Sunday, February 19, 2012

Just Ride It



Bismillah


Pagi semalam ada kayuhan bersama Rektor UiTM, Datuk Prof Dr Mizan di dalam kampus UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Seronok sangat sebabnya dapat golek tayar beramai-ramai. Teruja oooo. Hihihi. 


Kami memulakan kayuhan pada jam 8 pagi dari Padang kawad. Ini adalah trek kayuhan yang akan kami lalui.


Padang kawad
|
Kolej Dang Anum
|
Pusing Tasik Tun Fatimah
|
Naik bukit Fakulti AD
|
Terus melalui HEA dan kompleks pentadbiran
|
Bukit Tun Fatimah
|
Bukit Lekiu-Jebat
|
Jalan kolej baru (ZON C)
|
Dewan Bentara
|
Bukit Masscom
|
Pusing kompleks Fakulti baru
|
terus mengahala ke Dewan Taming Sari
|
Turun bukit
|
Flat road Baru
|
Jalan sebelah padang hoki
|
Menghala ke unit sukan
|
Naik semula bukit Fakulti AD
|
Terus lalu HEA dan kompleks pentadbiran
|
Turun Bukit Tun Fatimah
|
Berkumpul di rumah Yg BBhg Dato' Rektor
|
Keluar menghala ke Dataran Ilmu



Bukit Masscom??
Nak daki bukit tinggi dengan basikal? 
Boleh ke?


Mestilah boleh. 
Walaupun agak tinggi tapi kami still kayuh sebaik boleh. Tak kira la laju ke tidak kan, janji selamat sampai atas.  =) Lagipun nama pun kayuhan santai punya. Tak kan lah nak berlumba-lumba pula. Kalau berlumba nak ke atas itu alamatnya memang pancit lah orang-orang yang tak pro macam aku ini. Heeeee.


Haaaaaa. Sebenarnya kayuhan ini adalah anjuran Kolej Tuah dengan 'kerjasama' UMMC. Ramai yang boleh sertai tidak kira apa jenis basikal sekalipun tapi semalam tak ramai sangat. Tak mengapa, ini hanyalah permulaan. Lagipun kemungkinan besar ada yang tidak mengetahui akan kewujudan UMMC ini.


Ini antara gambar-gambar di sekitar kayuhan kami.


Ini semasa pusing di Fakulti baru.

Dihadapan postguard di pintu utama yang baru.
Dekat sini di sediakan air 100 plus yang konon-kononnya berwarna merah. Tapi sebenarnya air sirap sahaja. Bersyukur atas apa yang di sediakan. =)



Di bawah ini semasa mendaki bukit Fakulti AD. Lihat muka-muka mereka.








Ini semasa pusing-pusing di Fakulti baru. Aku pelik kenapa Wani nampak gemuk dalam gambar ini. Hikhikhik


Yang Di-pertua UMMC Muhammad Sadiq bin Nazri Rosham



Sebelum memulakan kayuhan ke Dataran Ilmu, Dato' perlu memakai topi abang Adam demi keselamatannya sambil di perhatikan ahli yang lain. Aku, Yanie dan Wani tak pakai pun topi sebab kepala kami keras sekeras-kerasnya. Hahaha.


Ahli UMMC

Di sebelah Wani itu ialah En. Ariff merangkap pensyarah di UiTM itu. Sewaktu aktiviti kayuhan di Zon C, en. Ariff ini mengatakan bahawa rupa aku sama dengan Siti Nurhalizah. Aiyoyoyoyo. Mana ada sama en. Ariff oiii. Jauh berjuta kali beza tau. Huuuu. En. Ariff pun beritahu pada riders yang lain 


' Ada Siti dekat sini '


Maluuuu tahu tak.
Kebetulan pula nama 'Atiqah' dan 'Wani' sama dengan nama anaknya. So, dengan secara spontannya kami ini pun konon-kononnya jadi anak dia. Hehehe.
Tapi memang enjoy la dengan en. Ariff ini sebab dia sporting sangat. Best!!! Riders lain pun best juga.
 =)

Di akhir sesi kayuhan ini ada lucky draw juga untuk kami yang join aktiviti tersebut. Tapi malangnya nombor aku, Wani dan Yanie tak tersangkut langsung waktu itu. Mungkin tiada rezeki untuk kami. Heeee. Tidak mengapa. Semua ini adalah untuk kegembiraan diri sendiri. =)

InsyaAllah, sekiranya ada aktiviti sebegini lagi akan aku sertai lagi.

Gambar kenangan di hadapan rumah rektor bersama ahli UMMC dan Cycle X.


p/s : pertama kali join ride, pancit habis okey. XD

12 comments:

  1. memang ada iras seikitsikit la kalau sekali imbas. betul tak tipu nih.

    ReplyDelete
  2. hahahaa. act, dari darjah 6 lagi dah rmai kata gitu. tp bila tgk sndri xada pun irasnya. huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Hai siti Nurhaliza!!!!!! hikhikhik
    terkenallah lepas ni..hohohoho

    ReplyDelete
  4. pokok2 disekitar dewan taming sari tu kami dari uitm kbm yang tanam..hehehe

    ReplyDelete
  5. to anonymous : ahaks.. apakah?? heeeee. tak adanya terkenal. biasa2 saja ok. =)

    to Khairul : owh ya? terima kasih. pokok2 tu semakin membesar skrg. =)

    ReplyDelete
  6. basikal tu sndiri ke uitm punya
    masa batch aku, uitm ada basikal kt unit sukan.. aku penah naik sekali je..sbb mcm payah na pinjam.. hehe

    ReplyDelete
  7. ada yg guna basikal sndri, ada yg gna basikal unit sukan. Skrg dh ada club bsikal, thts y senang skit nk guna. =)

    ReplyDelete
  8. Hi Atiqah,
    My name is wan. Ex-student Diploma Masscom at Lendu, Btw right now further study at Uitm Shah Alam as part time student also in Masscom, if you don’t mind can you teach me how to make a blog , bcoz I very interested to create one for me!
    Thanks atiqah!

    ReplyDelete
  9. Hi, Wan.
    Sorry for the late reply your question here. For sure can! =) Please leave your email address here. I'll explain how to make a blog there okey.

    ReplyDelete
  10. Oh Ya. Terima Kasih! Nanti saya belanja awk oreo.Thanks!

    dr_safuwan@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. My Pleasure wan. =) Belanja dalam blog je. Heeee

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger