Thursday, October 13, 2011

Erti Kebebasan



Bismillah


Setiap makhluk memerlukan kebebasan untuk dapat hidup sempurna dan bahagia. Kebahagiaan akan terganggu kiranya kebebasan tergugat. Makhluk yang dimaksudkan bukan hanya manusia, tetapi juga melingkupi binatang dan pohon-pohon.

Pohon-pohon tidak akan hidup subur sekiranya sering diganggu, dipetik daunnya, digetis batangnya atau ditutup dengan sesuatu yang menahannya daripda mendapat udara, hujan dan panas.

Binatang tidak akan hidup sihat kiranya ia dikurung, ditambat ataupun dibuli selalu.

Demikian juga dengan manusia, bermula dari peringkat bayi kebebasan yang sesuai dengan usianya sudah diperlukan.

Tetapi wajarkan kita melayani setiap kebebasan yang dituntut oleh keluarga di bawah jagaan dan tanggungan kita? Di sini kita memerlukan kebijaksanaan untuk menilaikan dan memilih yang mana wajar dan yang mana tidak.

Kebebasan yang keterlaluan melahirkan risiko yang tinggi. Tiada kebebasan langsung juga boleh melahirkan risiko yang tinggi. Suatu contoh yang mudah dan jelas ialah kebebasan untuk kita makan misalnya. Kita tidak boleh sewenangnya memakan setiap benda yang disukai. Ada jenis makanan yang tidak sesuai bagi kita tetapi sesuai bagi orang lain. Sekiranya kita makan juga ia akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

Demikian juga apabila kita memandu di jalan raya. Sering orang berkata stering di tangan anda, anda bebas pergi ke mana sahaja. Namun begitu, kebebasan itu banyak halangannya. Anda tentu tidak boleh masuk ke jalan yang bertanda 'Tidak Dibenarkan Masuk'. Kiranya anda masuk juga berkemungkinan akan bertembung dengan kereta lain.

Banyak undang-undang dunia dan undang-undang Allah diturunkan untuk manusia bukan untuk menyekat kebebasan manusia daripada melakukan sesuatu secara sewenang-wenangnya tetapi untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Demikian erti kebebasan, biarpun ada kala menyakitkan tapi ada muslihat kebaikan untuk manusia itu sendiri.

p/s : teringat pula pada rakan sekelas f5 yang hidupnya dikongkong oleh ayahnya sendiri.

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger