Tuesday, August 17, 2010

Seminggu Ramadhan


Bismillah


Alhamdulillah, sudah genap seminggu umat islam berpuasa dalam bulan Ramdhan ini.
Itu bermakna sudah genap seminggu jugalah aku berpuasa tanpa ahli keluarga tersayang buat pertama kalinya.MySpace


Pertama kalinya bersahur tanpa ayah dan ibu..MySpace


Pertama kalinya berbuka tanpa ayah dan ibu..MySpace


Pertama kalinya bangun sahur di kejutkan dengan bunyi alarm hp.. MySpace


Pertama kalinya pergi bazar Ramadhan bersama sahabat handai..MySpace


Dan macam-macam lagi aku lakukan buat pertama kalinya..


Semuanya merupakan sesuatu perkara yang pertama kali aku lakukan dalam bulan Ramadhan.
Makanan untuk bersahur, berbuka semua di masak bergilir-gilir oleh teman serumah.
Ini baru dinamakan berdikari.

Ini merupakan kali pertama aku berpuasa bersama-sama sahabat handai.
Pelbagai macam ragam di antara aku dan teman serumah dalam menghadapi bulan Ramadhan.
Al maklumlah, masing-masing baru pertama kali berjauhan dengan keluarga tersayang kan..

Aku rindu masakan ayah ibu..

Aku rindu untuk bersahur dan berbuka bersama ayah ibu..

Aku rindu semuanya!!

Ingin pulang ke Melaka, lambat lagi..
Nampaknya aku kena mengajar diri ini supaya bersabar la.
Apa-apa pun aku amat gembira kerana dapat menjalankan ibadah puasa dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali di sini..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak
p/s :  update di kolej! (*_*) rindu family!! =(

2 comments:

  1. salam ramadhan tiqah...bila nak beraya dikedah...tak nak p taman siswa ke jumpa kawan2,,,hehehehe =)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan juga!! ermm..xpasti la bla nk braya di kedah..if tqa blik sne, sempat la brjmpa dgn kwn2..huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger