Thursday, September 9, 2010

Juadah Berbuka


Bismillah

07 September 2010.

Alhamdulillah! Semalam berbuka makan Nasi Bukhari dari air tangan ayah. Sedap sangat. Pandai ayah aku masakkan? Hahhaha..

Tapi pagi tu ayah perap daging dan lupa nak tutup pintu dapur. Kebetulan waktu itu, aku sedang sibuk online Facebook dan ibu sedang sibuk melayan Firash. Abang aku pula tidur ketika itu. 
Entah macamana lepas solat Zohor, ayah pergi dapur dan dapati daging banyak yang telah dibawa lari oleh kucing. Hahahah. Sampai hati kucing tu curi. Terpaksalah ayah pergi membeli daging lagi sekali di Mydin.

Ini pula air jus mangga baik punya dari air tangan ayah juga..Memang holiau la rasa air mangga ini.. Rugi tak rasa. Memang kenyang habislah semalam.

Ini pula sejenis makanan yang diberi nama Salasa. Ayah dapat resepi ini dari radio kalau tidak silap aku.
Bahan-bahannya ialah mayonis, lada hitam, garam, limau nipis, minyak zaiton, timun, tomato, bawang.
Sekiranya kalian rajin, kalian cuba lah resepi ini.

p/s : Juadah berbuka hari ini tak larat nak update..Heeeee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger