Bismillah
Fuhhhhhhhhh Fuuhhhhhhh Fuuhhhhhhh.
Huish.
Bersawang betul blog aku ini. Al maklum lah, sejak-sejak ini teramat sibuk dengan assigment, test, quiz, presentation bagai. Maaf ya blog, anda terabai serta jauh di hati aku. =)
Ehem ehem.
Kalian tentu sudah ambil baucer RM200 itu bukan?
Apa sahaja yang kalian belikan ya?
Baucer aku masih berbaki RM100 walaupun sudah banyak kali pergi ke Popular. Keliru tidak tahu untuk membeli apa.
Stationary?
Buku?
Test pad?
Semua sudah ada.
Hmmm
Aku bercadang baki yang ada ini akan aku gunakan ia bersama ayah ibu. Manalah tahu ayah ibu mahu beli apa-apa buku kan. Daripada aku membazir beli benda-benda yang tidak patut dekat Popular, baik bagi ayah ibu beli buku-buku agama ke masakan ke kan.
Nak beli buku untuk anak buah, tak ada pula yang sesuai. Kebetulan pula anak-anak buah aku sudah ada banyak buku dekat rumah. Takut tak terbaca pula mereka nanti. Heee.
Haaaaa.
Popular Jaya Jusco Melaka tak ada jual falshcard alif ba ta dan a b c ke? Semalam semua lorong-lorong kedai Popular aku jalan semata-mata nak cari falshcard tu. Tapi tak jumpa-jumpa. Benda lain pula yang aku jumpa. Haiishh.
Hmmm
Apa-apa pun aku perlu gunakan baucer ini sebelum 31hb Mac ini.
p/s : baucer kawan-kawan semua dah habis.
meh belanja siswi meh...hehe.. ^^
ReplyDeleteto cinta siswi : belnja siswi?? jom. heeee
ReplyDeletetak guna pun lagi baucer tu, tunggu bukak sem baru nak memborong...entah cukup entah tak.
ReplyDeletekalo buka sem b4 31 mac ok la, boleh guna kan.
ReplyDelete