Wednesday, May 30, 2012

Sambutan Hari Guru di SMKBBD



Bismillah


' GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA '



Alhamdulillah 16 Mei 2012 aku dan Fad berkesempatan meraikan sambutan Hari Guru di SMK Bandar Baru Darulaman, Jitra Kedah. Walaupun kami datang ke sekolah agak lewat dari masa yang sepatutnya, tapi kami masih berpeluang berjumpa dengan cikgu cikgu yang dirindui. Cuma aku agak terkilan kerana tidak dapat menyaksikan majlis sambutan Hari Guru pada pagi itu. T___T


Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena Hari Guru kali ini. Meriah yang amat aku tengok. Wohohhhh. 


Mari cuci mata melihat gambar gambar hasil tembakan adik Hazri Sharudin dan adik AiMan.


Amboi, siap ada red carpet untuk guru guru berjalan masuk ke dataran perhimpunan. Di hadapan sekali ini adalah Pengetua BUDIMAN, Puan Hajah Ramlah. Terpancar kegembiraan di wajah puan pengetua kami ini. Eh, kami? Sebenarnya ini pengetua baru SMKBBD.


Wajah guru guru yang gembira untuk menyambut hari bermakna bagi diri mereka sebagai seorang pendidik di dunia ini.

Banyak banyak gambar, gambar ini yang aku suka! Menarik. Seronok kalian ya dapat belon belon bagai ni.


Gembira cikgu cikgu dapat sekuntum bunga dari para pelajar. Cium puasa puas ya bunga tu cikgu. ;)

Membaca ikrar guru beramai ramai.

Ini mesti saat menyanyikan lagu hari guru. Aku tak ingat lagu ni sebenarnya. Semangat cikgu semangat!!

Orang Kedah cakap 'Tiga tiga segak'. Segak mean cantik okey not handsome.

Kalian nampak tak perbezaan di antara cikgu perempuan dan cikgu lelaki? Cikgu perempuan pantang nampak camera, mesti nak posing sana sini kecuali kalau mereka tidak perasan kehadiran camera. Tapi cikgu lelaki ada camera depan mata ke tidak ke mereka tetap buat macam tak ada apa yang perlu di lakukan. Memang betul la orang cakap kaum wanita memang suka sangat bergambar. :)

Kek sempena Hari Guru. Look delicious!!

Mari lihat gelagat cikgu cikgu mendapat hadiah.









Seronok tengok semua cikgu gembira pada hari tersebut. Senyum memanjang masing masing.

Kali ini ada Anugerah Guru Paling Popular. Wah, siapakah guru paling popular tersebut? 
Jeng

Jeng

Jeng

Its belongs to Puan Haziah Hassan.
Ehem ehem. Kenapa cikgu nampak chubby ni?? Dulu cikgu sangatlah selim melim gitu. Aummmm. Cikgu sangat cantik pakai crown itu. Love u cikgu. Tahniah cikgu!

The other one belongs to Hang Tuah Moden

Tahniah juga ya cikgu!

Congratulations again to both of you my dearest teachers. Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang mungkin.

Kebiasaannya hari guru mesti ada sukaneka untuk para guru bermain santai dengan para pelajar. Memang banyak aktiviti sukan yang diadakan untuk para guru di antaranya ialah music chair, baling belon berisi air, futsal, netball and others. Memang meriah suasana tika itu. Bukan senang melihat guru guru bermain permainan seperti itu.

Puan Asmaliah lega kerana belon tak pecah ketika dia menyambut belon itu. Hahaha. Nampak reaksi cikgu yang lega sangat sangat itu. Heeee

Lega cikgu belon tak pecah ya. Hehehe. Ahaa. Yang baju ungu itu ialah pengawas sekolah. 

Music chair.

Amboi! Cikgu Harisson penuh bergaya duduk ya. Nasib baik dapat kerusi tu. Kalau tak, jatuh la alamatnya. Heeee

Sebenarnya banyak lagi gambar gambar hari guru yang ada cuma aku upload mana yang bernasib baik saja. Heeee. Tak larat nak upload semua. Mahu jadi entry bergambar saja nanti blog aku ini nanti. 

Menurut cikgu Asmaliah, ramai ex student yang hadir pada sambutan hari guru tika itu. Mungkin sebab semuanya sedang bercuti dan pada masa yang sama tahun sebelum ini hari guru tidak disambut atas sebab sebab tertentu. Hmmm. Tapi aku hanya nampak beberapa kerat sahaja ex student batch aku. Yang lain semua junior. 

Seriusly rasa lain sangat pabila menjejakkan kaki ke kawasan sekolah setelah dua tahun meninggalkan alam persekolahan. Rasa macam cikgu cikgu pula bila para pelajar selisih jalan hormat kita. Aduyai!!

Ini gambar bersama Puan Asmaliah dan Puan Syakirah memerangkap guru kaunseling. Dulu aku dan Fad masuk Kelab PRS. Memang banyak aktiviti kami buat dekat bilik kaunseling tu. Boleh di katakan bilik kaunseling itu sudah merupakan kelas kedua kami di sekolah. 

Puan Asmaliah ada berpesan pada aku

' Atiqah, nanti sebelum balik Melaka jangan lupa datang sekolah dulu jumpa cikgu noh. Ingat! '

Tapikan aku tak pergi pun ke sekolah kerana LUPA!! Cikgu, ampun cikgu. AMPUN!! Saya tak sengaja. *rasa nak menangis pula. T__T

InsyaAllah, ada masa akan datang saya pergi sekolah lagi ya cikgu! =)

Ehem ehem

Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mengajar saya dari tadika Al-Huda,SK Jalan Datuk Palembang dan SMK Bandar Baru Darulaman kerana tabah mendidik sehingga aku mengenal apa itu KEILMUAN, KEBERANIAN DAN PERADABAN!

Terima kasih cikgu!!

p/s: nantikan entry akan datang mengenai percutian di negeri jelapang padi.

4 comments:

  1. to nurul akmal : terima kasih. tp saya bukan guru. heeee.

    to raihan : mmg sangat meriah. i love it!=)

    to anonymous : thank you. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger