Saturday, October 8, 2011

Pencinta kekal Roti & Donut



Bismillah


Ok. Ini ialah kak Saydatul Afidah. Dia study dekat Pusrawi International College Of Medical Science. Kak Fida ni satu batch dengan aku juga time aku study dekat PICOMS tuuuu. 

Kenapa aku buat entry untuk kak Fida??

Sebenarnya hari tu kak Fida ada beritahu aku sesuatu. Macam biasa la chat dekat muka buku macam-macam kan. Tiba-tiba kak Fida kata gini 

' yang bulat2 tu, sedap2 tu ~ '

Puas aku memikirkan apa maksud kak Fida itu. Macam-macam kot aku fikir. Tapi jawapan aku tetap tak tepat! Huh. Geram juga sebab tak dapat jawapan yang tepat. Fikir punya fikir, yeayhhhhh. Aku tahu dah apa yang di maksudkan itu.

Kalian nak tahu apa jawapannya??

Jawapannya ialah

DONUT!!

Untuk pengetahuan kalian, kak Fida ini memang pencinta donut dan yang seangkatan dengannya. Dulu aku minat gila dekat roti. Tak makan nasi pun tak apa. Janji ada roti. Tapi baru aku tahu yang kak Fida juga se selera sama dengan aku time di PICOMS. Cuma aku sekarang dah kurang sikit la. Tak ada la setiap masa dngan roti je kan. Tapi kak Fida ni hidup dia memang dengan roti dan donut sentiasa. Tak sah kalau nampak kak Fida, roti tiada di tangannya pada waktu makan. Betul tak kak Fida??

Siapa-siapa yang kahwin dengan kak Fida ni nanti pun kena berjinak-jinak untuk makan roti la ya. Kak Fida ni memang agak susah la nak makan nasi. Aku rasa la. Hehehe. Tak apa, nanti badan dua-dua ni sedap macam roti. Hihihi.

Haaa. Ni ada sedikit pesanan dari bekas pelajar nursing untuk kak Fida. 

Kak Fida, jangan kerap makan roti ya. Tqa rasa, student nursing mesti tahu kalau makan roti apa effectnya pada badan kita kan??kan?? kan?? Lagipun sem 3 kan dah belajar Pemakanan. =) Kak Fida nak ke jadi gebu-gebu macam roti dengan donut tu?? Gebu sikit tak apa kak. Tapi kalau dah terlalu gebu nanti tak muat pula uniform tu. Hihihi. Gurau je ea kak Fida.

Kak Fida, seriusly tqa rindu nak tengok akak makan roti dengan donut. Dah lama tak tengok gaya akak makan roti dalam kelas umpama tak ada orang di sekeliling akak. Hahaha. Nanti kalau ada rezeki, tqa belanja akak makan roti ya. 

Apa-apa pun ALL THE BEST YA for your mid term exam this Monday. Buat sehabis baik ya kak. Untuk semua student PICOMS Julai 2010 juga semoga kalian dapat menjawab semuanya dengan baik. 

Good Luck!

p/s : seronok dapat jadi nurse walaupun sekejap.

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger