Saturday, October 30, 2010

Merindui itu suatu kepastian


Bismillah


Kesian sungguh blog aku apabila ditinggalkan kesepian tanpa teman untuk bermanja sejak akhir-akhir ini sehingga berhabuk sana-sini. * ayat nak sadis saja. Nasib baik tiada keturunan Cik Ti**s menyorok di blog aku. Hahahah
.
Maaf ya teman-teman sekalian. Aku agak kesibukkan sejak kebelakangan ini sampai tak tergerak urat-urat saraf semua jari aku untuk menaip di papan kekunci. Al-maklumlah, balik saja dari praktikal sudah tentu kepenatan mula menguasai diri ini. Waktu praktikal macam aku, ada dua waktu iaitu shift pagi bermula dari jam 7.00 a.m hingga 2.00 pm. Shift petang pula jam 2.00 pm hingga 9.00 pm. Memang sangat letih. Tapi apa boleh buat, aku sendiri yang memilih untuk mengambil kos ini.

Aku terlalu sangat serius merindui untuk menaip seperti sebelum ini. Setiap saat dan waktu ada sahaja idea untuk update blg. Tapi sekarang?? 

On latop
mood : kegembiraan untuk update blog sampai post kat wall FB.MySpace

Sign in blogger
mood : ada bahan nak tulis.

Click new post
mood : macam biasa la tulis " bismillah"

Mula menaip.
2 minit kemudian,
Delete kerana ayat tidak menarik.
Seterusnya,
Tiada idea untuk teruskan menaip.MySpace
Dan
Niat untuk online FB sebentar sahaja.
Kemudian,
Beralih kepada blogger dengan niat ingin menaip
Tapi,
Itu semua angan-angan tahi ayam sahaja kerana satu ayat pun aku tidak taip.MySpace
Beralih kembali kepada FB.
Duduk menghadap FB punyalah lama.MySpace
Sehingga
Sanggup click "save now" dan sign out terus blogger.MySpace

Hahahha..
Punya dahsyat aku malas nak update blog sekarang ini..
Aishhhh..
Geram gila aku. Rasa macam nak saja lekatkan kepala, tangan, otak dekat depan lappy dan memaksa diri untuk menaip.
Tapi hampeh, cubaan gagal.
Huh *tarik nafas.

Nampaknya hari-hari akan datang, sekiranya aku ingin mengupdate blog, aku tak boleh sign in FB kerana aura FB akan membuatkan aku ketiadaan idea untuk update blog.MySpace
Hahahaha..

Kehidupan aku sekarang alhamdulillah baik seperti biasa semenjak adanya kehadiran  insan baru dalam hidup ini *siapa ya?.Hahaha. Demam itu perkara biasalah apabila berjauhan dengan keluarga. Adakala tidur lewat bangun awal. Eh, macam-macam lah. Keadaan di hostel ada juga yang tidak memuaskan. Tapi apakan daya aku untuk menghalang semua ini. *apa kes ntah aku ni.
Sudah Atiqah..
Sudah!
Banyak-banyakkan bersabar sahaja ya!

Apa-apa pun aku amat merindui untuk menulis blog seperti dahulu..
Huwaaaaaa..
MySpace

p/s : Semoga aku dapat meneruskan kehidupan pada hari-hari akan 
        datang seperti biasa. Heeee..

3 comments:

  1. to fz : insyaAllah! sekiranya ada masa lapang, dapat lah update blog..
    =)

    to faiz : heeee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger