Wednesday, September 15, 2010

Riang Ria di Hari Raya


Bismillah

Alhamdulillah! Akhirnya mood aku untuk mengupdate blog terlaksana juga. Al maklumlah, asyik jalan beraya sahaja dengan keluarga sehingga pulang ke rumah pun sudah malam dan kekenyangan. Apabila dah kenyang, mulalah mata mengantuk kan??  Heeeeee.

Aku bersyukur sangat kerana raya tahun ini semua ahli keluarga aku dapat berkumpul beramai-ramai. Lagipun abang-abang aku yang sudah berkahwin beraya di Melaka. Makin bertambahlah bilangan ahli keluargaku dengan kehadiran dua orang kakak ipar dan si kecil Firash.

Pelbagai macam ragam yang dapat di tembak oleh abangku sepanjang Hari Raya pertama. Kebetulan pada pagi raya, kamera Abg Epah rosak. 
Nasib baik ada kamera Abg Suhail sebagai penyelamat.
Kalian tataplah gambar-gambar yang ada di bawah ini ya.
Selamat Menatap ya!

Aku, Kakak dan ibu..
Orange!!

Di pagi raya bermaafan dengan ibu.
"Minta ampun ya ibu atas segala kesalahan yang telah atiqah lakukan."

Yeay! Sayang ibu.. <3

Firash di pagi raya nyenyak mengorok dengan baju rayanya.

Abg Ammar dan Kak Nurul. ( Tema coklat)

Abg Suhail dan Kak Nadzifa (tema hijau)

Kak Umie dan aku
Fadhliah kata ini gambar muka cop..

Selesai semuanya di pagi raya, kami sekeluarga terus menuju ke rumah Nek Kiah.
Saudara mara ramai berkumpul di sana. Memang meriah dengan gelak tawa pakcik- pakcik dan makcik-makcik aku yang sememangnya periang tidak kira tempat.
Keluarga Nek Cot sudah pulang sewaktu kami tiba.
Gambar ini sahaja yang dapat di ambil.

Kami yang suka menghabiskan segala macam kerepek.

Acecece.. Firash dapat kawan baru, Afif.
Lihat muka Firash. Tiada apa-apa perasaan pun.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah sebentar di Masjid Selat bagi kaum Adam menunaikan solat Jumaat.
Usai solat Jumaat, kami sekeluarga mengambil gambar di tepi masjid yang menghadap ke Laut Selat Melaka.
Alangkah bahagianya dapat merasa angin laut.

Kami 5 beradik.
"Semua tengok sana!!" kata abangku.

Happy Family!

Kami yang masih single-mingle..
Betul ke??

Aku dan Abg Epah. 
Al maklumlah, kami berdua sahaja yang masih belum berpunya.

Firash pun mahu berposing juga seperti yang lain.
Oyeh! Oyeh!

Ini gambar yang dapat abang Epah tembak sewaktu berada di Merlimau.
Firash dan Pak Longnya.
Seorang tangan depa dan seorang lagi tangan ke atas.
Hahaha..

Ini sahaja cerita untuk hari raya yang pertama. InsyaAllah sekiranya berkesempatan, akan aku update untuk hari raya yang seterusnya ya!
 Nantikan!

p/s : Nantikan entry yang akan datang ya!

3 comments:

Related Posts Plugin for Blogger