Bismillah
Assalamualikum.
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah SWT yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW para keluarga dan sahabat-sahabat baginda juga mereka yang mengikut petunjuknya hingga ke hari akhirat.
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya, genaplah usia kakak kesayanganku 26 tahun. Anak ketiga dan juga merupakan anak perempuan sulung dari ahli keluarga aku ini dilahirkan pada 24 Oktober 1985. Cepat sungguh masa berlalu kan.
Inilah kakak dan abang kedua ku. Ini semasa kakak aku 3 tahun. Tembam bukan kakak aku zaman kanak-kanaknya. Hahaha. Kalah aku. Heeee. Tapi sekarang dah besar panjang. Bila tengok gambar dulu-dulu semua tak matang lagi. Beza dengan keadaan sekarang.
Lihat! *Ignore budak pakai pashmina pink itu.
Beza tak muka kakak aku sekarang dengan zaman muda-muda dulu. Ok. Aku tak cakap kakak aku ini dah tua ya. Weeeee. Hanya kakak dan aku sahaja anak perempuan dalam adik-beradik kami. Sudah tentu banyak yang berlaku antara kami kecil-kecil dulu sampai sekarang walaupun umur aku dan kakak beza 7 tahun. Macam-macam.
Dulu waktu aku kecil, masih tak tahu apa-apa, kakak pernah buat tangan aku terseliuh oooo. Hebat kan kakak aku? Macamana entah dia buat pun aku tak tahu. Huhuhu. Tapi tak apa. Aku tak dendam apa-apa pun dengan dia. Dia kan Kakak aku. ^__^
Kakak aku ini mungin macam kakak-kakak yang lain juga. Cuma sejak dua menjak ini kakak aku terlalu busy yang amat terhadap kerjanya. Nak bermanja mesra agak payah la sekarang. Huhuhu. Aku bangga ada kakak sebab walaupun dia kadang-kadang agak garang dengan aku, tapi kalau aku lapar, dia ada hati juga lah nak masak kan makanan untuk aku. Kakak aku pandai bab-bab masakan. Tak kisah apa sahaja jenis masakan. Memang dia sangat hebat! Hehehe. Suka Banget!
Kakak aku ini sangat suka makan cake. Kalau ikut dia shopping mesti dia akan belanja cake. Cake cake cake. Kalau hari-hari makan cake pun aku rasa kakak aku tak muak kot. Setiap masa pun tak muak. Kan kak? Hohoh. Kakak aku ini pun sangat murah hati belikan family aku macam-macam. Tak minta pun tapi dia yang nak belikan. Adakalanya ayah ibu abang-abang malu nak terima. Tapi orang dah niat nak bagi, kenalah terima juga kan. Heeee. Semoga Allah murahkan rezeki kamu ya kak. =)
Nak tulis, banyak sangat sampai esok pun belum tentu habis. Huuuu.
Inilah kakak aku,
Ummi 'Imarah binti Ahmad.
Kakak, semoga di murahkan rezeki, dipanjangkan usia, hidup mendapat keberkatan dan rahmat daripada Nya..
Kakak, semoga hari-hari mendatang kamu juga akan bertambah ceria dan berbahagia disamping insan-insan yang menyayangi diri kakak ya.
Selamat Ulangtahun Kelahiran kak.
^_______^
p/s : raya haji nanti celebrate birthday kakak dan Najla.
happy bday utk kakak :)
ReplyDeleteSelamat melahirin kak ummi.hehehehe. semoga cepat....:P
ReplyDeleteto iMBobo : thank you.. =)
ReplyDeleteto fiuzzhafiz : semoga cepat?? InsyaAllah.