Bismillah
Tanggal 07hb September 1982, lahirlah seorang bayi lelaki yang di beri nama Muhammad Suhail Bin Ahmad. Alhamdulillah! Bayi itu dididik dan diasuh dengan baik oleh kedua ibu ayahnya sehinggalah dia membesar dengan baik dan sudah mempunyai kerja yang tetap serta sudah berkahwin sekarang dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. ( akan dapat anak buah lagi ).
Inilah abang ku sewaktu zaman taski dahulu. Handsome tak? (kih kih kih). Abang Suhail banyak menceburi pelbagai bidang sejak dari taski dahulu sampailah sekarang. Biasalah orang aktif memang macam ini kot.
Inilah satu-satunya abang aku yang sering membawa aku keluar ke mana sahaja dari aku kecil hinggalah sekarang (tau2 je la umur aku berapa dah sekarang ni )..Heeee.. Kemungkinan besar dah banyak kot duit abang aku ni habis untuk aku. Yela, aku kan adik yang paling bongsu. Heeee..
Abang Suhail selalu mengajar aku dalam bidang akademik. Paling aku suka bila abang Suhail ajar aku Matematik. Sifir wajib hafal. Teringat pula zaman sekolah rendah dahulu. Sebelum makan, abang Suhail pasti akan soal aku sifir supaya aku dapat mengingati apa yang aku hafal. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan baik walaupun masih terkial-kial mengira dengan jari.
Abang Suhail juga selalu mengajar aku mencipta formula sendiri bagi memudahkan aku mengingati sesuatu.
Abang Suhail juga pernah membelikan aku buku latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam bagi persediaan aku menghadapi peperiksaan UPSR. Buku-buku itu semuanya di beli ketika berada di Kuantan kerana kakak mengalami kemalangan dan waktu itu juga lah abang Suhail baru pulang dari Pulau Krismas. Nampakkan betapa sayangnya abang Suhail pada adik-adiknya!! Heeee..
Aku senang apabila abang Suhail mula mengajar aku dalam apa jua perkara sebab abang Suhail tak garang. Bila aku tak faham, abang Suhail akan ulang, ulang dan ulang sehinggalah aku berjaya memahami perkara itu. Kiranya abang Suhail ini banyak bersabar melayan kerenah aku.
Salah satu habit abang Suhail ialah menggigit! Aku sering jadi mangsa abang Suhail. Kadang-kadang aku yang gigit abang Suhail. Tapi abang Suhail tak akan marah pun. Biasalah kan. Nama pun abang. Betul tak?
So, tabiat gigit orang ini dah jadi kebiasaan pada aku dan abang Suhail.. Sesiapa yang dah pernah kena gigit dengan aku, Kalian faham-faham saja ya!
Abang Suhail juga rajin mengayakan aku tudung apa sahaja. Kalau kakak aku tiada, abang Suhail lah yang membantu aku. Abang Suhail mempunya pelbagai keistimewaan la macam menjahit labuci semua tu abang Suhail tahu.. Untung aku dapat abang macam ini.
Sebelum ini memang la aku manja dengan semua abang-abang aku. Tapi sekarang masing-masing dah berkahwin termasuklah abang Suhail kecuali abang Epah.. So, untuk bermanja-manja dengan abang Suhail perlulah berhati-hati kan supaya isterinya, Kak Nadzifa supaya tidak cemburu dengan aku.. (hahaha..)
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-28 TAHUN ABANG SUHAIL!
- Semoga kehidupan abang Suhail di berkati oleh Allah swt.
- Semoga segala yang abang Suhail lakukan di dunia ini diredhai oleh Allah swt.
- Atiqah sentiasa mendoakan kebahagiaan abang Suhail, Kak Nadzifa serta bayi dalam kandungan sihat sentiasa.
p/s : Cepat-cepat lah balik Melaka.. Kak umie nak belanja makan ni..
wahh!ade gmbbr Si Baju Belang Merah la..ensem3..ngeh3..xpe tqa,klau akak cemburu akak cubit a.suhail je..kekekeke
ReplyDeletemuhehehee..gambr tu tqa copy dri blog akk..senang je kn!! hahahaa....
ReplyDelete