Friday, May 28, 2010

Bersama Mereka


Bismillah

24hb Mei 2010, aku bersama-sama beberapa orang rakan sekolah rendah iaitu Ridaisha, Amirah, Azim, Azwanorman, Md Nudin, Nasriq, Hafiz, dan Nadzreen telah mengadakan rombongan permuafakatan melawat saudara-saudara  kami di Zoo Melaka. Ramai tau saudara kami semua disana. heeeee..

Janji dengan yang sahabat yang lain berjumpa di zoo jam 11.00a.m.. Tapi yang datang paling awal ialah Azim. Lepas itu baru aku sampai. Aku dan Azim menanti kedatangan sahabat yang lain di dalam zoo. Sementara menunggu kedatangan mereka, Azim  sempat mengajar aku cara-cara untuk mengambil gambar menjadi seperti ini dan seperti itu. Terima Kasih ya Azim!

Mereka yang lain tiba tepat pada waktu yang tidak di tetapkan. Hoh la mereka ini. Tapi sangkaan aku meleset kerana lelaki lebih ramai daripada perempuan. Tetapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka yang berjantina lelaki boleh menjaga keselamatan kami yang perempuan ini. Heeeee..

Baru sahaja separuh perjalanan kami di dalam sana, hujan mulai turun renyai-renyai dan seterusnya lebat, lebat dan renyai kembali. Waktu itu kami meneruskan perjalanan kami bagi menghabiskan aktiviti ziarah-menziarahi ini. (*_^). 

Kami juga sempat menaiki menara tinjau dengan ketinggian sebanyak tujuh tingkat sahaja. Tetapi ada segelintir kawan lelaki yang telah pancit dibawah dan tidak sanggup untuk terus menaiki anak tangga lagi. *Kesian korang..heeeee..

Lama juga kami meluangkan masa di dalam sana. Alhamdulillah, kami sempat menziarahi semua haiwan yang berada di dalam sana. 

Seterusnya merupakan beberapa hasil tembak- menembak Azim yang dapat aku culik daripada album facebook beliau. Minta maaf ya Azim! (*_*)

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim
Jejaka Malaya 

Credit to Azim
Ex SKJDP

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Credit to Azim

Azim aka the best Photographer


Credit to Ridaisha

Credit to Amiera


Kepada sahabat-sahabatku sekalian, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sudi memeriahkan agenda pada hari itu walaupun ada segelintir daripada kalian yang sanggup tidak pergi ke sekolah.

Aku juga memohon sejuta kemaafan daripada kalian sekiranya sepanjang hari itu aku ada telah  membuat sebarang kesilapan yang aku terlepas pandang tanpa sengaja. Harap kalian ampunkan aku ya!


p/s : Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
        InsyaAllah. Ameen~

2 comments:

  1. syukri : chill ok! insyaAllah, ada rezeki nanti kita p lg zoo rmai2..heeeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger