Monday, November 1, 2010

Firash Haiqal demam


Bismillah

Usai sahaja mengemas asrama sebagai denda Sabtu lepas, aku segera pulang ke rumah abg Suhail di Gombak kerana ayah ibu ada di sana. Sekiranya ayah ibu ada di sana, sudah tentu Firash juga ada. Rindu Firash. Tapi sewaktu ibu mengambil aku di hostel, Firash tidak ikut serta kerana demam. Aku fikirkan demam biasa sahaja. Rupa-rupanya demam teruk jugalah bagi anak kecil sepertinya.
Kesian Firash. 

Sampai sahaja di Gombak, aku mencari Firash tetapi dia tiada. Rupa-rupanya kawan abang Suhail iaitu abang Firhad dan abang Shazni yang menjaganya.
Untung Firash, semua ingin menjaganya. Manja sungguh dia.
Jeles mak su.
Heeeee..


Inilah muka Firash ketika demam. Mata pun tidak larat nak buka dah. Merah-merah mata. Nasib baiklah demam, kalau tidak, memang kenalah dengan mak su.

Selama 6 bulan berada di atas muka bumi, ini baru kali pertama Firash demam. Sebelum-sebelum ini tidak pernah demam walaupun di injit segala bagai. Kuat Firash ini. Kalah mak su. Hohohoh..
Firash demam sekali dengan batuk serta selesema. Pandai pula dia bernafas ikut mulut. Biasalakan, budak-budak zaman sekarang. Semuanya cepat. 

Ibu Firash ada membeli dua buah buku untuk anak kesayangannya ini. Alhamdulillah, Firash memang mempunyai minat yang mendalam terhadap buku kerana abang Suhail ada mengujinya dengan menunjukkan permainan di depan matanya tetapi Firash buat tidak tahu sahaja. Tapi apabila di tunjukkan buku, cepat Firash terkam. 
So, sekarang apabila Firash menangis, berikan sahaja buku, terus diam. Hahaha. 
Good boy.

Inilah buku yang berjaya membuatkan Firash berhenti menangis.

Setiap kali Firash tidur, dia akan bangun apabila azan berkumandang. Habis sahaja azan, Firash sambung tidur balik. Waktu subuh, Firash selalu akan baring di tepi tok ayah ketika tok ayah menunaikan solat subuh. Sekiranya tok ayah atau pak ciknya mengaji, Firash pasti ada untuk tengok tulisan ayat-ayat al-quran. Mudah-mudahan ianya akan kekal dalam diri Firash sepanjang hayatnya ya.
Ameen~


Walaupun dalam keadaan tidak sihat, Firash tetap cergas seperti biasa. Cuma tidurnya sahaja terganggu sedikit. Kalau ingin di ceritakan tentang Firash, esok lusa tulat segala bagai pun belum tentu habis.


Firash! Cepat-cepat sembuh ya dari demam kamu itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger