Thursday, October 13, 2011

Red Wok Restaurant



 Bismillah

Hari Jumaat yang lepas, aku, ayah, ibu, kakak dan Firash ke KL sebab esoknya hari Konvokesyen abang Epah. Di sebabkan ingin meraikan kejayaan abang Epah, kami sekeluarga decide nak makan di Red Wok, Bangi. Tak ada jauh lagi kot nak pergi makan. Macam dalam KL tu dah tak ada kedai makan lagi. Haishhh. Demi nak meraikan abang aku, tak apa la kan. Bukan selalu pun. Hehe.

Tolong Ignore kan budak perempuan yang ada kat atas ni ya. 
Inilah tempatnya. Memang hebat. 

Tempat ini di pisahkan kepada dua bahagian. Sebelah buffet, sebelah lagi khas untuk ala carte. Kira teratur la. Tak bercampur. Red Wok ini menyediakan makanan Cina Halal punya. So, jangan lah ragu-ragu nak makan dekat sini. Semuanya halal. Kalau ada yang nak pergi sini, pastikan kalian lapar yang amat sebelum pergi sini. Kalau tak nanti jadi macam aku. Semuanya tak habis sebab kenyang. Tapi nasib baik ada abang epah yang boleh tolong habiskan semua makanan. Hebatkan abang aku. Nampak je kurus tapi tangki perut besar! Kihkihkih.

Bincang nak makan apa. Banyak sangat makanan yang hebat-hebat.

Najla like usual la. Orang lain duk serabut kepala nak pilih makanan, dia dah dapat makan dah. Kira orang terawal dapat makanan la kan Najla kan.

Apasal entah Firash buat muka gitu. Aku pun konpius juga.
Amacam khusyuk kan aku mentelaah menu ni. Tak tahu nak makan apa. Tanya abang epah, dia pun duk tanya aku. Apa pun tak boleh.
Inilah list makanan yang kami order. Perghhhh. Dapat resit, aku dengan abang aku buat muka cuak. Kihkihkih.

Inilah hidangan yang kami order untuk makan dengan nasi putih. Maaf ya sebab aku tak dapat nak label nama-nama hidangan bawah ini. Aku tak tahu apa namanya. Hiiii.





Inilah hasilnya bila di letakkan ke dalam pinggan. 
Banyak ni aku ta dapat nak habiskan. Kenyang.

Ini makanan ayah aku. Ayah tak nak makan nasi. Ok. Hidangan ini saiz S yang boleh di makan untuk dua orang. Banyak wey. Pada aku boleh makan 4 orang. Hehehe. Ini pun ayah makan tak habis. Kena la tapau. =)

Itu makanan ayah. Saja nak merasa walaupun perut dah terlalu kenyang. Jangan ikuti perangai aku ya.

Bertafakur seketika dihadapan bekas-bekas makanan yang telah habis.


Memang puas sangat-sangat makan dekat Red Wok ini. Sedap. Kalau kalian ingin mencuba, ini alamatnya

Red Wok Restaurant Sdn Bhd,
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Terima kasih pada kakak ku kerana telah belanja kami sekeluarga makan malam itu. ^__^

p/s : nak ajak dia makan disini. tp dia busy dengan projek final yeay. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger