Friday, September 17, 2010

Mood : Raya lagi

Bismillah


Assalamualaikum semua! Selamat hari raya yang ke-8. Nama saya Firash Haiqal. Saya berumur 4 bulan. Saya akan mengambil alih tempat mak su saya yang selalu duduk menghadap latop tanpa henti.  Entry kali ini ialah berkenaan dengan raya ke dua yang lepas.

Seperti raya tahun-tahun sebelum ini, raya ke-2 pastinya akan berkunjung ke rumah sanak-saudara sebelah mommy di Kuala Sungai Baru.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Sungai Baru, kami akan singgah sebentar di rumah jiran lama aka sahabat rapat tok ayah di Cheng.

'Buat macam rumah sendiri'
Maksu bab-bab makan memang cepat. Ish ish..

Di Kuala Sungai Baru, kami akan berkunjung ke rumah Moyang Uda, yang selalu di buat pengambaran, kemudian ke rumah Moyang Lang. Seterusnya kami menuju ke pesisir pantai dimana terletaknya rumah datuk Daud dan rumah yang terakhir ialah rumah datuk Bahaman.

Tapi setiap kali jalan raya, Firash hanya dapat tengok pakcik-pakcik dan makcik-makcik saja yang makan rendang ketupat semua. Yelah, Firash kan tiada gigi lagi. 

Firash ada sertakan gambar-gambar yang pak uda dan maksu  sempat tembak sewaktu raya ke-2 itu hari.
Kawan-kawan maksu tengok lah ya.

Ibu dukung Firash. 
' moyang Lang! bagi Firash je tau duit raya, jangan bagi maksu..'

Inilah datuk Daud dan isterinya.
Rumah mereka tepi pantai. Sejuk sahaja.
Mommy kata, datuk Daud ini suka usik maksu dengan mengatakan yang dia ingin menjadikan maksu menantunya suatu hari nanti. Muka maksu pasti berubah apabila datuk Daud berkata demikian.
(macamanalah Firash boleh dengarkan perbualan semua orang ini..ish..ish)

Ini pula rumah pakcik Bahaman. 
Di sini ada berlaku sesuatu perkara yang sangat melucukan. Lebih-lebih lagi maksu yang kononnya malu ingin   
 ke *****s. Semua pakcik-pakcik Firash dan makcik BO di sini.

Sesudah berjalan raya di Kuala Sungai Baru, kami menuju ke rumah Moyang Rokiah di Bukit Baru kerana ada jamuan rumah terbuka di sana. Firash ketika ini tidur, letih berjalan raya tau!

Ini gambar family yang Firash sayang. (ibu saja tiada kerana sedang tidurkan Firash)

Tengah itulah moyang Kiah serta mommy, maklong,makngah dan maksu.

Inilah makcik-makcik yang selalu cium pipi Firash.

Sewaktu makanan di hidangkan. Firash di pegang oleh aunty Rahilah.
Maksu dan ibu begitu teruja dengan kamera ya!

Nyummm!! Nyummm!! Nyummm!!
Sedapnya mereka makan ya!

Itu sahaja gambar yang dapat Firash kongsikan  kerana gambar yang lain ada di latop pakngah.
Apa-apa pun raya ke-2 berjalan seperti biasa. 
Sebelum Firash mengundurkan diri, Firash ingin beritahu sesuatu...
Nak tahu tak apa??
Ini ceritanya...
jeng!!
jeng!!
jeng!

Walaupun sepanjang berjalan raya Firash tidur,minum susu dan tidur balik, Firash tetap dapat duit raya lebih banyak dari maksu. 

Tak percaya??
Cuba tengok gambar ini.

Haaaaa..
Itulah buktinya. Firash pegang sampul raya yang ada isi didalamnya sedangkan saat itu Firash sedang tidur tau!

'Maksu! sila jelous banyak-banyak ya pada Firash!'

p/s : Hari raya ke dua, semua makan dengan banyak sekali. Mahu jaga hati tuan rumah la katakan.

4 comments:

  1. comel lah maksu firash,menarik dan sedap mata memandang..gadis lemah lembut dan sopan santun katakan..firash pun comel.

    ReplyDelete
  2. ala, jgn la puji mcm tu..nanti maksu lagi perasan..ish2..terima kasih kerana cakap firash comel..heeee..

    ReplyDelete
  3. mak su,atiqah
    BO tu apa??? hahahaaaa,
    Selamat hari raya untuk mak su dan firash..

    ReplyDelete
  4. ya saya... BO tu merupakan sesuatu yg normal bg mnusia lakukan iaitu pemprosesan pembuangan air besar..huhuhuh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger