Wednesday, December 8, 2010

Selamat Hari Lahir ibu.


Bismillah

Alhamdulillah,. bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya kerana Allah telah memanjangkan usia ibu kesayanganku sehingga ke hari ini. 

06 Disember yang lepas merupakan tarikh hari lahir ibu yang ke 51 tahun..
Maaf ibu sebab tiada hadiah dapat Tiqa berikan.



Sempena hari lahir ibu, abang Suhail dengan berbesar hatinya meraikan hari lahir ibu di Wangsa Walk.
Wah-wah!! Untung ibu kan.


Semoga Allah panjangkan umur ibu dan beri ibu kesihatan yang baik dari pelbagai aspek.
Semoga hidup ibu di berkati oleh Allah swt.
Semoga kehidupan ibu sekarang akan lebih bermakna dengan kehadiran dua orang cucu yang bakal menghiburkan hati ibu bagi mengganti anak-anak ibu yang tiada di sisi sentiasa bagi menyambung pelajaran masing-masing.
Semoga ibu hidup berbahagia di samping suami yang tersayang.


Tiada apa yang dapat aku beri pada ibu ketika itu. Aku hanya sempat meraikan hari lahir ibu dengan menghadirkan diri untuk makan bersama ibu ayah, abang suhail, kak nadzifa serta dua orang anak kecil itu.


Ketiadaan abang Ammar, kak Nurul, Kak Ummi serta abang Epah pada majlis malam itu tidak dapat di halang. Huhuhu..

Moga di berkati usia ibu.
Ini kek untuk ibu pada malam itu. InsyaAllah, jika ada peluang hari Sabtu ini kita sambut lagi ya.

Kami makan di BBQ Chicken Wangsa Walk. Makanan sedap-sedap belaka.
Harga pun amat berpatutan.

Rambang mata nak memilih makanan.
Tengok semuanya sedap.
Nyummmm...

Makanan sudah tiba. Bila boleh makan ini?








Apabila Firash sudah pandai menggapai apa sahaja di depan matanya. Inilah yang berlaku.
Aku bagi Firash makan chocolate sejuk. Terus berubah muka dia.
Heeeeee..

Najla hanya mampu melihat lampu-lampu di dalam kedai makan itu sahaja. Nak bagi makan, Najla masih kecil lagi. Kesian Najla.

Waiter! Mana shushu yang shaya feshan tadi??
Kata Firash sambil tersembur-sembur salivanya.
Hahaha.
Botak-botak.

Terima kasih abang Suhail kerana telah belanja kami makan.
Kenyang yang amat.
Alhamdulillah..
Sedap..

p/s : Hari Sabtu ini, akan sambut birthday ibu lagi.

2 comments:

  1. adoyai..mmg xingt apa2 time ni..lgpun tqa dmm..huhuh...sory ya yunk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger