Wednesday, September 22, 2010

Posting!


Bismillah


Isnin dan Selasa yang lepas merupakan hari orientasi wad bagi pelajar sem 1 di Hospital Pusrawi. Alhamdulillah, pelbagai ilmu yang aku dan sahabat yang lain dapat sepanjang hari orientasi di hospital.

22hb September 2010 merupakan hari pertama aku akan melakukan tugas sebagai jururawat pelatih di Hospital Pusrawi. Aku dan sahabat sem satu yang lain akan ber-posting di hospital selama 6 minggu.

Aku akan posting di wad Ar-Raihan iaitu wad kanak-kanak. 

Mudah-mudahan aku serta yang lain dapat melakukan tugas dengan baik dan sempurna tanpa sebarang kelalaian yang sengaja mahupun sebaliknya. Kepada ibu ayah kami, doakan yang terbaik buat anak-anakmu disini ya!
Kami memohon sejuta kemaafan di atas semua kesalahan yang kami lakukan.
Minta maaf ayah ibu!

ALL THE BEST TO ALL PUSRAWI NURSING COLLEGE SEM ONE / 2010

p/s : To Nadia Syamira! Berdoa banyak-banyak ya! Mudah-mudahan ibu 
          Nadia selamat menjalani pembedahan. Kola family akan doakan untuk ibu Nadia ya.

Sunday, September 19, 2010

Words


Bismillah


Words are easy to express
But difficult to arrange
Words can make people smile
And make people cry.

Words are everlasting
Sometimes meaningful
Sometimes meaningless
Nonsense words are sometimes special.

Words,
From the eyes of an artist,
is life.
While,
Words, from the eyes of an individual
is / are....

p/s : kembali ke hositel hari ini.

Friday, September 17, 2010

Mood : Raya lagi

Bismillah


Assalamualaikum semua! Selamat hari raya yang ke-8. Nama saya Firash Haiqal. Saya berumur 4 bulan. Saya akan mengambil alih tempat mak su saya yang selalu duduk menghadap latop tanpa henti.  Entry kali ini ialah berkenaan dengan raya ke dua yang lepas.

Seperti raya tahun-tahun sebelum ini, raya ke-2 pastinya akan berkunjung ke rumah sanak-saudara sebelah mommy di Kuala Sungai Baru.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Sungai Baru, kami akan singgah sebentar di rumah jiran lama aka sahabat rapat tok ayah di Cheng.

'Buat macam rumah sendiri'
Maksu bab-bab makan memang cepat. Ish ish..

Di Kuala Sungai Baru, kami akan berkunjung ke rumah Moyang Uda, yang selalu di buat pengambaran, kemudian ke rumah Moyang Lang. Seterusnya kami menuju ke pesisir pantai dimana terletaknya rumah datuk Daud dan rumah yang terakhir ialah rumah datuk Bahaman.

Tapi setiap kali jalan raya, Firash hanya dapat tengok pakcik-pakcik dan makcik-makcik saja yang makan rendang ketupat semua. Yelah, Firash kan tiada gigi lagi. 

Firash ada sertakan gambar-gambar yang pak uda dan maksu  sempat tembak sewaktu raya ke-2 itu hari.
Kawan-kawan maksu tengok lah ya.

Ibu dukung Firash. 
' moyang Lang! bagi Firash je tau duit raya, jangan bagi maksu..'

Inilah datuk Daud dan isterinya.
Rumah mereka tepi pantai. Sejuk sahaja.
Mommy kata, datuk Daud ini suka usik maksu dengan mengatakan yang dia ingin menjadikan maksu menantunya suatu hari nanti. Muka maksu pasti berubah apabila datuk Daud berkata demikian.
(macamanalah Firash boleh dengarkan perbualan semua orang ini..ish..ish)

Ini pula rumah pakcik Bahaman. 
Di sini ada berlaku sesuatu perkara yang sangat melucukan. Lebih-lebih lagi maksu yang kononnya malu ingin   
 ke *****s. Semua pakcik-pakcik Firash dan makcik BO di sini.

Sesudah berjalan raya di Kuala Sungai Baru, kami menuju ke rumah Moyang Rokiah di Bukit Baru kerana ada jamuan rumah terbuka di sana. Firash ketika ini tidur, letih berjalan raya tau!

Ini gambar family yang Firash sayang. (ibu saja tiada kerana sedang tidurkan Firash)

Tengah itulah moyang Kiah serta mommy, maklong,makngah dan maksu.

Inilah makcik-makcik yang selalu cium pipi Firash.

Sewaktu makanan di hidangkan. Firash di pegang oleh aunty Rahilah.
Maksu dan ibu begitu teruja dengan kamera ya!

Nyummm!! Nyummm!! Nyummm!!
Sedapnya mereka makan ya!

Itu sahaja gambar yang dapat Firash kongsikan  kerana gambar yang lain ada di latop pakngah.
Apa-apa pun raya ke-2 berjalan seperti biasa. 
Sebelum Firash mengundurkan diri, Firash ingin beritahu sesuatu...
Nak tahu tak apa??
Ini ceritanya...
jeng!!
jeng!!
jeng!

Walaupun sepanjang berjalan raya Firash tidur,minum susu dan tidur balik, Firash tetap dapat duit raya lebih banyak dari maksu. 

Tak percaya??
Cuba tengok gambar ini.

Haaaaa..
Itulah buktinya. Firash pegang sampul raya yang ada isi didalamnya sedangkan saat itu Firash sedang tidur tau!

'Maksu! sila jelous banyak-banyak ya pada Firash!'

p/s : Hari raya ke dua, semua makan dengan banyak sekali. Mahu jaga hati tuan rumah la katakan.

Wednesday, September 15, 2010

Riang Ria di Hari Raya


Bismillah

Alhamdulillah! Akhirnya mood aku untuk mengupdate blog terlaksana juga. Al maklumlah, asyik jalan beraya sahaja dengan keluarga sehingga pulang ke rumah pun sudah malam dan kekenyangan. Apabila dah kenyang, mulalah mata mengantuk kan??  Heeeeee.

Aku bersyukur sangat kerana raya tahun ini semua ahli keluarga aku dapat berkumpul beramai-ramai. Lagipun abang-abang aku yang sudah berkahwin beraya di Melaka. Makin bertambahlah bilangan ahli keluargaku dengan kehadiran dua orang kakak ipar dan si kecil Firash.

Pelbagai macam ragam yang dapat di tembak oleh abangku sepanjang Hari Raya pertama. Kebetulan pada pagi raya, kamera Abg Epah rosak. 
Nasib baik ada kamera Abg Suhail sebagai penyelamat.
Kalian tataplah gambar-gambar yang ada di bawah ini ya.
Selamat Menatap ya!

Aku, Kakak dan ibu..
Orange!!

Di pagi raya bermaafan dengan ibu.
"Minta ampun ya ibu atas segala kesalahan yang telah atiqah lakukan."

Yeay! Sayang ibu.. <3

Firash di pagi raya nyenyak mengorok dengan baju rayanya.

Abg Ammar dan Kak Nurul. ( Tema coklat)

Abg Suhail dan Kak Nadzifa (tema hijau)

Kak Umie dan aku
Fadhliah kata ini gambar muka cop..

Selesai semuanya di pagi raya, kami sekeluarga terus menuju ke rumah Nek Kiah.
Saudara mara ramai berkumpul di sana. Memang meriah dengan gelak tawa pakcik- pakcik dan makcik-makcik aku yang sememangnya periang tidak kira tempat.
Keluarga Nek Cot sudah pulang sewaktu kami tiba.
Gambar ini sahaja yang dapat di ambil.

Kami yang suka menghabiskan segala macam kerepek.

Acecece.. Firash dapat kawan baru, Afif.
Lihat muka Firash. Tiada apa-apa perasaan pun.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah sebentar di Masjid Selat bagi kaum Adam menunaikan solat Jumaat.
Usai solat Jumaat, kami sekeluarga mengambil gambar di tepi masjid yang menghadap ke Laut Selat Melaka.
Alangkah bahagianya dapat merasa angin laut.

Kami 5 beradik.
"Semua tengok sana!!" kata abangku.

Happy Family!

Kami yang masih single-mingle..
Betul ke??

Aku dan Abg Epah. 
Al maklumlah, kami berdua sahaja yang masih belum berpunya.

Firash pun mahu berposing juga seperti yang lain.
Oyeh! Oyeh!

Ini gambar yang dapat abang Epah tembak sewaktu berada di Merlimau.
Firash dan Pak Longnya.
Seorang tangan depa dan seorang lagi tangan ke atas.
Hahaha..

Ini sahaja cerita untuk hari raya yang pertama. InsyaAllah sekiranya berkesempatan, akan aku update untuk hari raya yang seterusnya ya!
 Nantikan!

p/s : Nantikan entry yang akan datang ya!

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri


Bismillah


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan yang mengenali diri ini. 

Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada kalian semua sekiranya diri ini pernah dengan sengaja atau sebaliknya menyakiti hati, jiwa sanubari kalian. Diharap segala makan minum dihalalkan. Terlebih, terkurang, terkasar bahasa segala macam, saya minta ampun ya sahabat!

 Semoga Syawal ini mengukuhkan lagi kemesraan antara kita di samping kemaafan menghapuskan segala keresahan hati.

p/s : Jangan dilupakan kepada mereka yang telah tiada pada Syawal kali ini.

Thursday, September 9, 2010

Juadah Berbuka


Bismillah

07 September 2010.

Alhamdulillah! Semalam berbuka makan Nasi Bukhari dari air tangan ayah. Sedap sangat. Pandai ayah aku masakkan? Hahhaha..

Tapi pagi tu ayah perap daging dan lupa nak tutup pintu dapur. Kebetulan waktu itu, aku sedang sibuk online Facebook dan ibu sedang sibuk melayan Firash. Abang aku pula tidur ketika itu. 
Entah macamana lepas solat Zohor, ayah pergi dapur dan dapati daging banyak yang telah dibawa lari oleh kucing. Hahahah. Sampai hati kucing tu curi. Terpaksalah ayah pergi membeli daging lagi sekali di Mydin.

Ini pula air jus mangga baik punya dari air tangan ayah juga..Memang holiau la rasa air mangga ini.. Rugi tak rasa. Memang kenyang habislah semalam.

Ini pula sejenis makanan yang diberi nama Salasa. Ayah dapat resepi ini dari radio kalau tidak silap aku.
Bahan-bahannya ialah mayonis, lada hitam, garam, limau nipis, minyak zaiton, timun, tomato, bawang.
Sekiranya kalian rajin, kalian cuba lah resepi ini.

p/s : Juadah berbuka hari ini tak larat nak update..Heeeee..

Wednesday, September 8, 2010

Projek!


Bismillah

Di dalam orang lain sibuk menyiapkan persiapan raya semuanya, aku dan ibu sibuk menyiapkan bawang goreng untuk dihidangkan pada hari raya nanti. 
Al maklumlah, nanti ada mee goreng special untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang dan bawang goreng itu akan di taburkan atas mee goreng tersebut.
Sangat sedap!
Nyummmm!! nyummmm!! Nyummmm!!

 Ini adalah bawang yang sedang di goreng di dalam kuali. Pastikan minyak semua cukup panas ya dan goreng lah bawang itu sehinnga berwarna kuning keemasan.

 Setelah di goreng, biarkan bawang-bawang itu seketika sebelum di masukkan ke dalam botol. Ianya bagi mentoskan minyak yang terdapat pada bawang itu.
Untuk pengetahuan kalian, bawang ini sebelum di goreng kelihatan begitu banyak sekali sehingga begitu terasa kepenatannya. 
Mata pun pedih-pedih tau.

 Tapi ini lah hasilnya.
Hanya cukup untuk 3 botol sahaja.
Ya Allah! Aku ingatkan boleh dapat banyak, rupa-rupanya ini sahaja.
Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat.

Dan yang terakhir sekali ialah cili jeruk.
Ini ibu yang buat, bukan aku.
Aku minat cili jeruk ini.. Lebih-lebih lagi pabila makan dengan makanan yang bergoreng. 
Memang sangat sedap!

p/s : Disebabkan terlalu sibuk membuat bawang goreng dan cili jeruk, 
          ibu sampai terlupa nak mandikan Firash! Kesian Firash!!

Tuesday, September 7, 2010

Sanah Helwah Abang Suhail

Bismillah

Tanggal 07hb September 1982, lahirlah seorang bayi lelaki yang di beri nama Muhammad Suhail Bin Ahmad. Alhamdulillah! Bayi itu dididik dan diasuh dengan baik oleh kedua ibu ayahnya sehinggalah dia membesar dengan baik dan sudah mempunyai kerja yang tetap serta sudah berkahwin sekarang dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. ( akan dapat anak buah lagi ).

 Inilah abang ku sewaktu zaman taski dahulu. Handsome tak? (kih kih kih). Abang Suhail banyak menceburi pelbagai bidang sejak dari taski dahulu sampailah sekarang. Biasalah orang aktif memang macam ini kot.

Inilah satu-satunya abang aku yang sering membawa aku keluar ke mana sahaja dari aku kecil hinggalah sekarang (tau2 je la umur aku berapa dah sekarang ni )..Heeee.. Kemungkinan besar dah banyak kot duit abang aku ni habis untuk aku. Yela, aku kan adik yang paling bongsu. Heeee..

Abang Suhail selalu mengajar aku dalam bidang akademik. Paling aku suka bila abang Suhail ajar aku Matematik. Sifir wajib hafal. Teringat pula zaman sekolah rendah dahulu. Sebelum makan, abang Suhail pasti akan soal aku sifir supaya aku dapat mengingati apa yang aku hafal. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan baik walaupun masih terkial-kial mengira dengan jari.
 
Abang Suhail juga selalu mengajar aku mencipta formula sendiri bagi memudahkan aku mengingati sesuatu.

Abang Suhail juga pernah membelikan aku buku latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam bagi persediaan aku menghadapi peperiksaan UPSR. Buku-buku itu semuanya di beli ketika berada di Kuantan kerana kakak mengalami kemalangan dan waktu itu juga lah abang Suhail baru pulang dari Pulau Krismas.  Nampakkan betapa sayangnya abang Suhail pada adik-adiknya!! Heeee..

Aku senang apabila abang Suhail mula mengajar aku dalam apa jua perkara sebab abang Suhail tak garang. Bila aku tak faham, abang Suhail akan ulang, ulang dan ulang sehinggalah aku berjaya memahami perkara itu. Kiranya abang Suhail ini banyak bersabar melayan kerenah aku.


Salah satu habit abang Suhail ialah menggigit! Aku sering jadi mangsa abang Suhail. Kadang-kadang aku yang gigit abang Suhail. Tapi abang Suhail tak akan marah pun. Biasalah kan. Nama pun abang. Betul tak?
So, tabiat gigit orang ini dah jadi kebiasaan pada aku dan abang Suhail.. Sesiapa yang dah pernah kena gigit dengan aku, Kalian faham-faham saja ya!
Abang Suhail juga rajin mengayakan aku tudung apa sahaja. Kalau kakak aku tiada, abang Suhail lah yang membantu aku. Abang Suhail mempunya pelbagai keistimewaan la macam menjahit labuci semua tu abang Suhail tahu.. Untung aku dapat abang macam ini.


Sebelum ini memang la aku manja dengan semua abang-abang aku. Tapi sekarang masing-masing dah berkahwin termasuklah abang Suhail kecuali abang Epah.. So, untuk bermanja-manja dengan abang Suhail perlulah berhati-hati kan supaya isterinya, Kak Nadzifa supaya tidak cemburu dengan aku.. (hahaha..)
 
 
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan 
 
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-28 TAHUN ABANG SUHAIL!
 
  • Semoga kehidupan abang Suhail di berkati oleh Allah swt.
  • Semoga segala yang abang Suhail lakukan di dunia ini diredhai oleh Allah swt.
  • Atiqah sentiasa mendoakan kebahagiaan abang Suhail, Kak Nadzifa serta bayi dalam kandungan sihat sentiasa. 

 p/s : Cepat-cepat lah balik Melaka.. Kak umie nak belanja makan ni..
Related Posts Plugin for Blogger