Friday, May 7, 2010

Terima Kasih Nurul Hidayah dan Dinie Syazwani!!


Bismillah






Ada apa dengan gambar di atas??
Macam ini ceritanya..
Gambar-gambar di atas ini sebenarnya di ambil pada waktu petang di Tasik Darulaman, Jitra Kedah selepas majlis perkahwinan abang-abang aku pada 26.12.2009..

Sebelum gambar ini di ambil, Dayah bersungguh-sungguh tak bagi aku minta tolong seorang kawan tu ambil kan gambar.. Kata Dayah, dia malu..Apa yang dia malu pun aku tak tahu..
Oleh sebab muka aku yang tak berapa nak malu waktu itu, aku panggil saja kawan itu.. *nama lupa..
Aku beritahu hajat aku  terus dia kata boleh ambilkan..
Lepas tu, Dayah gelak. Kenapa entah aku tak tahu lah..

Sebenarnya gambar itu hanya sekadar saja-saja..
Tak ada pun aku terfikir nak buat macam apa yang ada di atas..
Hmmmm...
31.03.2010 ,  sebelum aku pulang ke Melaka, Dayah dan Dinie beriya-iya untuk berjumpa dengan aku buat kali terakhir..
Kami berjumpa dan makan-makan di foodcourt Aneka..Makan-makan semua Dinie yang belanja..
Terima kasih banyak-banyak Dinie!!

Sementara menunggu ibu, abang dan kakak ipar aku datang ambil, kami bertiga makan aiskrim sambil main naik turun lif..
Banyak kali la juga..
Nasib baik tak kena marah..

Sudah tiba saatnya, jam 8.45 p.m. ibu sampai..
Waktu itulah detik-detik perpisahan berlaku..


Disebabkan aku ini seorang yang mudah menangis, sewaktu bersalam-salaman bersama Dayah dan Dinie, airmata aku berjujuran keluar..
Saat itu jugalah Dayah memberi aku satu bungkusan..
Katanya sebagai tanda persahabatan dan kenangan diantara kami..

Ini gambar kami bertiga yang terakhir waktu itu.

Inilah hadiah yang diberi oleh Dayah kepada aku..
Walaupun ia begitu ringkas, aku amat menghargainya.

Siap bingkai gambar lagi..

Ini pula bingkai gambar kepunyaan Dayah dan Dinie..
Sepatutnya bingkai ini ada tiqa.
Tapi di sebabkan Dayah bagi awal pada aku, tak dapat la aku nak bergabung sekali..
Heeeee...


Jutaan Terima Kasih aku ucapkan pada Dayah kerana memberi aku hadiah itu..
Jutaan Terima Kasih aku ucapkan pada Dinie kerana belanja makan-makan hari itu..

Dayah dan Dinie! Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat Tiqa dikala susah dan senang.. Semoga hubungan persahabatan yang terjalin ini akan terus berkekalan..
Amin ~

~ TEMAN yang BANYAK boleh diibaratkan seperti PASIR-PASIR dipantai,
Tetapi TEMAN yang SATU adalah MUTIARA diantara pasir-pasir itu ~


p/s - Bingkai gambar di antara aku tak sama dengan Dayah dan Dinie mempunyai sebab yang munasabah..

4 comments:

  1. hahahaha...yg adOooo...!!!

    ReplyDelete
  2. ku tau siapa gerangan ini org..hohoh..

    ReplyDelete
  3. hahaha...taw xpa!
    biarlah rhsia yea....wakakaka!

    ReplyDelete
  4. mne bley rhsia...nk btau jgk ni!!! =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger