana aku memikirkan masa aku yang sangat pack sekarang ini. Tetapi abang Suhail telah offer aku untuk membeli buku dan dia yang akan bayarkan. Apabila dah dapat offer sebegitu, mulalah eksplorasi aku mencari buku yang menarik.


Dan akhirnya...


Dua buah buku ini telah berjaya memikat hati aku untuk membelinya.


La Tahzan Gadisku
- Ianya mengenai perkara yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini 
  iaitu masa depan. Walaupun menjalani hidup dengan tenang dan bahagia,
  namun dalam pada itu harus di akui bahawa ada banyak perkara yang
  menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan.

 - Mempunyai pelbagai kisah penuh inspirasi yang di satukan supaya dapat
   di jadikan panduan dan iktibar serta pengajaran bagi membimbing anak
   gadis menjalani hidup yang lebih bermakna serta perlu sentiasa beristiqamah
   dan berserah kepada Allah SWT.




Matahari
 - Merupakan kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah di tulis oleh Hilal Asyraf semenjak 
   beliau berumur 19 tahun. Mempunyai 18 kisah yang semuanya seputar kehidupan insan
   dan hubungan mereka dengan Ar-Rahman.

 - Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga, dan percintaan, perjuangan mencari 
    kebenaran serta perihal ummah.

- Dengan Matahari menjadi majaz dalam perjalanan ceritanya, semua karya ini adalah 
   layanan jemari Hilal Asyraf dalam membawa manusia kepada satu perkara, yakni Allah SWT.

InsyaAllah, sekiranya ada masa yang terluang aku akan baca buku ini sebaik mungkin kerana terdapat pelbagai pengajaran yang bakal aku perolehi kelak.

Ameen ~
p/s : Terima kasih abang Suhail! =)

5 comments:

  1. Isikan masa lapang dengan membaca..
    Bestlh tajuk buku tu!

    ReplyDelete
  2. ummi,saya pun nak beli buku La Tahzan Gadisku..mesti bestkn!!hehe..

    ReplyDelete
  3. membaca amalan mulia :-)

    ReplyDelete
  4. to anonymous : tq.. =)

    to anonymous : belilah..buku dia mmg best d baca..

    to abg epah : insyaAllah bermanfaat..

    to w : betul..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger