Friday, February 17, 2012

♥♥♥ ^^ ^^ ♥♥♥



Bismillah

Kalian ada anak buah tak?
Aku ada dua orang anak buah.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dua-dua lahir tahun 2010.
Yang lelaki anak kepada kakak aku.
Yang perempuan anak kepada abang aku.
InsyaAllah bulan 4 tahun ini akan tambah lagi seorang anak buah.
Makin meriah lah nanti hidup aku dengan kekanak riang ini. 
Eh eh, bajet macam anak-anak kecil itu anak sendiri pula.
Heeee.
 

Jarang sangat untuk berjumpa dengan mereka berdua itu. Al maklumlah, aku kan jarang pulang ke rumah sekarang. Sibuk dengan pelbagai hal. Lagipun si kecil manis Sahal Najla menetap di Kuala Lumpur. Memang jarang sangat sangat untuk berjumpa dengan dia. Si comel hensem Firash Haiqal memang ada di Melaka. Bila pulang ke rumah atau pabila ayah ibu datang melawat aku, barulah dapat berjumpa dengan si Botak ini. 
^^_________^^

Hari itu aku dapat berjumpa dengan Firash. Kebetulan ayah ibu ingin membawa aku ke kenduri kahwen siapa entah. Yang penting makanannya sangat sangat sedap. Heeeee. Alang-alang dah berjumpa dengan botak, ini lah jadinya. 


Selalu orang kataMata pandang atas, tangan di dada " . Ini lain pula trademarknya,Kaki ke atas, kepala ke bawah " . Hahaha.

Upssss. 
Terlupa pula untuk beritahu, saya kan seorang makcik yang sangat sangat sangat penyayang. 
=)
Sila muntoh ijau semua ya.
;)

Ehem ehem

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu mimpi akan Firash. Macam-macam jenis mimpi ada. Mungkin sebab terlalu rindukan dia agaknya. Hmmm. Nak pulang ke rumah, tidak boleh. Iya la, sekarang ada pelbagai jenis event dekat kampus. Semua pakat pergi sebab nak kumpul cop. Pulun masing-masing sebelum nak final ni. Hmmm.

Sob sob sob sob
Rindu semua orang
:'(

p/s : nak balik rumah!!

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger