26hb Oktober lepas, genap lah usia Najla yang ke setahun. Oleh sebab itu, abang Suhail dan kak Nadzifa telah merancang nak buat majlis hari jadi Najla. Ianya sangat simple. Semuanya homemade ok. Aku ayah ibu dan Firash gerak dari Melaka Rabu pagi itu juga sebab majlisnya mula selepas Asar. Aku sempat lagi mengajak Kap, kawan sekolah aku untuk sama-sama hadir ke majlis si kecil itu. Terima kasih ya Kap sebab sudi luangkan masa bersama petang itu.
Ayah aku di minta untuk membaca doa bagi memulakan acara majlis. Hiii. Bak kata besan ayah ibu, doa orang musafir ini mujarab, InsyaAllah. =)
Ini Sahal Najla dan saudaranya Firash Haiqal yang sama sibuk interframe. Huhuhu.
Pejam celik pejam celik sudah setahun umurnya. Aku rasa macam baru semalam tengok si kecil ini di hospital selepas beberapa jam dilahirkan. Cepat sungguh masa berlalu ya sekarang.
Untuk pengetahuan kalian, kek yang tentera di atas ini ialah hasil tangan kakak iparku. Tergamam tengok itu kek. Sampai kakak ipar aku ini sangat tak sanggup mahu potong kek itu banyak-banyak. Hahahah. Tak apa kak. Birthday tqa nanti buat la lagi ea. Hiiiiii.
Ini gambar WAJIB Najla dengan maksu dan anty Kap. Aku sangat suka baju Najla yang seksi itu. Nasib baik aku dah besar. Kalau tidak, memang dah lama pinjam. Hehehe.
Endahkan gambar aku yang duk melayan ragam dua orang anak buah. Anak buah aku sepasang ya. Comel bukan? ^__^
Jiran rumah abang Suhail yang baik hati. Golongan muda makan dekat luar ya.=)
Sesudah kenyang, aku dan Kap take turn pula untuk melayan Najla. Kami main belon. Aku kalau boleh nak duduk jauh dari belon itu. Takut belon meletup tiba-tiba. Huhuhu. Najla sangat teruja dapat belon.
Mari lihat gelagat Sahal Najla membuka hadiah hari lahirnya.
Inilah untungnya apabila ada saudara yang sebaya. Ringan tulang bukan Firash ini. Rajin tolong Najla. =)
Hadiah teddy bear pink colour dari anty Kap. Najla gomol-gomol itu bear. Siap posing manja banyak-banyak kali dengan bear tu. Sangat menggoda. *__*
Ciuman daripada ayah dan ibu tersayang buat anak perempuan sulung mereka.
Naik penyet muka Najla kena cium.
Sahal Najla
Semoga kamu menjadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk mata ya kepada ayah ibu.
Semoga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan kehidupan diberkati Allah swt.
InsyaAllah
p/s : Kak Nadzifa & abg Suhail, nanti Najla dah besar suruh dia baca entry ini ya. Heee
bagusla buat kat rumah.. homemade lebih barakah orang kata.. sbb air tangan sendiri.. dah tentu halal toyyibah.. kehkehkeh.. lagipon.. buat sendiri lebih jimat.. bukan ke jimat ni amalan molia dan membazir amalan syaitan..
ReplyDeleteanyway, happy birthday buat si kecil sahal najla semoga menjadi anak yang taat dan soleh bila besar nanti, insyaAllah..
lebiu najla.. kehkehkeh
p/s: muzik blog ko bikin aku terkujat..akkakak
comel nya,,,,semoga najla diberi kesihatan berpanjangan... =)
ReplyDeletesama2 tiqa...best dpt ikut tiqa join burfdy najla...mkn smpai penuh perut :] moga najla dpt mmbesar ngn sihat n mnjadi org yg berguna untuk msa depan kelak ;]
ReplyDeleteTicer Syah : yeayh, thats rite mamida. nanti besday adam ke naufal ke salman ke or bakal baby nanti boleh la order dekat kak nadzifa.. hehee. terbaek punya. gerenti sedap la.. heeeee.
ReplyDeletemuzik sudah di tukar. kahkahakah..
JungRara : Ameen~ thank a lot ya. =)
Nadia Chut Mut : heeee. nti kita jumpa lagi ya, insyaAllah. =)
kena berjiran ngan si soguy nampaknye..akakakaka
ReplyDeleteTicer Syah : itu sudah pasti. nti hari2 bley kidnap Najla. hohoho.
ReplyDelete