Saturday, February 18, 2012

Gerakseri & Gerakwira



Bismillah




Alhamdulillah!!!
Berakhir juga latihan cheers kolej kami yang di adakan setiap malam sebelum ini kerana malam semalam adalah hari pertandingan kami. Kebetulan pula Kolej Tun Ali merupakan kolej yang pertama perform cheers daripada 19 buah kolej. Ketar lutut ooo. Mengigil juga berdiri dekat depan ramai-ramai sebab takut tersalah step. Kihkihkih.


Apa-apa pun, aku tertukar tempat dengan siapa entah time perform cheers itu sebabnya dari baris hadapan aku termasuk dekat barisan kedua. Hehehe. Selamat!! Aku tak tahu macamana persembahan kami pada waktu itu. Yang aku tahu, semua orang tengok dan tepuk tangan. Heeeee.


Lihat, inilah muka orang yang bersemangat nak perform cheers pada malam itu.





Sudah semestinya aku dan Yana. Iya la, siapa tak teruja kan sebab lepas ini dah tak ada latihan jerit-jerit pada malam hari lagi. Hehehe.


TA stand for TUN ALI. Untuk ATIQAH pun boleh juga.
^^__________^^


Usai persembahan, aku, Yanie, Nad dan Yana mengambil keputusan untuk menikmati makanan yang dijual disekitar padang kawad. Masing-masing kelaparan yang amat. Gambar sewaktu makan tiada kerana tiada siapa diantara kami yang ingat untuk bergambar sambil makan kerana masing-masing makan tidak ingat orang di sekeliling yang memerhati. Teruk!! Kihkihkih.


Pabila perut sudah kenyang segala, bermula lah episod kebosanan. Iya la, nak tengok kolej lain perform memang tak nampak sebab ramai yang dekat bahagian hadapan berdiri. Aku and the geng pula comel-comel kecil-kecil belaka. Hiiiii.


Mari tatap gambar-gambar ini.


3 dara pingitan yang kemengongan.


Selepas gambar ini di ambil, ada seseorang datang mendekati kami. Serius takut oooo. Aku dengan Yana lari. Wani khayal dengan camera. Kihkihkih.

Mari-mari pilih yang mana berkenan di hati.


" Mari kita cekik Wani "

Seriusly teramat bosan waktu dipadang kawad semalam. Hendak balik ke kolej tak boleh sebab kolej telah di blackout kan atas permintaan MT-MT kolej kami. Huh. Terbaik habis lah buat macam itu kan. Hmmmm. Sudahlah acaranya habis jam 1 lebih pagi. Memang letih habis lah. 

Aku rasa di padang kawad itu baju kolej kami yang paling menyerlah. Dari jauh dah nampak. Hohhh. Kagum seketika.

Hari Ahad malam baru akan di umumkan pemenang untuk Gerakseri dan Gerakwira. 
Agaknya kolej kami boleh menang ke?
Tunggu entry akan datang la ya.

Sekali aku pandang pakaian yang kami semua pakai ini dah macam nak pergi tengok pemain bola Malaysia main pula dengan muka berconteng bagai.
*_____*


Lastly but not least, aku harap MT-MT dapat berubah kepada yang lebih baik dan bagus dari semua segi. Paling penting yang sentiasa mudah tersenyum dengan kami semua.

p/s : Kelam kabut sebelum mula pertandingan.

6 comments:

  1. comel2 anak dara ni:)UITM mana?

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya. UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka. =)

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH..rindu sngt kt lendu...rindu zaman diploma...rindu semua yg ade kt lendu..even da bnyk perubahan...

    ReplyDelete
  4. hebatnya Tun Ali. muka celoreng cam askar dah. ada video cheers tak?:)

    ReplyDelete
  5. Yunk!!
    Sooo sweet..:)))))

    ReplyDelete
  6. to syazwani : ya, banyak sangat perubahan sekarang lebih2 lg dekat bukit yg dekat dgn padang kawad tu. situ dah ada kelas and dewan. =)

    to fiuzzhafiz : mahu tak hebat, berlatih malam sampai ke pagi. huhuh. video? tak tahulah. mayb ada dekat MT kot.

    to Baby U : heeeee. thank you. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger