Thursday, May 27, 2010

Kem Asas Fasilitator


Bismillah

21.05.2010 hingga 23.05.2010, aku telah mengikuti Kem Asas Fasilitator yang diadakan di Senawang, Negeri Sembilan. Sepanjang perjalanan dari Melaka ke Senawang, aku terfikir akan pelbagai perkara tentang kem yang aku ikuti ini. Paling-paling aku terfikir ialah jumlah peserta yang sebaya dengan aku. *Modal nak cari kawan baru..hahaha..

Setibanya aku di tempat yang telah ditetapkan, aku dapati tidak ramai peserta yang ada.Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang bermain di minda aku! Tapi alhamdulillah, kerana aku telah berjaya mengenali Kak Siti dan Kak Aliah. (*_*). Aku merupakan peserta yang paling muda disana bersama seorang peserta lelaki!

Pada malam hari telah bermula aktiviti kami seperti bacaan surah al-Matsurat dan tazkirah. Aku seperti biasa berasa agak malu-malu pada awalnya. Biasalah, diri aku dikelilingi oleh kakak-kakak dan abang-abang dari UIA! Aku berasa sungguh kerdil apabila berada disamping mereka. 

Diringkaskan cerita, keesokkan harinya aku diberi tugas bersama Kak Aimi untuk menjadi fasilitator bagi program sahsiah pelajar untuk para pelajar sekolah Henry Gurney. Aku tidak melakukan tugas itu dengan baik kerana waktu itu perasaan aku menjadi tidak tentu hala. Oleh sebab itu,aku amat tidak berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan. Aku terima dengan hati yang terbuka akan apa yang ditegur oleh Kak Aliah, Kak Siti mahupun peserta yang lain. Itu merupakan salah satu cara untuk aku memperbaiki kesilapan. InsyaAllah.

Alhamdulillah! Aku telah mendapat pelbagai ilmu dari kakak-kakak dan abang fasi di sana. Aku bersyukur tidak terhingga walaupun dalam masa yang tidak begitu lama, aku telah memperolehi apa yang aku idam-idamkan. InsyaAllah, segala ilmu yang telah aku pelajari akan aku manfaatkan sepenuhnya pada hari-hari yang akan datang. InsyaAllah!

Definisi FASILITATOR : Fasilitator merupakan seorang insan yang 
menggunakan sumber disekelilingnya untuk menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran, beriman kepada ALLAH dan berpegang teguh kepada tanzim hariki.
  
Etika Fasilitator 5K : Keterbukaan. Kerahsiaan. Keadilan.
Kebersamaan. Keselamatan.        
                  
Ciri-ciri fasilitator : Penghibur. Naqib. Murabbiy. Pembimbing. Penyelia. Provokator. Pemudah cara. Penilai.

Sebelum berpisah pada hari yang terakhir, aku bersama kakak-kakak yang lain sempat merakamkan kenangan kami bersama disana. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Ameen! InsyaAllah!

Kami

Kak Siti, Kak Aliah, Kak Tirah, Aku, Kak Aimi & Kak Nisah

Kak Tirah & Kak Aliah

Kak Aliah, Kak Tirah & Kak  Mira

Kak Tirah, Kak Aliah, Aku, Kak Siti & Kak Hawa.

* Selama berada disana, aku berasa amat kerdil kerana aku malu dengan kakak-kakak yang sememangnya menjaga aurat mereka dengan memakai stokin dan sarung tangan apabila hendak keluar dari bilik. InsyaAllah! Aku akan mengikut cara-cara mereka. Ameen~

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar atas keberkatan dari Allah swt. Terima kasih aku ucapkan kepada kakak-kakak dan abang-abang fasi yang berada di sana bersama aku dan telah berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat buat diri ku. InsyaAllah, akan aku praktikkan sebaik yang boleh.

P/s = Berasa sedih dan rugi sangat kerana tidak dapat mengikuti melakukan Qiamullail..

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga apa yang atiqah dpt sewaktu prog ni dapat membantu atiqah dalam membentuk peribadi mulia. Ameen.

    Jaga diri. Pesan kt ibu ayah, abg epah blk ari jumaat, Insyaallah.

    p/s: Kita bljr drp kesilapan.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan begitu abg epah! InsyaAllah!

    Baik.Atiqah sudh maklumkan pada ayh ibu.. =)

    (*_*)

    ReplyDelete
  3. atiqah!u r d lucky one sbb dpt pgi sne..besh nyer..semoga ap y tiqa dpt akn trus t'semat lam dri tiqa n tiqa akn guna ilmu y tiqa dpt 2 helps people...
    insya-ALLAH...

    p/s:semoga kita akn mnjd lbey bek drpd skrg suatu ary nnt..(^_^)v

    ReplyDelete
  4. lpe nk g tao..it's me diniy...hehe

    ReplyDelete
  5. diniy : thnks a lot dear! InsyaAllah! apa yg tqa dpt d sana,akn tqa sematkan dlm diri n gunakannya suatu ari nti..thnks again diniy!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger