Wednesday, September 8, 2010

Projek!


Bismillah

Di dalam orang lain sibuk menyiapkan persiapan raya semuanya, aku dan ibu sibuk menyiapkan bawang goreng untuk dihidangkan pada hari raya nanti. 
Al maklumlah, nanti ada mee goreng special untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang dan bawang goreng itu akan di taburkan atas mee goreng tersebut.
Sangat sedap!
Nyummmm!! nyummmm!! Nyummmm!!

 Ini adalah bawang yang sedang di goreng di dalam kuali. Pastikan minyak semua cukup panas ya dan goreng lah bawang itu sehinnga berwarna kuning keemasan.

 Setelah di goreng, biarkan bawang-bawang itu seketika sebelum di masukkan ke dalam botol. Ianya bagi mentoskan minyak yang terdapat pada bawang itu.
Untuk pengetahuan kalian, bawang ini sebelum di goreng kelihatan begitu banyak sekali sehingga begitu terasa kepenatannya. 
Mata pun pedih-pedih tau.

 Tapi ini lah hasilnya.
Hanya cukup untuk 3 botol sahaja.
Ya Allah! Aku ingatkan boleh dapat banyak, rupa-rupanya ini sahaja.
Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat.

Dan yang terakhir sekali ialah cili jeruk.
Ini ibu yang buat, bukan aku.
Aku minat cili jeruk ini.. Lebih-lebih lagi pabila makan dengan makanan yang bergoreng. 
Memang sangat sedap!

p/s : Disebabkan terlalu sibuk membuat bawang goreng dan cili jeruk, 
          ibu sampai terlupa nak mandikan Firash! Kesian Firash!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger