Bismillah
Alhamdulillah, akhirnya abang aku sudah bergelar seorang graduan pada hari Sabtu lepas. Jelas terpancar kegembiraan di wajah abang ku tika ini. Seronok sangat tengok abang-abang serta kakak-kakak dekat UIAM yang sudah grad ni. Pagi itu hanya ayah dan ibu sahaja yang masuk dewan sebabnya abang aku kata 1 kad memang khas untuk 2 orang sahaja. Hohoho. Sedih kot tak dapat masuk. Tak pe. Tak pe. Tak kisah pun. ^__^
Aku, kakak dan abang Suhail pergi ke UIAM setelah abang Epah keluar dari dewan. Yang peliknya kali ni abang aku cepat sangat habis. Kalau macam masa abang Suhail dulu tengahari dah nak Zohor baru habis. Aku yang duduk dalam dewan waktu tu banyak kali juga tertidur. Mengantuk. Hahaha. Ok. Tak boleh bawa pergi majlis la aku ni. Haishh.
Ok. Ok. Cakap banyak pun tak guna. Aku bagi kalian tengok gambar-gambar saja la ya.

Kawan-kawan se-course abang aku iaitu Bachelor of Dietetics.
Abaikan abang aku yang tak pakai mortar tuu. Mungkin ini lecturernya kot.
Abang Epah dan kawan baiknya, abang Ramadan.
Selalunya orang akan lambung mortar kan. Tapi abang aku ni pelik sikit. Dia lambung Firash. Ibu ooo ibu. Abang Epah dah bagi hint nak kahwin ni haaaaa.
Abang aku ni ramai betul peminatnya. Lebih-lebih lagi peminat perempuan. Siap bagi bunga tuuu. Ceit. Yang gambar atas ni bakal ehem ehem kot. =)
Abang Epah, aku dan kak Hawa.
Ciuman kasih seorang ibu.
Hari Sabtu tu memang betul-betul meraikan kejayaan abang Epah la. Keluar rumah dari pagi sampai ke malam. Hohoh. Makan-makan dan makan. Aku je yang tak banyak makan. Diet. Eh, tak tak. Perut full la.
Apa-apa pun jutaan tahniah ya abang Huzaifah atas kejayaan yang kamu perolehi ini.
Nantikan entry akan datang pula.
Terima kasih kerana membaca.
p/s : aku entah bila la nak grad. 10 tahun lagi kot. T__T
tahniah atas konvo abg awk :)
ReplyDeleteterima kasih fieha.. =)
ReplyDelete