Monday, May 3, 2010

Kelantan

Bismilah

Pada pagi hari 27.04.2010. 
Dalam jam 9 pagi , aku bersama ibu, nek cot, nek kiah serta datuk lani memulakan perjalanan menuju ke Kelantan..
Kami berhenti solat di Gua Musang..
Usai menunaikan solat, ibu sama nek cot dah mula terpikat dengan pokok bawang di rumah seseorang lantas meminta keizinan dari tuan rumah untuk meminta sedikit pokok bawang itu...

Ini lah aktiviti mencabut pokok bawang yang di lakukan oleh ibu,nek cot sama nek kiah.

Kami tiba di Kelantan jam 8 malam dan terus menuju ke Tumpat di rumah arwah.
Kami sampai sebelum majlis tahlil di mulakan..

Setelah bacaan tahlil selesai. ( cucu-cucu arwah)

Kami di jamu untuk makan malam di sana.
Dalam jam 11 lebih, kami berangkat pergi ke kawasan Pintu Geng untuk bermalam di rumah Pak Cik Din.
 
Keesokan harinya..

Gambar ibu dan nek cot bersama Mak Cik Nor ( isteri pak cik Din)..

 Jam 7.35a.m. , anak Pak Cik Din yang bongsu sudah menanti  di luar rumah kerana telah lambat pergi ke sekolah.

Faiz baru tingkatan 4.Nampak tenang je walaupun dah lambat tu.

Selepas menghantar Faiz ke sekolah dan Mak Cik Nor ke tempat kerjanya,
kami di bawa bersarapan di Pasar Pagi di mana Mak Long sedang menanti kehadiran kami..
Di situ terdapat pelbagai aneka jenis kuih-muih yang ada di antaranya aku tidak pernah rasa..

Apa yang penting, makanan serta minuman di Kelantan adalah manis-manis belaka.
Dalam perjalanan pulang,aku tertarik dengan gambar di bawah ini..

Semua papan tanda di Kelantan mesti ada tulisan jawi baik kedai melayu,cina mahupun india..

Pantai Cahaya Bulan! Teringin nak pergi..
MySpace 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Cameron Highlands untuk mencuci mata.. 

Aktiviti membeli sayur-sayuran..

Tiba sahaja di Tanah Rata, aku ternampak pelajar-pelajar sekolah menuju pulang ke destinasi masing-masing.
Gambar pelajar ini sahaja yang aku dapat tembak..

Dia perasan aku tembak gambar dia..

Sewaktu turun dari Cameron Highlands, aku sempat untuk main tembak-tembak gambar orang Asli aka teman-teman abang Epah..
Hahahahha...

Ini saja gambar yang jelas.. Sempat tersenyum..

Setelah itu kami tiba di Gombak jam 8 malam dan terus menuju ke rumah ibu mertua abang Suhail.
Kami juga dapat bertemu dengan abang Epah yang baru sahaja pulang dari Kemboja. 
Di sana kami di jamu dengan makanan yang enak-enak belaka..
Terima kasih Kak Nadzifa dan keluarga!!
MySpace

Pada hari itu kami bermalam di rumah Pak Han di Bangi!
Pada pagi esoknya, kami bersarapan di mana ntah..lupa la..

Huh..Sebelum pulang ke Melaka, kami singgah di suatu tempat..
Dan aku sempat mengambil gambar bersama si kecil yang comel ini..

Bersama Afif (kalau tak silap la)

Kami selamat tiba di Melaka jam 1 p.m.

~ Tenang juga fikiran aku apabila dapat berjalan-jalan walaupun sekejap~


2 comments:

  1. woi. suka ati tembak pic org asli aka kwn tqa jgk. HAHAHA
    comei. mintk nombot x kt depa tuh?
    haha

    ReplyDelete
  2. ala,org aslitu suka tau..kwn tqa pun xpe la..jnji mnusia.. =P
    no??xsempat nk mnta la..fad nak berkenalan ke ngan org asli??
    dh ensem2 tau diorg skrg..kalo fad nk tqa bley p mnta no fon diorg..
    ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger