Monday, January 31, 2011

Sayang, kalian semakin membesar!



Bismillah





Sayangku,
Firash Haiqal dan Sahal Najla.

 Kalian semakin membesar sekarang ya. 

Terasa macam baru semalam kalian di lahirkan di dunia ini.

Terasa macam baru semalam aku mendengar suara kalian menangis meminta susu kerana kehausan.

Terasa macam baru semalam aku menyentuh kalian.

Terasa macam baru semalam aku mengusap kalian.

Terasa macam baru semalam aku membelai rambut kalian.

Terasa macam baru semalam aku mendukung kalian yang baru berumur sebulan.

Ya Allah, betapa cepatnya masa berlalu ketika ini.

FIRASH HAIQAL

Firash ooo Firash..

Sudah 9 bulan kamu ya. Lagi 3 bulan kamu akan berusia setahun. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ini. Kamu sekarang sudah banyak ragam. Pantang nampak mommy pakai tudung, kamu tahu nak keluar. Mula-mula aku pulang dari KL baru-baru ini, kamu memandang aku seperti tidak pernah mengenali aku. Sangat sedih. Hahaha.

Apa yang aku kagum dengan Firash ialah dia selalu tidur lambat tetapi bangun awal pagi semata-mata ingin menanti tok ayah pulang dari surau dan membaca al-quran di depan. Kamu sangat suka mendengar ayat suci al quran. Kamu juga sudah pandai mengimbangkan diri apabila berdiri. Dan yang paling penting kamu sudah mempunyai gigi sebatang. Bila sudah ada gigi nanti, jangan ikut perangai mak su yang sangat suka gigit orang ya sayang. Heeee.

Aku begitu teruja apabila mengetahui serta melihat dengan mata sendiri bahawa kamu sudah pandai merangkak ke sana ke sini. Pantang di letakkan ke lantai, mula lah bergerak mengikut keinginan sendiri. Tapi kamu lebih suka untuk berjalan dengan sendiri walaupun tidak mahir. Sekiranya terlupa bagi kamu makan, sudah tentu kamu akan menangis. Pabila sudah kenyang, jari-jari tangan pula yang di masukkan ke dalam mulut sehingga penuh saliva di muka kamu. Aishh.

Kamu sangat suka dengan buku. Pantang sahaja nampak buku, tangan kamu pantas memegang buku dan membukanya seolah-olah faham apa isi kandungannya. Hanya satu sahaja perkara yang boleh menggangu tumpuan kamu terhadap buku ialah lagu tema TV3. Hahaha. Untuk maklumat kalian, itu lagu kesukaan Firash. Sudah banyak perkara yang Firash suka lakukan sekarang ini. Al maklumlah, kamu semakin membesar.Firash... Firash... Telatah kamu sering membuat orang ketawa. 

SAHAL NAJLA 

Si kecil Najla.

Ini seorang lagi anak buah aku. Baru berusia 3 bulan. Sangat sekejap kamu membesar ya. Tahun lepas kamu sangat kecil. Tangan aku menggigil-gigil apabila mendukung kamu. Sekarang aku belum berpeluang untuk bertemu dengan kamu. Tak apa, raya cina ini insyaAllah dapat berjumpa dengan kamu ya si cantik manis.

Najla tidak mempunyai banyak kerenah. Mudah untuk menjaganya. Waktu mandi perkara yang paling di gemari oleh Najla. Mulutnya sentiasa terkumat kamit seorangan ketika ayahnya memandikannya. Riuh bilik air dengan suaranya seorang sahaja yang seolah-olah mengajak orang berbual dengannya. Tunggu kamu besar nanti kita berbual bersama ya sayang. Nantikan! Yehaaa! =)

Najla pula sangat murah dengan senyuman. Sentiasa tersenyum tidak kira waktu. Ketika tidur pun kadang-kadang tersenyum juga. Kamu sangat comel Najla. 

 Semoga Firash dan Najla menjadi anak yang soleh serta solehah apabila dewasa kelak.

Semoga Firash dan Najla taat kepada perintah Allah apabila dewasa kelak.

Semoga Firash dan Najla menghormati serta taat kepada ayah ibu ya.


Sangat seronok apabila sudah mempunyai anak buah. Gelagat mereka sering membuatkan diri aku terlupa akan masalah yang menimpa diri. Sungguh tenang hidup anak kecil seperti mereka.


p/s : Aku tidak boleh bayangkan bagaimana agaknya gaya si anak-anak kecil ini apabila
        sudah pndai berjalan nanti.

3 comments:

  1. comelnye anak2 buah cik tqa,mcm cik tqa juga,comel dan cute..

    ReplyDelete
  2. bulatnya mata si comel ni..geramnye!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger