Wednesday, May 19, 2010

Sempena Hari Guru di SKJDP


Bismillah

17.05.2010, merupakan sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah negeri Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya.Oleh itu aku, Fatin Liana, Syukri, Zharif, Ridaisha, Amiera Aimi, Azwanorman, Md Nudin, Hafiz, Nadzreen dan beberapa sahabat yang lain telah pergi mengunjungi Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang bagi memeriahkan sambutan Hari Guru disana. Setibanya kami di sana, cikgu-cikgu amat menghargai kehadiran kami. Masing-masing kembang kempis dan malu-malu MySpace  ketika itu.Sepanjang hari kami berada di sana, dapat juga aku menembak beberapa keping gambar sekadar kenangan. Dan inilah hasilnya.


Guru-guru SKJDP

Kami ex-student SKJDP

Game bola jaring antara cikgu dan para pelajar.
Keputusan, cikgu 7 mata manakala pelajar 1 mata sahaja.

Bersama Ustazah Jamilah.

Choclate chip walnut cake SR dari batch kami
( Kami belajar di sekolah rendah 6 tahun )

Jam 11.30a.m. merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar, iaitu persembahan dari guru-guru. Setiap persembahan mempunyai pengajaran dan nilai-nilai murni yang mudah di fahami oleh pelajar-pelajar sekolah rendah.

Persembahan dari panitia Bahasa Melayu.

Persembahan dari panitia Sains

Persembahan dari panitia Bahasa Inggeris

Persembahan dari panitia Agama Islam

Persembahan dari panitia Matematik

Selamat Hari Guru, cikgu!

Assalammualaikum cikgu!

Selamat sejahtera cikgu!

Assalammualaikum kak!

Assalammualaikum mak cik!

Itulah di antara ucapan daripada para pelajar kepada aku dan sahabat-sahabat yang lain. Kami ini ada tokoh menjadi seorang guru ke? Mungkin disebabkan kami memakai baju kurung ketika itu. Disamping itu, Aku juga sempat mengenakan seorang pelajar lelaki darjah 2.

Aku : Adik! hadiah banyak2 ni untuk siapa?
Pelajar : Untuk cikgu la. Ni cikgu baru ke?
Aku : Ya! saya cikgu baru kat sini. (dlm hati dah gelak)MySpace
Pelajar : Ohhh! Patutlah tak pernah nampak cikgu.
Aku :  Erm, hadiah untuk cikgu tak ada ke?
Pelajar : Tak pun. Cikgu tak ajar saya, saya tak bagilah.
Aku : (Hanya mampu tersenyum)

Kesian pelajar itu. Terkena dengan aku. Tapi yang seronoknya, pelajar itu boleh minta kawan dia beri hadiah pada aku satu. Mereka memang percaya yang aku ini cikgu! hahhaa..
Kesian kalian! Maafkan kakak ya! 
Adik-adik ini lah yang "terkena" dengan aku.

Para pelajar yang amat gembira menyaksikan persembahan.

Sewaktu aku berada di darjah 6, aku serta pelajar lain amat takut dengan cikgu ini. Sekiranya nampak beliau dari jauh, masing-masing kecut perut walaupun cikgu hanyalah guru kaunseling ketika itu.. Memang tak ada sesiapa yang berani angkat muka apabila berselisih jalan dengan cikgu! Beliau sering membawa rotan ke mana sahaja di dalam kawasan sekolah.Tapi sekarang, beliau amat ramah dengan pelajar.

Cikgu Roslan.

Fatin keletihan. Air soya ditangan Fatin memang terkenal sejak dulu lagi.

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, kami meminta kerjasama dari guru-guru tahun 1999-2004 untuk menunggu di dewan bagi sessi bergambar bersama kami. Walaupun tidak semua guru yang ada ketika itu, kami amat berbesar hati dan gembira.

Cikgu Hely @ Cikgu sukan

Macam joget lambak pula

Terima Kasih cikgu kerana telah mendidik kami!


Terakhir dari kami semua. Zharif tidak mahu ikut serta waktu ini, malu! Aku? Dah tentu-tentulah sedang menembak gambar ini.
Terima Kasih sahabat kerana sudi hadir pada hari itu.
Sayang kamu semua ♥
Fatin Liana!! Terima kasih sangat-sangat kerana telah menemani aku sejak kita pergi SKJDP hari itu.
 
♥ ♥ ♥ aku sayang kau ♥ ♥ ♥

Kami semua amat berpuas hati kerana dapat menghadiri acara seperti ini pada masa kini.
Cikgu!! Terima Kasih atas segalanya!
Kami sayang cikgu! ♥ 


MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace


2 comments:

  1. chumelnya cter tiqa n budak 2..
    hahaa..
    so tiqa dpt adiah 2 la?

    ReplyDelete
  2. yana : tqsm.. xdapat pun la..diorg tak bagi..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger